Khamis, 26 Ogos 2010

DCJ10

12 tahun kemudian...
“Jenny, tolong cancel semua appointment saya petang ni ya. Saya perlu pulang awal hari ni.”
“Baik, tuan. Err..”
Derapan tapak kasut dan suara itu semakin hampir. Aku menarik nafas panjang sambil bingkas dari sofa empuk di ruang menunggu.
“Babah!” panggilku perlahan tapi kupasti dia mendengarnya.
Langkah lelaki itu terhenti, betul-betul di hadapanku. Wanita Cina di sebelahnya juga turut memandangku.
“Jasmin? Bila sampai? Babah baru nak ke stesen bas.”
Ada riak terkejut pada wajahnya. Aku tersenyum kelat sambil menyalami dan mencium tangannya. Rupa-rupanya dia sudah maklum kehadiranku. Mesti Ayah Long yang beritahu, getus hatiku.
“Bas Min tiba awal tadi. Err..malas nak tunggu kat stesen bas tu.” Jawabku gugup.
“Tuan, nak saya panggilkan Pak Halim ke?”
“Err.. tak payah. Saya bawa kereta saya hari ni. Err… Jenny, kenalkan ini anak saya, Jasmin. Min, ini secretary babah, Jenny. ”
“Anak? Is this your daughter?” babah dan wanita Cina itu saling berpandangan seketika sebelum mereka memandangku semula.
Yes, why?”
Wanita Cina itu kemudiannya tersenyum.
Oh ya. I’ll remember. But, sir. You look so young to have a daughter big enough like this. I thought she still in secondary school. Anyway…nice to meet you Min.”
Nice to meet you, Cik Jenny” aku menyambut salamnya.
Aku memandang ke arah babah. Memang patut wanita Cina ini berkata begitu. Babah nampak masih segak seperti orang berusia 30an. Mungkin juga kerana kerap berada di luar negara, negara beriklim sejuk, melambatkan proses penuaan.
“Jenny..just call me Jenny. If you don’t mind, may I know, how old are you, dear?”
Soal Jenny lagi, masih tidak berpuas hati.
Lelaki berusia 51 tahun itu tertawa.
She will be 29 next year. Oklah. Jumpa you next week, Jenny. Saya balik dulu,” pintas babah seraya mengambil beg pakaian yang ku sandang di bahu kanan.
Yeah, have a nice weekend, sir.”
Aku membontoti babah menuju ke lif utama.
***
“Kenapa Min tak call babah masa sampai di stesen bas?”
“Maaf. Min tak nak susahkan babah. Lagipun tadi Min sampai awal sangat.”
“Pukul berapa bertolak ni? Ayah Long bagitahu babah semalam, Min bertolak pukul 10.30 malam. Macam mana boleh sampai awal?”
“Pemandu bas tu bawa laju. Dia langsung tak berhenti mana-mana kat perhentian pun. Sebab tu awal.”
“Abis tu berehat kat mana tadi?”
Aku tersengih.
“Min melencong ke KLCC.”
“KLCC? Buat apa kat sana? Kenapa tak terus datang sini?”
“Err..maafkan Min..” lidah ku kelu mendengar nada suaranya yang agak tegas.
Lelaki di sebelahku itu mengeluh. Dia memandangku seketika sebelum memandang semula ke depan. Menumpu kembali pemanduannya.
“Maafkan babah. Babah bukan nak marah Min. Babah cuma risaukan keselamatan Min. Lain kali, apa-apa hal sekali pun, call babah. You are my daughter. Jangan fikir benda-benda remeh, sama ada ia akan menyusahkan babah atau tidak. Min masih di bawah tanggungjawab babah selagi Min belum berkahwin.”
Aku mengerling. Wajahnya yang cerah agak kemerah-merahan. Mungkin juga akibat bahang tengahari yang semakin terasa.
“Min…janji dengan babah.”
Lampu isyarat merah di hadapan. Sambil menarik gear. Lelaki itu merenungku tajam. Ada riak kerisauan pada wajahnya. Aku mengetap bibir dan kemudiannya mengangguk perlahan. Lelaki itu tersenyum, kelegaan dengan jaminanku barangkali. Manis. Aku terkesima seketika. Saat itu terkenang kembali pujian Nadeerah, sewaktu aku berada di tingkatan enam. Ketika itu, untuk pertama kalinya, babah datang melawatku di kampung. Aku gembira sangat-sangat. Rindu yang terpendam, terungkai ketika itu juga. Babah bawa khabar gembira. Dia sudah dinaikkan pangkat. Dia tak akan ke luar negara lagi. Dia akan terus menetap di Malaysia.
“Babah kau hensem lah Min. Berkarisma. Kalau Luq tengok cara layanannya pada kau, tentu dia cemburu.”
“Tak payahlah kau nak puji lebih-lebih. Lagi satu, jangan dok sebut-sebut lagi nama dia boleh tak?”
“Janganlah marah Min. Aku minta maaf ya. Tapi betullah, Min. Babah kau nampak muda, berapa umur dia ya?”
“Kawin muda. Sebab tu lah kot. Sekarang, umur kita 19...dia tua daripada kita..” aku cuba mengira jarak umur antara aku dan babah.
“Berapa Min?”
“Ish, kejap la. Aku tengah kira. Err...39 tahun.”
“Hah! 39 tahun. Tapi muka dia macam umur 25 tahun. Biar betul Min.”
Aku mengangguk. Seraya mengalih pandangan ke arah babah yang sedang melangkah menghampiri kami. Di tangannya ada 2 botol 100 plus.
“Bisik-bisik apa tu? Mengata babah ke?” soal babah sambil menghulurkan botol 100 plus kepada kami berdua. Kami tersengih.
“Ish, tak ada lah pakcik. Tadi saya tanya Min, dulu pak cik tinggal di mana?”
Aku mengerling ke arah Nadeera. Jauh benar dengan apa yang kami bualkan tadi. Nadeera pura-pura tidak nampak maksud kerlinganku itu.
“Ooo, dulu Pak Cik duduk di merata-rata tempat. Massachusette, Florida, last sekali di Taiwan. Nanti kalau Nad nak keluar negara, beritahu pak cik, pakcik boleh tunjukkan tempat yang menarik di sana.”
Nadeera tertawa kecil.
“Hmm, tak apalah pak cik. Tunggulah bila ada rezeki nanti. Eh, Min, aku kena balik dulu ni. Nanti mak aku marah pulak..”
“Eh, kau tak nak babahku hantarkan ke?”
“Ish, kan tadi aku datang naik basikal. Nanti basikal tu nak letak di mana? Pakcik saya balik dulu ya.”
“Hmm..baiklah. Bawa basikal elok-elok.”
Kami memandang langkah Nadeera sehingga hilang dari pandangan.
***
“Jasmin!”
Aku tersentak. Lamunanku pecah.
“Mengelamun ya?”
Aku tersengih.
“Teringat kat Nad.”
“Hmm, baru tinggal seminggu dah rindu? Dia dapat sambung belajar kat mana?”
She is my bestfriend, babah. Dia kat Australia sekarang.”
Really? Hmm, rezeki dia. “
Ya, rezeki Nad. Tapi tidak aku. Aku hanya dapat menyambung pelajaranku di universiti tempatan sahaja. Walau bagaimanapun, aku akui, belajar di dalam negara juga punya keistimewaan tersendiri. Di sini aku belajar mematangkan diriku. Di sini aku mengutip pahit manis menjadi seorang pelajar.
Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi. Aku menyeluk beg tangan dan mengeluarkan telefon bimbitku.
Nama Munir, temanku semasa di universiti terpapar di skrin telefon bimbitku. Aku tersenyum.
“Hello, Moon.”
“Woi, kau dah sampai ke belum? Kenapa aku call dari pagi tadi tak dapat. Asyik masuk mesin pesanan suara.”
Aku menjauhkankan telefon bimbit aku seketika. Suaranya yang nyaring, seperti hendak pecah gegendang telingaku mendengarnya.
“Dah sampai. Ni ada dengan babah aku. Dalam perjalanan nak balik rumah. Aku off handphone tadi. Bateri dah nak habis. So, aku simpan untuk emergency.”
“Kau ni kan...tak ubah-ubah. Dari dulu sampai sekarang. Dah tau nak jalan jauh kenapa tak charge awal-awal?”
Aku tersengih. Babah di sisi mengerling seketika.
“Kau tak kerja ke Moon?”
Aku cuba mengalih topik perbualan kami. Malas aku nak mendengar leterannya bak burung belatuk. Nanti tak pasal-pasal sepanjang jalan, aku kena dengar leterannya.
“Kerja. Nak ubah topik lah tu. Eh, oklah. Aku nak sambung kerja aku balik. Aku bukan apa, risau kan engkaulah, Min. Dari pagi call tak dapat-dapat. Jadi apa-apa ke kat jalan, siapa yang susah. Aku...juga.”
“Ala..Moon. Tahulah aku jaga diri. Bukannya aku tak biasa datang Shah Alam ni. Lagipun, babah aku ada ni. Ok. Nanti apa-apa hal, aku call kau balik.”
“Hmm, Yelah tu, oklah, bye.”
Aku menyimpan semula telefon bimbit ke dalam beg tanganku.
“Siapa? Munir?”
Aku menoleh ke sisi. Babah memandangku sekilas.
“A’ ah.”
“Apa dia nak? Min rapat benar dengannya.”
“Saja. Risau sebab tak dapat call tadi.”
“Jadi Min tutup handphone Min sepanjang perjalanan tadi? Patutlah babah call tak dapat.”
“Min lupa nak charge malam tadi. Babah marah ke?”
Babah menggelengkan kepala.
“Lain kali, nak berjalan jauh, tengok dulu handphone tu. Ada bateri ke tak. Kan dah susah, waktu-waktu kecemasan, tak boleh diguna. Nasib baik Min jumpa ofis babah.”
Aku tersengih lagi. Babah pun kuat berleter juga macam Munir. Tatkala itu kereta babah membelok masuk ke dalam perkarangan rumah.

Tiada ulasan: