Ahad, 17 Jun 2012

DCJ34


“Ok, abang kira satu sampai tiga, kita angkat sama-sama ya.”
“Ok.”
“Satu, dua, ti...”
“Hoi! Apasal suruh orang perempuan yang tolong? Dah kurang orang lelaki ke kat sini?”
Aku dan abang Nain tersentak. Kami sama-sama menoleh ke arah laungan suara itu tadi. Kelihatan Luqman berdiri tak jauh dari tempat kami sedang mengangkat periuk kotor sambil memeluk tubuh.
Wajahnya kelat. Kenapa pula ni? Datang sahaja dah marah-marah.
“Kenapa dengan awak ni? Pagi-pagi dah marah kat orang.”
Aku terus bersuara. Lelaki itu terus mara ke arah kami.
“Ke tepi. Angkat benda-benda berat ni bukan kerja orang perempuan. Engkau ni gila ke? Mendera orang perempuan suruh tolong engkau angkat benda-benda berat. Dah tak ada orang lelaki dah ke kat dalam rumah ni? Kalau si Jasmin ni terseliuh ke, jatuh ke, atau melecet tapak tangannya dia, siapa yang nak tanggung? ” marah Luqman sambil memandang ke arah abang Nain.
“Saya tak suruh. Dia yang nak tolong,” sahut abang Nain sambil melepaskan hujung pemegang periuk.
“A’ah. Abang Nain tak paksa Min pun. Min yang nak tolong dia,” sahut aku pula bagi memperbetulkan keadaan.
“Tak payah nak bela sangat abang awak ni. Ke tepilah sikit. Awak faham bahasa Melayu ke tidak? Nak saya cakap bahasa Jepun ke?”
Telinga aku terasa berdesing dengan sindirannya. Tapi dengan pantas aku menginjak ke sebelah sebelum dirempuh tubuhnya yang tinggi. Abang Nain pula tercengang-cengang memerhati tingkah lakunya.
“Awak nak kain lapik tak?”
“Nak buat apa? Bukannya periuk panas.”
“Buat lapik tangan. Supaya tangan tak melecet.”
Lelaki itu terdiam namun beberapa saat kemudian dia menyuakan tangannya. Kain yang ku pegang bertukar tangan. Tak sampai sepuluh minit, kesemua 6 biji periuk kotor sebesar kawah berjaya dialihkan ke bahagian belakang dapur. Aku membiarkan kedua-dua lelaki itu meneruskan kerja menyusun dan menyimpan kerusi-kerusi dan meja-meja makan. Sambil menapak ke belakang dapur, aku menjijit sebekas sabun basuh pinggan dan beberapa keping span pencuci. Di dalam dapur sudah ada beberapa orang wanita datang membantu ummi Long mengemas pinggan mangkuk. Aku hanya perlu mencuci perkakas masak yang dilonggokkan di luar. Sambil mencangkung aku menyinsing lengan baju sehingga paras siku dan seluar track suit ku ke paras betis supaya tidak basah terkena air sabun. Sebiji-sebiji pinggan mangkuk aku sabun dan mengasingkannya di dalam baldi yang berisi air bersih.
Tiba-tiba terasa seperti dibayangi seseorang. Aku mendongak. Luqman!
“Awak ni sengaja nak lelaki yang di depan sana tu tengok kat awak?”
Erk? Kenapa ni? Tiba-tiba sahaja datang marah padaku?
“Awak tahu tak kat depan tu ada ramai lelaki yang sedang buat kerja?”
“Tahu. Tapi apa kena mengena dengan Min? Min bukannya melepak, goyang kaki di depan tu. Min tengah basuh pinggan kat belakang ni.”
“Ha, tahu pun. Awak tahu tak keadaan awak tu menyebabkan lelaki-lelaki yang di depan tu asyik tertoleh-toleh tengokkan awak?”
“Tengok saya? Kenapa pula?”
“Itu apa? Sinsing lengan sampai siku, sinsing seluar sampai nampak betis melepak awak tu. Awak sengaja nak bagi orang tengok ke?”
Sekali lagi telingaku berdesing. Aku mula faham maksudnya itu. Secara mendadak terasa seperti jantungku berdegup semakin laju menahan amarah.
“Min bukannya sengaja nak senteng baju dan seluar min. Min Cuma nak elak daripada terkena air sabun. Nanti basah, susah pula nak buat kerja.”
“Orang cakap tu, ada sahaja jawapannya.”
“Kalau dah awak tu cekap sangat, nah ambil ni. Basuh sendiri!” ujar ku seraya membaling span pencuci pinggan ke arahnya. Aku pantas berlari masuk ke dapur melalui pintu belakang meninggalkanya yang terkejut dengan tindak balasku.
“Benci. Meluat. Berlagak pandai. Semua salah. Semua tak kena,” bebelku sambil melabuhkan punggung di kerusi meja makan.
“Eh, Min. Kenapa kecoh-kecoh kat luar tu?” sapa ummi long yang berada di dapur. Beberapa tetamu wanita yang datang menolong turut mengalihkan pandangan ke arah ku.
“Luqman tu lah. Semua Min buat, tak kena. Itu salah, ini salah. Dia seorang sahaja yang betul.”
“Jasmin... cubalah bersabar sikit. Luqman kan datang menolong kita,” ujar ibu Darlynna yang duduk bersebelahan dengan ummi di meja makan.
“Kalau dah datang nak tolong, buatlah cara nak tolong. Bukannya marah dan sindir Min,” jawabku pantas.
“Jasmin...”
Bahuku disentuh lembut. Aku menoleh. Mak cik Arwa! Bagaimana aku boleh tak perasan kehadirannya di situ? Aduh, Jasmin! Terlalu sangat mengikut perasaan marah. Kan dah terlepas cakap.
“Luqman tu memang macam tu. Dia nak menegur. Tapi mungkin caranya agak kasar dan menyakitkan hati. Makcik tahu niatnya baik. Dia hanya nak menjaga sesuatu yang hak. Jasmin bersabar ya,” ucapnya sambil tersenyum lembut.
Erk? Sesuatu yang hak? Apa maksud makcik Arwa?
"Err, baiklah. ibu, long, makcik, Min minta diri ke bilik dulu," ujarku perlahan. Malunya.. huhu...
Ketiga-tiga wanita itu tersenyum memandangku.
Aku merebahkan tubuh di atas katil. Bingung memikirkan maksud kata-kata mak cik Arwa. 
"Min! Kau buat apa dalam bilik?" panggil Nadheera merangkap maksu ku sambil mengetuk pintu bilik. 
"Tak buat apa. Masuklah. Pintu tak kunci."
Nadheera menjengulkan kepalanya di sebalik pintu. Wanita manis itu tersenyum.
"Apahal bising-bising kat luar itu tadi? Puting beliung ke?"
Aku menjeling. Nak usik akulah tu.
"Kilat saja. Kenapa?"
Nadheera ketawa terkekek-kekek. 
"Cik abang usik ek?"
"Cik abang mana?"
"Hmm, yang mana satu yer?" 
Jemariku pantas mencubit peha wanita itu.
"Aduh! Sakitlah!"
"Padan muka!"
"Amboi! Kenapa garang sangat pagi ni? Nanti rezeki lari tau."
"Nad, kau kalau setakat nak usik aku, baik kau keluar pergi layan ayah cu aku tu. Aku nak sambung tidur."
"Hei! Orang lain sibuk buat kerja kat luar, dia nak tidur pula."
"Biarlah. Asalkan tak sakit hati."
"Siapa pula yang sakitkan hati kau? Cuba cerita."
Aku menarik selimut supaya menutup wajahku. Malas mahu melayan ibu saudara ku itu.
"Oklah. Kalau kau tak mahu cerita. Nanti aku tanya pada long."
"Pergilah tanya."
"Amboi! Mogok nampak."
"Biarlah!"
"Hei! ok-ok. Macam ni. Apa kata kita ke dusun? Long kata semalam dah ada beberapa biji durian yang jatuh. Boleh kita pergi kutip bawa balik Shah Alam nanti."
"Malaslah. Kau pergilah dengan ayah cu. Lagipun aku tak makan durian."
Nadheera mencebik.
"Buruk sungguh kalau kau merajuk. Jomlah. Nanti kita bawa bekal makanan. Kita berkelah di sana. Siap. 10 minit lagi kita bertolak. Jangan nak melawan cakap mak saudara kau ni," arah Nadheera sambil menarik hidungku. 
"Sakitlah."
Nadheera tertawa kecil sambil bingkas keluar dari bilikku.
Hmmm...

4 ulasan:

diari neesa berkata...

akhirnya ada jugak new entry...:)
nak tahu jugak apa kesudahan cinta jasmin pada luqman...

Suhana Shahril berkata...

ngehngeh...alaa...ciannya..sori yer...mood akak sweng...nk pegang keyboard, nk amik semngat...mmg bcintalah jgk

mayangsayang berkata...

lamanyer tunggu akhirnya kuar gak entry baru.. sampai satu tahap ingat dah x de dah

diari neesa berkata...

agak lama jugak citer ni x da new entry...