Jumaat, 5 November 2010

DCJ 28

Aku menekan alat kawalan jauh televisyen, menukar siaran baru beberapa kali. Tiada rancangan atau tayangan yang menarik minatku. Akhirnya aku terus menekat punat tutup. Babah dan ibu Darlynna tiada. Sudah tiga hari berada di Sibu bagi melihat tapak projek. Babah ada juga mengajak aku mengikut mereka ke sana tapi aku menolak. Kalau aku ikut pun, pasti aku akan terperap di dalam hotel juga. Aku lebih selesa berada di rumah sendiri. Sekurang-kurangnya bila aku berada di rumah sendiri, aku boleh membuat apa yang aku suka. Baru sahaja berkira-kira hendak naik ke bilik, tiba-tiba telefon bimbit di tanganku berbunyi. Luqman. Mimpi apa telefon malam-malam ni. Pelik pula rasanya. Aku menekan punat terima.
”Dok buat apa tu?“
Tanpa salam terus sahaja bertanyakan soalan padaku. Lelaki ini bukan reti nak berbahasa lembut denganku.
“Assalamualaikum. Dok tengok tv. Kenapa?”
“Waalaikumussalam..err..saja. Cerita apa?”
“Entah. Tak tengok sangat pun. Tak ada cerita yang best pun. Ingat lepas ni nak terus masuk tidur.“
“Tidur? Awalnya. Baru 8.30. Jom keluar. Makan-makan.”
Hah! Gila ke lelaki ni? Tak pernah ajak keluar malam-malam. Dia nak ajak aku keluar dating ke? Tapi mana boleh, babah dan ibu tiada. Nanti tak pasal-pasal kena marah. Getus hatiku.
“Malam-malam ni? Tak naklah. Lagipun, Min dah kenyang. Baru saja makan petang tadi.”
Aku menolak dengan memberi alasan mudah padanya.
“Itu makan petang. Ini dah malam. Kalau Min tak nak makan, Min teman Luq makan je lah.”
Macam tu pulak. Tadi ajak orang makan. Ini suruh teman sahaja.
“Takkan Luq nak datang dari KL ke Shah Alam ni semata-mata nak ajak Min keluar makan. Tak logik langsung. Ajaklah kawan Luq yang lain. Yang duduk serumah dengan Luq,“ cadangku, terus-terusan menolak.
“Tiada sesiapa kat rumah ni. Semua balik kampung. Lagipun hari tu, dia juga yang kata bosan di rumah. Tak ada sesiapalah di rumah. Tak ada sesiapa yang nak bawa dia keluar. Luq ajak berjalan tak nak pula.”
Ingat juga dia pada keluhan aku tempoh hari. Aku yang kerap ditinggalkan sendirian. Aku yang sentiasa kesunyian.
“Yelah. Luq kat KL. Masa Luq nak sampai sini mungkin dah dekat pukul sepuluh. Takkan Min nak balik rumah tengah-tengah malam? Nanti babah dan ibu marah, Min keluar malam-malam.”
“Oi, cik adik. Cuba tengok kat sliding door rumah awak tu. Saya dah ada di depan ni. Eleh, konon-konon Cinderella lah tu. Saya bukan nak jual ke atau nak buat apa-apa kat awak. Saya cuma ajak keluar makan. Kalau awak risau abah awak marah, nanti saya call abah awak minta kebenaran nak bawa anak dara dia keluar makan. Keluar malam dengan abang Nain dia boleh pula.”
Berdesing telingaku mendengar bebelannya. Walau bagaimanapun, aku tetap melangkah ke pintu depan. Kelihatan Honda civic sedan terparkir di hadapan pintu pagar rumahku. Lampu tinggi keretanya sengaja dipasang.
“Yelah, yelah. Min ikut. Tunggu kejap. Min nak tukar baju.”
Agak-agaknya, macam mana kalau aku tetap juga tak mahu keluar denganny? Adakah dia akan terus memujuk rayu atau beredar macam tu saja?
“Mm..lagi satu..”
“Apa?”
“Jangan pakai skarf merah tu ye.”
Eh, eh, kenapa dia memikirkan aku akan memakai skarf merah pemberiannya pula?
“Apsal tak boleh pulak? Suka hati Min lah. Rambut Min, suka hati Min lah nak pakai tudung yang mana pun,“ jawabku pantas. Geram juga bila diarah sesuka hati. Seolah-olah aku ni isteri dia pula.
“Jangan nak mengada-ada. Skarf tu nampak tengkuk. Awak suka orang lain tengok tengkuk awak yang melepak tu? Luq beri hanya untuk dipakai depan Luq saja. Jadi, kalau depan Luq tak apalah. Bukan depan orang lain, ok!”
Huh! Aku terdiam. Lelaki itu mengeluarkan kuasa veto. Dia juga yang belikan untuk dipakai. Sekarang dia pula yang melarang aku memakainya. Akhirnya, aku memilih untuk memakai Tshirt tangan panjang dengan jean serta tudung ala ariani berwarna unggu.
Kami keluar minum di seksyen 4. Rupa-rupanya dia baru balik dari bermain futsal. Tapi ketika dia keluar minum denganku dia sudah tidak berpakaian sukan. Katanya, tumpang mandi dan solat di rumah kawan sekerja. Patutlah rambutnya nampak masih basah. Dengan hanya berjeans biru dan bertshirt putih tanpa kolar, penampilannya nampak sangat santai. Kebiasaannya dia memakai tshirt berkolar dan juga slack hitam. Walaupun santai tapi masih nampak kasual. Cuma malam ni, penampilannya nampak lain sedikit. Mungkin juga kerana sudah malam.
“Kenapa semua orang sibuk dengan kerja, tapi Luq masih ada masa untuk bersukan? Masih ada masa keluar dengan Min?”
Lelaki itu menjeling. Dia menghabiskan laksa tomyam yang masih berbaki di dalam mangkuk.
“Masing-masing ada tugas sendiri. Bulan ni, Luq tak banyak ambil projek luar. Semua dalam negeri sekitar Selangor dan Kuala Lumpur sahaja.”
“Oo, patutlah. Abang Nain pun sama sibuk seperti babah dan ibu. Semua orang sibuk sahaja bulan ni. Sampai tak ada masa nak berbual.”
“Boleh tak kita jangan cakap pasal Abang Nain awak? Awak keluar dengan saya sekarang ni. Awak ni tak reti ke nak jaga hati saya?” ujarnya dalam nada yang agak tinggi.
Aku tersentak. Salahkah aku kerana menyebutkan nama Abang Nain? Takkan lelaki ini cemburu pula? Kenapa pula dia nak cemburu? Kami bukannya ada apa-apa. Aku menjuih.
“Lagi sekali awak muncungkan mulut tu, saya gigit sampai lebam.”
Mataku terbeliak mendengar kata-katanya. Gigit sampai lebam? Biar betul? Dah jadi jurutera pun perangai gatal miang masih ada. Kalau dah lelaki, lelaki juga, getus hatiku.
“Tak payah nak mengata saya. Kalau rasa tak nak kena tinggal, lebih baik awak jaga tingkahlaku tu.”
Eh,eh! Dia ada pancaindera keenam ke? Boleh baca fikiranku. Dia yang tak senonoh, aku pula yang kena jaga tingkahlaku. Aku terus mengalihkan pandangan ke arah luar kedai makan. Kelihatan beberapa orang pelanggan yang baru sampai mula mencari tempat kosong.
“Lagi satu, abang Nain, abang Nain, rimas telinga saya dengar.”
Eh,eh.. Takkan itu pun nak rimas. Sekadar panggilan untuk menunjukkan rasa hormat.
“Apa salahnya Min panggil dia abang? Kan dia lebih tua daripada Min.”
I’m 4 years older than you, almost same age like him. Why don’t you call me abang too?”
Erk! Betul jugak. Hehe.. Aku tersengih.
“Err, perlu ke? Janggal la,” ujarku perlahan sambil menggaru kepala yang dilitupi tudung rona unggu, sama warna dengan baju tshirt lengan panjangku. Dia sekadar memandangku cuma. Pandangan yang sejuk seperti pandangan yang tiada perasaan. Pandangan yang tidak pernah berubah sejak dari zaman persekolahan. Aku mengacau ais yang mula mencair dalam gelas yang sudah kosong. Pura-pura tidak melihat renungannya meskipun hatiku gelabah. Pandangan yang sejuk itu masih boleh membuatkan aku tak keruan.
“Bila Min nak balik ke kampung?”
Dia bertanya setelah agak lama kami mendiamkan diri. Aku melirik padanya sambil mengerutkan dahi. Bekas berisi penuh dengan laksa tomyam sudah kosong. Lapar sungguh barangkali.
“Hujung bulan ni kot. Kenapa pula tiba-tiba tanya pasal kampung ni?”
“Luq rindulah nak makan mangga muda cicah garam belacan.”
Aku tergelak kecil. Kempunan nak makan mangga muda? Macam orang perempuan mengandung pula.
“Alah kat sini pun melambak mangga muda. Beli sahaja di pasar malam.”
“Kita balik hujung minggu depan, nak?”
Huh! Matanya bersinar-sinar. Begitu mengharap.
“Kita? Luq baliklah sendiri. Bukannya tak ada kereta. Takkan dah lupa jalan pulang ke kampung?”
“Ada Min. Tak bosan sangat. Luq bukannya ada sesiapa di KL ni.”
Sedih pula mendengar katanya. Dia yang sebatang kara di sini. Aku patut lebih bersyukur kerana sekurang-kurangnya aku masih ada babah dan ibu tiriku di sini. Manakala di kampung, aku masih ada ibu bapa saudara dan juga sepupu-sepupuku. Tidak sepertinya yang sudah kematian ibu bapa 5 tahun selepas dia ke Jepun. Agaknya sebab itu juga dia tidak mahu pulang ke Malaysia. Membawa diri, barangkali.
“Takkan Min nak balik dengan Luq pula sedangkan babah Min ada. Nanti apa pula kata Ayah Long kalau tengok Min balik dengan Luq.”
“Memang itu pun  tujuan Luq balik kampung.”
“Tujuan apa?”
“Luq nak jumpa ayah Long Min. Ada beberapa perkara tentang tanah pusaka ayah Luq yang masih perlu diselesaikan,” terangnya ringkas. Aku mengiya. Tak tahu pula aku Ayah Long yang menguruskan tanah pusaka keluarganya.
“Macam mana?”
“Macam mana apa?” soalku kembali. Tak faham dengan soalannya.
“Ikut Luq balik kampung? Jadi?”
“Err..” Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi. Aku mengeluarkannya dari beg tangan. Ayah Cu!
“Hello. Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam. Jasmin berada di mana ni?” Aku mengerling ke arah Luqman. Lelaki itu merenungku lembut.
“Min keluar makan dengan kawan. Kenapa Ayah Cu?” Luqman memandangku lagi sebaik sahaja mendengar aku menyebut nama ayah Cu. Dia mula membetulkan kedudukannya seperti berada dalam keadaan yang kurang selesa.
“Patutlah. Babah dengan ibu kamu mana? Gelap sahaja rumah ni?”
“Babah dan ibu ke Sibu. Babah tak maklumkan pada ayah cu ke? Err, ayah Cu ada di mana ni?”
“Di mana lagi. Ayah Cu ada di hadapan rumah lah ni.”
“Depan rumah!” Aku terbatuk-batuk seketika. Tidak menyangka akan kehadiran bapa saudaraku itu. Luqman yang sedari tadi hanya mendengar perbualanku mengangkat kening, hairan.
“Emm, tak apalah. Ayah Cu tunggu sekejap. Min pun dah sudah makan. Dah nak balik ni.”
Aku terus memberi isyarat tangan kepada Luqman. Minta untuk beredar segera. Lelaki itu bingkas menuju ke kaunter bayar. Aku terus bergerak menuju ke keretanya.
“Min dah sudah makan ke? Atau Min nak ayah Cu ambil Min di sana. Tak perlulah kawan Min tu hantar,” ujar ayah cu menawarkan diri.
“Eh, tak payah. Ayah Cu tunggu sahaja di sana. Sekejap lagi Min sampai.”
Sebaik sahaja Luqman membuka kunci kereta, aku terus membuka pintu dan masuk.
“Rileks la Min. Bukannya ayah Cu awak tu nak makan awak.”
Akhirnya Luqman bersuara setelah lama kami mendiamkan diri sedari tadi dia memandu kereta. Dia seperti tahu apa yang bermain dalam fikiranku. Diriku sebenarnya sangat gementar dengan kehadiran ayah cu itu pada malam ini. Sungguh kami rapat tetapi ayah cu tak pernah memanjakan aku. Dia memang seperti abang padaku kerana jarak usia kami yang tidak jauh bezanya. Mungkin juga kerana hubunganku dengan babah yang sering meninggalkanku menyebabkan ayah cu rasa bertanggungjawab menjagaku.
“Ayah Cu garang. Min risau dia...”
Luqman tertawa. Aku mengerling ke arahnya yang tenang memandu.
“Kenapa ketawa?”
“Min risau dia marah Luq sama macam kita sekolah dulu? Itu yang Min risaukan, betul?”
Errr... aku termanggu. Entahlah apa yang aku risaukan sangat. Yang pasti aku gementar sangat kalau dia berjumpa dengan Luqman sebentar lagi. Adakah peristiwa lama akan berulang lagi?
Please, Min. Janganlah risau tak menentu. We are not student anymore. I’m man now. Min pun dah besar panjang. Bukan hingusan macam dulu. Dah makin cantik dan dah boleh kahwin pun. Kenapa pula di nak marah?”
Aku mengalih pandanganku ke arahnya. Merasakan dirinya diperhatikan, Luqman turut memandang kembali padaku.
What? Betullah apa yang Luq cakapkan ni. Cuma sikap polos Min tu saja. But that is ok. I like it because it make us suitabe. U seize me,” ujarnya seraya tersenyum nipis. Aku terpana dengan apa yang kudengar. Apa makdsudnya?
Honda Civic sedan Luqman berhenti betul-betul di belakang kereta Perdana Ayah Cu. Sebaik sahaja ternampak kelibat Ayah Cu keluar dari kereta, aku terus keluar tanpa menunggu Luqman mematikan enjin kereta. Ayah Cu tersenyum memandangku.
“Ayah Cu tak kerja hari ni?”
“Cuti 2 minggu. Ada hal kat kampung. Mana kawan Min? Taknak kenalkan pada ayah Cu?”
“Oh! Err..”
“Assalamualaikum, Abang Ryan.”
Aku dan Ayah Cu berpaling serentak. Luqman berdiri selamba di belakangku. Ayah Cu mengerutkan dahinya. Tentu tidak cam wajah Luqman yang semakin matang.
“Waalaikumussalam. Err, kita kenal ke?” soal ayah cu kembali seraya menghulurkan salam. Luqman menyambut sambil tersenyum.
“Luqman Hakeem. Anak Mak Usu Arwa.”
“Oh!”
Ayah cu nampak benar-benar terkejut. 
Aduhai, berani pula si Luqman ni. Janganlah terjadi apa-apa pula selepas ini.

Tiada ulasan: