Telefon berdering
berkali-kali. Lagu Menang nyanyian Faizal Tahir melantun sekali lagi sebelum
kembali sepi. Aku membiarkan sahaja tanpa mempedulikan si pemanggilnya. Dua
unit kerusi yang aku bawa balik semalam masih terbiar sepi di sudut bilik. Aku
betul-betul hilang mood untuk
mengecat. Peristiwa semalam mula bermain-main dalam fikiranku.
“Awak nak kata saya ni
‘playgirl’ ke? Itukah maksud awak?”
“Aku tak kata. Tapi kalau
dah makan cili, agak-agak siapa yang akan terasa pedas?” soalnya sambil
mengangkat keningnya.
Wah! Makin menyirap tahap
kemarahan aku.
“Habis tu awak pun apa
kurangnya. Perempuan keliling pinggang. Tak cukup dengan satu,” balasku. Aku
sendiri dah tak tahu betul ke tidak tuduhanku itu. Tapi yang nyata, aku pernah
nampak dia bercakap mesra dengan perempuan lain.
Pandangan Tareeq semakin
tajam. Wajahnya memerah.
“Sekurang-kurangnya aku
tak menggedik macam kau. Lagipun kalau aku ada perempuan sekeliling pinggang
aku ni, bukan aku yang terhegeh-hegeh dulu.”
“Woi…woi… aku rasa korang
berdua ni tak perlulah nak bertekak tentang hal ni. Benda kecil sahaja kot,”
sampuk Abang Haidhar setelah sekian lama membiarkan kami berdua bertekak.
Merasakan diri ini tidak
boleh lagi berada di situ, aku terus menghampiri Hakimi.
“Kimi, saya balik dulu.
Bagi balik kerusi tu kat saya.”
“Eh, Anna. Biarlah Kimi
yang bawakan. Lagipun kita satu arah ja. Selepas makan, kami hantar Anna balik
kolej,”ujar Abang Haidhar seraya menahan tindakanku.
Aku menggeleng. Perlahan-lahan
aku mendapatkan kembali dua model kerusi daripada Hakimi. Abang Haidhar dan
Hakimi kelihatan terkejut dengan tingkahku tapi tidak dengan Tareeq. Wajahnya sejuk
beku tanpa perasaan.
“Tak apalah. Korang
pergilah makan. Anna nak balik dulu. Bye.”
Aku mengeluh sambil meraup
wajahku. Hatiku tidak tenteram. Sakit hatiku masih terasa. Aku bukan seperti
yang dikatakan oleh Tareeq. Tidak pernah terlintas di fikiranku untuk jadi
wanita seperti itu. Adakah dengan bercakap dengan lelaki asing, aku sudah
dianggap ‘playgirl’? Mataku mula berair. Teruk sangat ke aku ni di pandangan
matanya? Perlahan-lahan aku mengesat air mata. Aku menghela nafas panjang.
“Hishhh! Tak boleh jadi
ni! Aku perlu buat sesuatu untuk hilangkan rasa sakit dan sedih di hatiku ini.
Lebih baik aku pergi buat kerja di bengkel.”
Aku bingkas. Setengah jam
aku berjalan menuju ke bengkel. Telefon bimbitku berdering lagi untuk kesekian
kalinya. Aku terus mematikannya. Itu lebih baik dari bingit mendengar
deringannya. Sebaik sahaja aku tiba di depan pintu bengkel, aku membuka kunci
dan suis lampu. Aku mencapai apron dan memakainya. Arghhh…kenapa rasa marah ni
seperti tak mahu hilang? Aku terus mencapai getah rambut di lengan dan mengikat
rambutku seperti tocang kuda. Menarik ketat-ketat seolah-olah boleh menarik
urat-urat kemarahanku. Aku mengetuk paku pada kayu penyambung yang akan dibuat
meja dengan penukul. Kuat sangat! Kelekung! Kdtang!
Potongan kayu sepanjang
sejengkal itu melantun ke kepalaku dan jatuh ke lantai tanpa sempat aku elak.
Penukul terlepas dari tangan. Kepalaku berpinar-pinar menyebabkan aku jatuh
terduduk. Aduh!!! Sakitnya! Terasa seperti ada cairan mengalir di tepi wajah. Aku
menekan-nekan dahiku. Terketar-ketar aku membawa tangan kananku di depan mata.
Ya Allah, darah! Aku cuba berdiri, tetapi kaki tersadung susunan papan lapis di
belakang lalu jatuh semula ke lantai. Semakin banyak pula cairan panas mengalir
di wajahku.
“Anna… Anna…”
Suara Tareeq. Kenapa dia
datang? Aku tak mahu berjumpa dengannya. Aku menunduk. Tetapi makin banyak pula
darah yang menitis. Ugghhh! Sakit di dahi makin berdenyut-denyut.
“Anna! Kenapa ni? Anna!”
Terasa bayang tubuhnya
sudah berada di hadapanku. Pandanganku makin kelam.
****
“Doktor kata apa?” soal
Haidhar kerisauan.
“Luka sikit sahaja. Mujur
tak dalam.”
“Mujur juga kena tepi
dahi. Kalau kena mata? Haish, aku tak boleh nak bayangkan.”
“Hish. Ada pula ke situ
fikirnya. Dah, jom kita keluar. Bagilah dia rehat dulu. Tapi aku hairanlah. Apa
dia buat di situ sendirian?” Haidhar menyampuk.
“Dia marahkan akulah tu.”
“Marahkan kau? Macam mana
kau tahu?” soal Hakimi sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
“Reaksinya selepas
beberapa kali aku sakitkan hatinya,” jawab Tareeq sambil memandang wajah gadis
yang terbaring lesu di hadapannya. Di fikirannya terbayang reaksi Anna yang
akan mengikat rambut satu seperti tocang kuda apabila dia dalam keadaan marah.
Tareeq berjalan keluar
dari bilik rawatan. Tidak mahu gadis itu terganggu dengan perbualan mereka.
Haidhar dan Hakimi turut mengekorinya keluar.
“Oh, ya ka? Reaksi yang
sama?” soal Haidhar kembali.
“Hmm, tetapi kali ni lagi
teruk. Dia bermain dengan kayu dan penukul. Hush! Takut aku tengok keadaannya
ketika itu.”
“Engkau lah teruk!”marah
Hakimi.
“Apa pula aku?”
“Kata-kata kau selepas game kita hari tu! Kalau aku jadi dia
pun, aku akan terasa hati. Mulut kau tajam mengalah pisau. Kadang-kadang aku
pelik, kenapa kau suka sakitkan hati dia?”
“Aku…err…aku… aku tak
boleh tengok dia bersembang dengan budak Iqram tu. Aku rasa geram sangat! Rasa
macam nak tumbuk sahaja muka Iqram tu.”
Haidhar dan Hakimi
berpandangan sesama sendiri dan kemudiannya ketawa.
“Apahal korang berdua ni
tiba-tiba gelakkan aku? Aku tengah susah hati, korang berdua boleh ketawa
pula.”
“Kalau kau marahkan si
Iqram tu, kenapa pula Anna yang menjadi mangsa. Lagi satu. kau tahu tak apa
maknanya tu, beb?” soal Haidhar sambil memeluk dan menepuk bahu rakannya itu.
“Itu maknanya kau jeles
tengok dia rapat dengan lelaki lain. Kau sukakan dia lah, bro!”ujar Hakimi sambil mengacau rambut Tareeq. Sekali lagi
kedua-dua jejaka itu ketawa melihat reaksinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan