Rabu, 1 Ogos 2018

JANJI KASIH (9)

"Takkan long dan ummi nak tinggalkan Eja dengan Tareeq sendirian.  Ummi tak takut ke kalau-kalau  nanti dia buat apa-apa pada Eja ke? Dia culik Eja ke?"
Aku dalam usaha memujuk Ummi agar membenarkan aku untuk mengikut mereka ke kampung seberang, menziarah kenalan rapat Long Hadi.
Wanita separuh abad itu tertawa kecil.
"Ish! Eja ni... Ada ke tuduh si Rahman tu macam tu. Tak baik... Dia tunang kamu. Takkan dia nak buat apa-apa kat kamu."
Kalau dia tak buat apa-apa pun. Takut aku yang buat apa-apa kat dia. Eh!
"Manalah tahu..."
Lagipun, aku dah tetapkan fikiran untuk putuskan pertunangan kami. Aku risau hati yang sedang derhaka tak mahu berpisah ini akan berpaling tadah pada tuannya.
"Haish! Kamu ni Eja...ada ke situ pula fikirnya. Kunci pintu rumah elok-elok. Jangan duduk di luar sampai lewat senja. Dah! Jangan fikir yang bukan-bukan. Kalau kamu takut, panggil abang Umar kamu teman."
Aku mengerut dahi. Pelik. Abang Umar tu kan sepupu aku. Kenapa pula Ummi dan long benarkan dia tidur serumah dengan ku? Samalah bahayanya dengan aku serumah dengan Tareeq. Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal.
"Eja, long dengan Ummi balik petang esok. Jangan mandi kat sungai tu lama-lama. Kalau nak ke mana-mana, minta Tareeq temankan."
Long mengambil beg baju dari tangan Ummi. Aku menghantar mereka sehingga ke pintu rumah.
"Nak buat apa suruh dia teman. Dia bukannya biasa pun dengan kampung ni. Eja nak panggil abang Umar..."
Langkah long terhenti. Matanya tajam memandangku. Aku terkejut dengan tindakannya.
"Umar ada kerja pagi ni. Jangan ganggu dia. Malam nanti long akan suruh dia datang teman."
"Ooo...ok."
Aku pandang kereta Long Hadi berlalu pergi sehingga hilang dari pandangan.
Abang Umar tak ada pagi ni. Tareeq pun mungkin masih terbongkang kat rumah belakang. Apa yang aku nak buat ya? Aku tersengih sendirian. Tiba-tiba terlintas sesuatu yang menarik untuk aku lakukan sepanjang seharian ini. Dengan pantas aku berlari masuk ke bilik, mengambil sehelai t-shirt lengan panjang yang labuhnya melepasi paras lutut dan sehelai seluar legging yang mempunyai striped di kiri dan kanan kaki serta sehelai tuala.
"Nak ke mana?"
Meloncat aku tatkala sedang menutup pintu rumah. Mau tak terkejut apabila tiba-tiba disergah dari belakang. Punya seronok nak mandi sampaikan langsung tak dengar bunyi tapak kakinya. Alamak! Aku ingatkan dia masih tidur lagi.
"Nak keluar lah."
"Tahulah nak keluar. Tapi nak ke mana?"
Aku mengetap bibir. Perlukah aku beritahu semua pergerakanku kepadanya meskipun aku tahu, dia berada di sini kerana pesanan Long dan Ummi supaya memerhati pergerakanku?
"Nak mandi."
"Dah kenapa nak mandi di luar pula? Air dalam rumah ni dah habis ke?"
Adeh! Sengajakan buat loyar buruk.
"Nak mandi sungai kat belakang ni," jawabku sambil mencari kasut yang hendak dipakai.
"Tunggu! Abang nak ikut juga."
"Mana boleh."
"Kenapa pula tak boleh?"
Mencerlang mataku memandangnya. Dia tak tahu ke atau saja buat-buat tak tahu?
"Boleh tak jangan ikut Eja?"
"Kenapa pula tak boleh ikut? Sayang tunang abang."
Sayang!
"Tunang bukan tiket untuk mandi bersama. Kalau suami lainlah."
Habib semakin menghampiri ku sambil tersengih.
"Jadi bila kita kahwin nanti, bolehlah kita mandi bersama selalu?"
Wajahku merona. Kita cakap kot lain, dia kona kot lain. Saja mencari pasal.
Aku malas nak layan. Dengan pantas aku menapak turun ke halaman rumah dan berlari-lari anak menuju ke hutan belakang rumah Long.
Laungan Habib tidak aku hiraukan. Lantak dia. Kalau dia nak ikut, pandai-pandailah dia cari jalan untuk ke sana. 

Termengah-mengah aku tatkala sampai di gigi sungai. 
Cuaca panas, tetapi suasana di gigi sungai ni redup. Aku tersenyum sendirian. 

Selepas menukar pakaian, aku menapak ke gigi sungai. Perlahan-lahan aku kakiku mencecah air dan bergerak menuju ke tengah. 
Kali pertama aku ke sini, aku berjumpa dengan Abang Umar. Abang Umar banyak ajar cara berenang dan cara menahan pernafasan dalam air. Setelah beberapa hari aku ke sini, aku sudah mahir dan berani mandi di situ walaupun sendirian.

Hari ini aku nak cuba praktikkan cara mengapungkan badan sambil melihat ke dalam dasar sungai. Dalam kiraan tiga aku terus pejamkan mata dan menahan nafas. Perlahan-lahan aku meregangkan dan mengapungkan tubuhku. Satu, dua, tiga, empat, lima, enam, tujuh, lapan, sembilan, sepul...
Seperti Deja vu...

Tiba-tiba terasa seperti pinggangku di ragut naik ke atas. Aku kaget. Tubuhku ditarik dengan pantas naik ke tebing sungai. Aku menjerit sambil meronta-ronta, cuba untuk melepaskan diri.
"Khadeeja!"
Macam aku kenal suara jeritan itu. Aku berhenti meronta.
Aku buka mata dan kalih ke belakang.
Habib!
Terasa separuh semangatku yang hilang tadi kembali semula.
"Sayang nak bunuh diri ka? Dah tak sayang nyawa. Kalau pun marahkan abang, takkan sampai nak buat macam ni?"
Merah betul wajahnya. Tahan marah.

Dia salah faham. Aku meraup wajah yang basah.
"Siapa yang nak bunuh diri. Eja mandi lah. Kan tadi dah beritahu."
"Mandi? Mandi apa macam tu? Terapung... macam orang lemas."
Ada getar dalam amarahnya. Risau sangatkah kalau aku mati pun?
"Masyaallah. Eja mandi. Itu Eja tengah praktis tahan nafas dalam air."
"Praktis? Betul?"
Matanya tepat memandangku. Aku mengangguk.
Lelaki itu menghela nafas kelegaan sambil tangannya meraup rambut depan yang terjuntai di dahi ke belakang. Dia merenggangkan pelukannya di pinggangku.
"Abang ingatkan sayang nak buat apa tadi. Boleh tak sayang jangan buat macam ni lagi? Abang betul-betul ingat abang dah hilang sayang tadi."
Amarahnya mengendur.
Perkataan sayang tak lepas dari mulut.
"Eja pun ingatkan raksasa mana belit pinggang Eja tadi."
"Raksasa? Sayang kata abang raksaksa? Agak-agaklah kot."
Tawanya pecah. Apa yang lucunya? Yalah, sungai di tepi pinggir hutan ni, memang bukan kawasan laluan. Mana ada manusia kecuali aku. Tak sangka pula Habib bersungguh nak ikut aku.
"Tangan abang ni tak bersisik tau. Lembut lagi tangan abang dari tangan raksasa. Ni cuba pegang," ujarnya seraya menarik tanganku untuk mengusap tangan kekarnya yang masih basah.
Emm... memang lembut pun. Tapii... Wajahku merona. Perlahan-lahan aku menarik tanganku dari genggamannya.
Wajah Habib berubah. Mungkin juga perasan dengan sikap spontanku itu.
"Maafkan abang."
Aku hanya termangu. Keadaan seperti ini, membuatkan jantungku berdegup laju sehinggakan aku tak tahu nak cakap apa. Langsung hilang kata apabila perasaan malu meraja dalam diri.
"Jadi, inilah tempat yang Eja cakap tadi?"
Habib memandang sekeliling. Baru aku perasan. Dia pun sudah bertukar pakaian. Tubuhnya memang nampak seksi dengan t-shirt lengan pendek yang sendat memang mengikut bentuk badan serta seluar track suit paras lutut. Jadi dia memang cakap betul tentang hendak mandi bersamaku tadi. Wajahku merona kembali.
"Mana belajar berenang macam tu? Setahu abang, Eja tak pandai berenang."
"Eja belajarlah."
"Yalah, belajar dengan siapa?"
"Ada lah..."
Aku tersenyum mengingatkan peristiwa hari pertama dan kedua aku belajar dengan Abang Umar.
"Cepatnya dah pandai."
"Tengok kakilah. I'm a good student and I've got a good trainer."
Habib merenung kakiku.
"Yeah! You have a pair of beautiful legs."
Habib tersenyum. Senget. Gataiii...
Aku bingkas. Kalau lagi lama berada di situ, kemungkinan aku tidak dapat menahan rasa debaran di dadaku.
"Nak ke mana pula?"
Aduhai, risau betul dia kalau aku pergi jauh. Padahal sebelum-sebelum ni, dia langsung tak kisah ke mana pun aku pergi.
"Nak sambung mandi."
"Abang mandi sekali?"
"No!!"
"Alaaa...rugi. Penat tukar baju," ujarnya dalam nada kecewa.
Aku mengeluh. Tengoklah ni... hati yang derhaka ni, lembut sangat.
"Oklah. Oklah. Tapi abang mandi sebelah sana. Eja sebelah sini."
Lelaki itu tersengih.
Penat berendam, aku naik semula di tebing. Separuh kaki ku biarkan terjuntai ke dalam air. Leka seketika apabila melihat Habib mandi. Sekejap dia berenang ke dasar, sekejap dia mengapungkan dirinya di permukaan. Dia memang hebat. Mungkin ini sahaja hendak melepaskan tekanan selepas penat dengan kerja. Beberapa ketika selepas menyelam untuk sekian kalinya, dia berdiri dan menghampiriku.
"Kenapa berhenti? Dah penat ke?" soalnya sambil melabuhkan punggungnya di sisiku.
"Emm..."
"Nak balik dah ke? Kalau nak balik, jomlah."
Aku menggeleng.
"Sekejap lagi. Nak rehat dulu."
"Ok."
Aku mendongak ke atas. Kedua-dua tangan ku tompang ke belakang agar dapat mengimbangi tubuhku. Memandang langit petang yang cerah. Sesekali angin bertiup lembut menyentuh tubuh. Sejuk seketika. 
Tatkala itu terasa seperti tuala besar diletakkan di depan tubuhku. Aku menoleh ke kanan.
Habib merenungku tajam.
"Jangan duduk macam ni di sebelah lelaki lain."
Huh! Kenapa pula ni? Aku berkerut.
"Baju tu basah. Melekap ke dada. Duduk macam biasa pun dah buat hati abang rasa bergetar, inikan pula duduk seperti ini," terang Habib masih memandang ke arah tubuhku.
Sekali lagi wajahku merona. Malu. Dengan pantas aku membalut seluruh tubuhku dengan tuala yang diberi.
Memang lah tingkahku itu tadi adalah spontan. Tetapi tak sangka pula, dia memerhati dan memikirkan sehingga ke tahap itu.
"Pergi tukar baju. Dah lewat petang ni. Abang tak mahu ayah Long marah kita pula nanti. Maghrib nanti mesti dia nak ajak abang ke masjid."
"Long tak balik malam ni. Abang tak tahu  ke?"
"Owh! Ya ka? Long tak cakap apa-apa  pun kat abang. Habis tu, malam ni sayang tidur dengan siapa?"
Aku mengerling.
"Tidur seorang la. Eja  bukannya ada suami nak tidur dengan suami."
Eh! Aku menekup mulut yang terlepas cakap. Habib tersengih lebar. Perlahan-lahan dia menghampiriku. Dia mula dah....
"Kalau macam tu, abang teman sayang malam ni. Kita boleh praktis sebelum kita kahwin."
Wajahku membahang.
"Tak payah nak mengada-ngada. Abang tidur kat rumah belakang. Lagipun Abang Umar akan datang teman Eja.
Huh! Praktislah sangat. Lelaki gatal!
"Kalau Umar yang datang teman, abang lagi kena teman sayang. Abang tak percayakan dia."
Aku memandang dia. Ada riak cemburu.
"Eh! Takkan cemburu?"
"Kenapa pula tak cemburu? Abang dengan dia sama-sama lelaki. Sayang tu tunang abang. Takkan abang nak biarkan lelaki lain serumah dengan sayang walaupun dia sepupu sayang."
Hmmm... Tak payah nak cemburu lah Habib Oii.. awak tu bakal jadi bekas tunang.
"Sayang fikir apa lagi tu? Pergilah tukar baju cepat."
"Hmmm...ok. Tunggu sini ya."
"Ya, abang tunggu sayang kat sini."
Sekembalinya aku di tempat mandi tadi...
Warghhh!!! Terbeliak mataku melihat Habib yang tidak berbaju. Baju yang basah disangkut di bahunya. Aku rasa bukan setakat wajahku ku sahaja yang membahang, tubuhku juga terasa macam nak terbakar melihat tubuh sasanya.
"Kenapa awak buka baju?"
"Eh, baju abang basah ni. Takkan nak pakai lagi."
"Awak tak bawa baju salin ke?"
Habib memandangku lama.
"Apa?"
"Tadi ada orang tu tak menyempat nak tinggalkan abang. Kelam kabut abang nak kejar sampaikan terlupa nak ambil baju salin."
Ughhh!!! Salah aku juga ke?
"Nah tuala ni. Sejuk udara kat sini. Nanti demam pula."
Habib tersenyum senget.
"Owh, abang ingat nak bagi tayangan free kat sayang. Sayang tak suka tengok badan abang ke?"
Cerh!! Soalan apakah ini?
Aku menjeling. Paling tajam.
"Awak ingat saya ni pervert macam awak ke?"
"Hohoho...janganlah marah. Abang usik saja."
"Lagi sekali awak bagi alasan nak mengusik, jangan harap saya nak bagi awak tidur kat rumah malam ni."
Gertakku. Tegas!
Habib mengangkat kedua-dua belah tangannya. Surrender.
"Ok...ok. Abang minta maaf. Garangnya tunang abang ni. Takut pula nak teman malam ni."
"Tak suruh pun."
"Nak jugak... Nah, bubuh sekali baju abang ni dalam plastik beg sayang."
Aku mengambil baju di tangannya dan memasukkan dalam plastik beg yang berisi pakaianku yang basah tadi. Habib membetulkan tuala di atas bahunya. Sekadar menutup kiri dan kanan bahagian tubuhnya. Bahagian tengah badannya masih terdedah.
Aku menghela nafas panjang. Biarlah...
Jantung jangan kau pun nak bersengkongkol dengan hati durhaka itu, kau jangan nak berdupdapdupdap kuat sangat ya. Aku sembelih kau nanti.

*(English tunggang langgang- sorry)