Ya
Allah! Penatnya! Aku pantas membuka tudung yang tersarung di kepala dan
melemparkannya di atas kerusi malas di hujung kaki katil. Tanpa menukar baju
pengantin yang dipakai, aku terus merebahkan tubuhku di atas katil. Mujurlah
kenduri kedua-dua belah pihak dekat sahaja. Mujur juga ayah long berkeras nak
aku bernikah dan berkahwin di kampung juga. Babah terpaksa mengalah dan
bersetuju akan buat kenduri doa selamat sahaja nanti di Shah Alam.Ughhh… Lenguhnya!
Aku mengeliat di atas katil bagi meregangkan seluruh otot. Ahh…lega. Aku
mengiring di sebelah kanan. Kedua-dua belah tanganku bertelangkup sambil
mengampu kepalaku. Selesanya! Dua minggu yang sangat memenatkan. Beberapa
ketika kemudian, aku mengalih pula tubuhku. Terlentang menghadap siling
bilikku. Mataku masih terpejam dan tangan kanan ku letak di atas dahi. Aku tak
tahu Luqman di mana. Kali terakhir aku nampak waktu maghrib tadi, dia sedang
bersembang dengan ayah cu di ruang tamu. Memang sibuk dua hari ini. Melayan
tetamu yang datang meraikan perkahwinan kami berdua. Aku pula selesai membantu
ibu di dapur, terus meminta diri untuk berehat. Lagipun, semua tetamu dan
saudara-mara telah pulang. Jadi, tiada sesiapa lagi di rumah ummi long yang
perlu dilayan. Aku menghela nafas panjang sekali lagi. Cuba menghilangkan
kepenatan. Sunyi. Suasana di luar terasa sangat sunyi. Mungkin semua orang dah
masuk ke kamar masing. Lagipun waktu sudah melewati tengah malam.
Tiba-tiba
terasa seperti tilam di hujung kedua-dua belah kakiku dan di kedua-dua belah
tubuhku tenggelam. Tanganku diubah ke sisi. Seketika kemudian terasa hembusan
nafas di wajahku. Aku terus membuka mata. Hah! Terkejut melihat Luqman di atas
tubuhku.
Terlalu
letih sehinggakan aku langsung tidak menyedari kehadirannya. Sejak bila pula
dia masuk ke bilikku. Oppss.. sekarang sudah jadi bilik kami berdua.
“Letih
ya?” soalnya sambil mengusap rambut dan pipiku buat pertama kali.
Wajahku
panas. Jantungku berdegup sangat pantas. Lidahku kelu kerana wajah kami memang
sangat dekat. Hampir bertembung hidung dan tentu sahaja tubuhku dalam
rangkulannya. Hilang terus rasa mengantukku sebentar tadi. Sebaliknya tubuhku
merasa seram sejuk dan mengigil tiba-tiba.
Luqman
tersenyum. Perlahan-lahan dia mendekatkan lagi wajahnya. Aku terus memejamkan
mata. Terasa sentuhan bibirnya di dahiku. Panas. Dadaku terasa semakin berdegup
pantas. Wah, boleh kena serangan jantung sekiranya perasaan ini kerap kurasai.
“Aishiteru…”
senafas suaranya menderu di tepi telinga kananku. Aku terus membuka mata. Aku
benar-benar terkaku selepas mendengar suaranya yang tersangatlah lembut dan
romantik. Tatkala itu juga serasa lohong hatiku tepu dengan kasih sayang yang
tidak berbelah bagi terhadapnya. Hati penuh dengan bunga-bunga cinta. Asyik dan
mengujakan.
“Min
pun…opss!” ucapku tetapi dengan pantas aku mengetap bibirku. Malu dengan ucapan
tanpa sedarku.
“Min
pun apa?” soalnya sambil tersenyum menggoda. Bibirku bergetar. Dadaku semakin
mendebar.
“Err…”
kelu pula lidahku ini. Sungguh perasaanku ketika ini tidak dapat digambarkan.
Bahagia sehingga lubuk paling dalam.
Sekali
lagi Luqman merapatkan wajahnya dan mencium hidungku. Aku tersentak.
“Apa
yang Min rasa sekarang? Suka tak dah dapat bersama abang?”
Aku
tersengih.
“Janganlah
tanya macam tu. Min malu,” jawabku polos.
“Jawablah.
Abang nak tahu perasaan Min sekarang. Kalau Min tak jawab, abang akan terus
peluk Min sampai esok pagi,” gertaknya tapi masih dalam nada romantik.
Aduhai,
tak sangka pula lelaki yang suatu ketika dulu gengster di sekolah, garang, suka
marah-marah dan berhati sejuk beku, rupa-rupanya romantik. Eh, romantik sahaja
ke? Hmm, ok… dia juga mengambil berat terhadapku.
“Jasmin
Alia… dah mengelamun sampai ke mana? Boleh pula tersengih seorang diri…”
ujarnya sambil mencuit hidung dan pipiku.
Aku
tersipu lagi.
“Err…
Abang nak mandi? Min ambilkan tuala,” akhirnya dapat juga ku bersuara. Dalam
masa yang sama aku cuba menolak tubuhnya perlahan. Cuba mengelak dari
pandangannya yang boleh membuatkan jantungku lebih berdegup kencang.
Namun
rangkulan Luqman lagi kemas dari yang kusangkakan.
“Abang….”
“Hmm…”
“Bangunlah.
Min nak ambil tuala,” pintaku separuh meminta.
“Min
belum jawab soalan abang tadi.?”
Erk!
Apa yang aku nak jawab ya? Aku mengerut dahi. Cuba memikirkan jawapan yang
logik untuknya. Tiba-tiba Luqman menekan jari telunjuknya di tengah-tengah
dahiku.
“Ouch!”
“Janganlah
serius sangat. Abang melawak sahaja. Merah pipi tu, malu ya?”
Luqman
menghela nafas panjang. Badanku masih mengeras dalam pelukannya. Wajahku masih
terasa bahang. Jari jemari Luqman mula membelai anak-anak rambutku yang
berjuntaian di dahi. Beberapa ketika kemudian Luqman melepaskan rangkulannya
dan mengubah posisi pembaringannya. Kali ini dia menyandarkan separuh tubuhnya
di kepala katil. Dia mencuit bahuku. Memberi isyarat agar aku juga mengubah
posisi baringku. Dengan perlahan aku bangun dan kemudian berbaring sepertinya.
Kepalaku diletakkan di atas bahu kirinya. Debaranku kembali terasa apabila
kedua-dua belah tangannya terus merangkul bahu dan pinggangku.
“Min nak tahu? Abang suka cara Min tarik
perhatian abang sewaktu zaman sekolah dulu…”
“Tarik
perhatian? Bila masa pula Min tarik perhatian abang?”
“Min
tak ingat ke? Min selalu ada bila abang sedang berlatih di padang. Min selalu
ada bila abang ada di perpustakaan. Min selalu lalu depan kelas abang setiap
kali selesai waktu persekolahan. Min selalu lalu depan kedai arwah pak Samat,
tempat abang selalu melepak dengan kawan-kawan…”
Aku
berdehem membuatkan Luqman berhenti bercakap. Aku mendongak, memandang wajahnya.
“Apa?
Betul lah apa yang abang cakap tu?”
Aku
menggelengkan kepala beberapa kali.
“Pembentulan
ya. Min selalu pergi padang futsal
kerana Min suka tengok orang main futsal. Masa Min sekolah rendah, Min selalu
ikut ayah cu, tengok dia main futsal. Sebab tu, tabiat tu terbawa-bawa sehingga
ke sekolah menengah. Tentang perpustakaan, Min kan pangawas perpustakaan. Jadi
abang akan sentiasa nampak Min di situ. Abang tak perasan ke baju uniform Min
berbeza dengan uniform sekolah pelajar-pelajar biasa lain. Kalau abang tak ada
di situ pun, Min akan sentiasa berada di situ kerana Min akan bertugas di waktu
rehat dan ketika selepas waktu persekolahan. Takkan abang tak perasan?”
“Ooo,
isteri abang ni pengawas perpustakaan. Abang tahu isteri abang ni pengawas perpustakaan.
Hidup dengan buku dari dulu sampai sekarang. Tapi takkan tak boleh sambil
menyelam minum air kan?” ujarnya sambil mencuit hidungku.
Aku
menjuihkan bibirku apabila mendengar penyataan dan soalannya.
“Habis
tu, kenapa abang selalu rasa seperti Min selalu pandang abang ketika abang
sedang main?”
Aku
tertawa kecil mendengar soalannya. Perasaan berdebar sebentar tadi sudah semakin
berkurang dan perasaan itu berganti perasaan selesa ketika berada dalam
pelukannya.
“Dah
abang yang sedang main kat padang tentulah Min pandang abang. Takkan Min nak
pandang penonton di sebelah Min pula?” soalku sambil berseloroh.
Luqman
terdiam.
“Min
mana ada selalu lalu di depan kelas abang. Kadang-kadang tu ada lah. Mungkin
Min ke pejabat guru. Kan pejabat guru sama tingkat dengan kelas abang. Abang
lupa ke? Entah-entah abang yang perasan Min asyik tengok abang atau abang yang
asyik ternanti-nantikan Min kot…” selorohku lagi sambil menarik telinganya.
Luqman
mengaduh sambil tersenyum. Tangan kirinya yang menjadi pelapik kepalaku
mengusap lembut ubun-ubunku.
“Abang
percaya dengan jodoh kita. Memang abang hampir putus harapan. Tetapi bila
pertama kali selepas sepuluh tahun terpandangkan Min di galeri Islam tu,
harapan abang subur kembali. Kali ni, saingan abang bukan calang-calang orang,
anak Tan Sri dan bos tempat abang bekerja sedangkan abang hanya orang kampung.”
Aku
tergelak kecil mendengar ayat terakhir darinya. Orang kampung! Tidakkah dia
tahu yang aku juga dilahir dan membesar di kampung.
“Sebenarnya,
Min pandang abang sebab Min suka tengok abang main di padang. Semua orang kata
abang pemain hebat di padang. Setiap kali abang dapat bola, abang tak pernah
tidak dapat menjaringkan gol. Min suka bila pasukan abang selalu meraih
kejayaan. Seolah-olah kejayaan itu dikongsi dengan setiap orang yang datang
menonton termasuk Min,” terangku sambil mengingati kembali saat-saat Luqman di
padang sewaktu zaman sekolah dahulu.
“Oh
ya? Hmm.. apa kata kita lihat abang pandai tak bermain dalam bilik malam ni.”
“Huh!
Nak main apa dalam bilik ni malam-malam?” soalku, tidak faham dengan maksudnya.
Luqman
tidak menjawab soalanku tetapi dia bingkas bangun dan menutup suis lampu bilik.
Gelap. Beberapa saat kemudian terasa rangkulan pada tubuhku. Aku terjerit
kecil.
“Syhhh…janganlah
menjerit. Nanti orang lain fikir apa pula?” bisik Luqman di telingaku.
“Min
terkejut. Abang nak main apa dalam gelap ni? Lagi satu, pergilah mandi dulu.
Busuklah!”
“Amboi,
bila dah kahwin, abang busuk ya. Dulu busuk-busuk abang ni, atas bas Min peluk
juga.”
Aku
terdiam. Teringat kembali zaman persekolahan dulu. Pertama kali kami keluar ke
pekan bersama-sama dan pertama kali kami naik bas yang penuh bagaikan tin
sardin.
“Mana
ada peluk. Itu terpeluk dan lagi satu bila masa pula Min cakap abang berbau busuk?”
“Habis
tu, Min asyik kuis hidung Min seolah-olah badan abang ni bau busuk sangat waktu
tu.”
“Hihihi…itu
bau pewangi yang abang pakai. Min tak boleh bau pewangi badan. Hidung Min
sensitif dan cepat gatal.”
“Ooo,
abang ingat bau badan abang masa tu busuk sebab Min asyiklah kuis-kuis hidung
tu. Lepas tu, suruh abang lepaskan pelukan…”
“Haa…Min
tak peluk abang yer. Abang yang mengaku peluk Min….”
“Hahaha…yelah…yelah..abang
yang peluk Min. Tapi kondaktor bas dan pemandu bas yang bagi abang peluang
untuk peluk Min. Bukan abang saja-saja nak peluk Min ya,” ujarnya masih tidak
mahu mengaku salah.
Aku
menjuih.
“Abang..pergilah
mandi dulu. Badan abang tu berlengas. Nanti badan tu gatal-gatal pula.”
“Oklah…oklah.
Abang pergi mandi. Tapi Min tunggu abang tau.”
Eii, mengada-ngadanya! Nak mandi pun nak kena
tunggu-tunggu pula. Aku pantas melepaskan diri dari pelukannya dan kemudiannya
membuka kembali suis lampu bilik tidur kami. Aku bergerak pula menuju ke arah
almari baju dan mengeluarkan sehelai tuala mandi. Sewaktu aku berpusing ke
belakang, Luqman telah sedia mengadapku. Aku terkejut dan tuala yang kupegang
sebentar tadi jatuh ke lantai.
“Masyaallah! Abang ni…boleh tak jangan bagi Min
terkejut?” soalku sambil mengutip kembali tuala tersebut.
Luqman tertawa kecil melihat telatahku yang kembali
mengelabah.
“Isteri abang ni comel sangat. Dari jauh, kala dekat.
Masa tidur, masa merajuk, ketika berangan. Semuanya comel. Buatkan abang rasa
nak Min sentiasa dekat dengan abang.”
Burr…wajahku membahang lagi.
1 ulasan:
walaweh...kahwin jgk akhirnya... dah lama tnanti2x ceta ni...good job writer... sila samb. lg... hehehe.... <3<3<3
Catat Ulasan