Ibu
Darlynna mengalih-alihkan pisang goreng di dalam kuali. Tersenyum simpul dia
apabila melihat babah bawa balik dua sikat pisang awak tengahari tadi. Aku
memotong beberapa keping pisang yang masih berbaki di atas meja.
“Min,
tolong bancuh tepung lagi. Kita buat bagi habis. Tak payah simpanlah. Kalau simpan
pun nanti ia akan buruk sahaja,” pinta ibu Darlynnaa sambil menghulurkan bekas
berisi tepung bancuh.
Aku
bingkas dari meja makan dan mengambil bekas tersebut.
“Tak
banyak sangat ke ni? Macam nak hidang bagi tetamu sahaja. Ada orang nak datang
ke?” soalku sambil tangan pantas menceduk beberapa sudu tepung dan dicampur
dengan sedikit air.
Ibu
Darlynna tersenyum lagi.
“Orang
dekat sahaja. Bukannya jauh pun,” jawabnya ringkas.
Aku
mengerut dahi.
“Orang
dekat?”
“Dah
siap? Bak sini bekas tu. Ibu nak gaul dengan pisang. Minyak ni cepat panas. Nanti
hangit pula pisang goreng ni.”
Ibu
Darlynna mengelak dari pertanyaanku. Terkebil-kebil aku memerhati gelagatnya.
“Kalau
dah tak ada apa-apa, Min nak masuk bilik sekejap,” pintaku sambil membasuh
tangan yang berlumur dengan tepung.
Ibu
Darlynna sekadar mengangguk. Pelik!
Sebaik
sahaja masuk ke dalam bilik, aku pantas
mencapai telefon bimbit yang berada di atas meja tulis. Bateri habis lagi. Aku pantas
mencucuk charger telefon dan
menghidupkan semula telefon bimbit yang terpadam kerana kehabisan bateri. Beberapa
ketika selepas dihidupkan, berderu-deru pesanan ringkas masuk. Terbeliak aku
melihat lebih dari tiga puluh pesanan ringkas masuk dan lebih dari lima puluh panggilan
yang tidak berangkat. Aku membuka satu persatu panggilan tersebut. Semuanya dari
Luqman dan ada beberapa panggilan dari Nadheera dan Munir. Aku menggaru-garu
kepala yang tidak gatal. Sewaktu baru berkira-kira hendak menelefon Luqman
kembali, kedengaran suara orang dari luar. Ada tetamu? Aku pantas menyarungkan
tudung. Perlahan-lahan aku melangkah keluar dari bilik. Kelihatan beberapa
orang wanita dan lelaki yang baru masuk dalam rumah.
“Hah!
Buat apa kat sini? Pergi ke dapur, siapkan makan minum petang untuk tetamu,”
sergah ummi long.
“Siapa
yang datang ummi?”
Ummi
long menjegilkan matanya. Aku tersengih melihat isyarat matanya. Aku memusing
tubuhku 180 darjah dan berjalan menuju ke dapur. Ibu Darlynna tersenyum apabila
melihatku menghampirinya.
“Min
tolong masukkan gula dalam air teh tu. Rasanya serbuk teh tu dah kembang dan airnya
pun dah merah.”
“Siapa
yang datang ibu?”
Ibu
Darlynna mengerling.
“Min
tak kenal ke?”
“Min
tak sempat tengok pun, ummi long dah sergah.”
“Hmm,
kacau cepat air tu. Ibu nak hantar kuih ni ke depan.”
Aku
pantas mengatur beberapa biji cawan dan piring di atas talam.
“Ehem..!”
Aku
tersentak. Mujur tak terlepas cawan di tangan. Aku menoleh ke belakang. Luqman!
“Abang
ni buat terkejut Min sahaja. Kusss..semangat. Mujur tak terlepas cawan ni,”
ujarku sambil mengurut dada.
“Kenapa
tak angkat telefon?”
“Telefon
Min…”
“Tak
ada bateri,” pintasnya sambil menarik kerusi meja makan di sebelahku. Aku mengetap
bibir. Mungkin juga masih marah dengan tindakanku dua tiga hari lepas.
“Abang
masih tak kerja lagi ke? Berapa hari abang bercuti?”
“Seminggu..”
Masih
marah lagi ke? Atau merajuk?
“Maaf
la tentang hari tu…”
“Hmm…”
Macam
tu saja? Macam tak ikhlas sahaja. Lelaki itu terus mencapai goreng pisang yang
masih panas di atas pinggan.
“Aduh!
Aduh! Panas….”
Kuih
pisang di tangan jatuh semula ke dalam pinggan. Aku pantas menarik tangannya
dan menghembus jemarinya yang mula memerah sehingga beberapa saat.
Ketika
aku melepaskan jemarinya, baru aku perasan Luqman masih memandang tingkahku. Tindakan
refleksku. Pipiku memerah. Malu dengan tindak balasku apabila melihat dia
kesakitan.
“Pisang
tu baru sahaja digoreng. Panas lagi. Kalau abang nak makan Min ambilkan piring
asing,” ujarku seraya berlalu ke singki.
Cuba
menyembunyikan perasaan malu kerana tindakan refleksku. Aku mengambil sebiji
piring yang ditiarap atas para di tepi singki dan meletakkannya di hadapan
Luqman. Menggunakan dua garpu, aku mengambil sepotong pisang goreng dan
meletakkannya di atas piring tadi. Kemudian aku memotong pisang goreng tersebut
kepada beberapa bahagian denga kedua-dua garpu tersebut. Untuk beberapa ketika
asap dari bahagian dalam kuih pisang itu keluar.
“Hmm,
yang ni dah sejuk. Makanlah,” pelawaku.
Luqman
masih memandangku.
“Min
sayangkan abang ya?”
Soalannya
membuatkan wajahku membahang semula. Aku mengalih mengadap meja makan semula. Pura-pura
menyusun kembali cawan dan piring di atas talam. Namun dengan perlahan Luqman memegang
tanganku supaya menghentikan perbuatanku.
“Min
ingat tak sewaktu abang main futsal di sekolah dulu? Min meluru turun ke
gelanggang apabila melihat abang ditumbuk pihak lawan dan hidung abang berdarah
ketika itu.”
Aku
tersentak. Dia masih ingat kejadian itu?
“Tangan
ni yang mengesat darah yang mengalir dari hidung abang. Wajah Min risau sangat
sama seperti wajah Min tadi, ketika tangan abang melecup kepanasan. Tetapi
abang langsung tak berterima kasih pada Min, sebaliknya abang marah Min pula. Min
tahu tak kenapa abang marah?”
Aku
sekadar menggelengkan kepala. Mengingati kejadian itu akan membuatkan aku sedih
kerana dimarahi Luqman bersungguh-sungguh di hadapan semua pemain di padang dan
penonton yang datang untuk melihat perlawanan.
“Min
cuma tak tahan melihat darah yang keluar dari hidung abang. Min tak boleh lihat
abang sakit. Itu sahaja. Min bukan nak ganggu game abang.”
“Ya,
abang tahu niat Min. Untuk pengetahuan Min, abang marah sebab abang risau Min
ada dalam gelanggang dan pada ketika itu game
tu masih berlangsung. Bahaya sangat. Abang tak mahu Min tercedera kena
bola. Min dah rasakan bagaimana sakitnya kena bola futsal? Tetapi itu perlahan
sahaja sebab abang yang sepak. Kalau kuat mau bengong kepala Min seminggu.”
***
“Maaf,
maaf. Itu sahaja yang awak tahu. Kalau dah tahu ini kawasan orang main bola,
janganlah lalu di sini. Tak pasal-pasal kena bola.”
“Tapi
saya berada jauh dari padang. Lagipun saya bukannya duduk di sini. Saya lalu
sahaja.”
“Habis
tu kau nak salahkan aku sebab tendang bola ni kena pada kepala kau?”
“Eh,
tak! Saya tak kata pun macam tu. Saya tak ada niat pun nak tuduh awak macam tu.
Saya cuma…”
“Eh,
kau ni kan kalau tak lalu di sini tak boleh ke? Macamlah laluan ni sahaja yang
ada untuk awak pergi ke kantin,” marahnya lagi.
Aku
mengetap bibir. Semua rakan-rakannya yang bermain bersama memandang ke arah
kami berdua. Memang suaranya kuat sehinggakan boleh didengari seluruh padang
futsal itu. Aku pelik memandang padang futsal yang berada dalam net, tetapi
bagaimana bola yang ditendang oleh Luqman boleh terkeluar dan mengena kepalaku?
Aku menghampirinya sebab nak bagi bola itu kepadanya. Bukannya terima kasih
yang aku dapat sebaliknya aku ditengking di hadapan kawan-kawannya. Aku pantas
melemparkan bola futsal yang masih berada di tanganku kepadanya.
***
Aku
tersenyum. Kenangan lama. Walaupun pedih dibuli Luqman, tetapi manis disayangi
Luqman lebih mengusai dan menutup segala pedih yang ada dalam hati ini.
“Hmm,
lepas kena marah tu, Min terus balik. Sebenarnya Nad dah larang Min turun. Tapi
Min ni degil dan memang tiba-tiba, entah dari mana kekuatan tu datang Min pun
tak tahu. Min nekad juga turun apabila terpandang hidung abang yang berdarah
pada masa tu.”
Luqman
tersenyum.
“Abang
tak main sampai habis pun dalam game tu…”
“Eh,
kenapa? Bukan abang masuk padang balik ke?” soalaku kehairanan. Situasi yang
aku tidak tahu kerana aku telah dihalau balik.
“Abang
minta jurulatih keluarkan abang dan tempat abang diganti pemain lain. Min nak
tahu tak abang ke mana?”
“Abang
ke klinik?”
Luqman
menggelengkan kepala.
“Tak.
Abang cari Min.”
Aku
terkesima. Aku teringatkan sesuatu yang mula bermain kembali di fikiranku. Aku pernah
suarakan kepada Nadheera yang aku ada terpandang kelibat Luqman. Tapi adalah
mustahil Luqman yang aku nampak sebab dia masih di padang. Tak sangka apa yang
aku nampak itu betul. Kami berdua sudah dapat merasa isi hati masing-masing
sejak dahulu lagi. Mungkinkah ini dikatakan jodoh?
“Tapi
kenapa masa abang jatuh pokok rambutan, Min boleh tahan tengok abang cedera?”
“Tak
tahanlah. Rasa nak nangis. Sebab tu Min masuk dalam bilik. Tapi mungkin juaga sebab
marah lebih menguasai perasaan,” jawabku sambil tersenyum.
Luqman
mengambil sebahagian kecil pisang goreng yang telah dipotong tadi dan
dimasukkan ke dalam mulutnya.
“Hmm,
sedap. Min masak?”
“Tak.
Ibu yang gorengkan. Min tolong potong sahaja,” jawabku sambil bingkas ke singki
kembali. Mengambil mangkuk yang diisi dengan air untuk dibuat tempat basuh
tangan.
“Min
tak tahu masak ke? Hmm, abang nak isteri abang pandai masak tau,” pesannya
sambil mulut masih mengunyah pisang goreng yang masih berbaki.
“Abang
jangan risaulah tentang tu. Min ni orang perempuan. Kalau Min tak pandai masak,
tak adanya Min nak terima pinangan abang.”
“Oh,
iya? Baik. Nanti abang nak Min masakkan untuk abang, abang nak rasa. Kiranya ujian
sebelum kita berkahwin.”
Aku
tergelak kecil. Dia tak tahu rupanya yang selama ini, dia datang ke rumah babah
dan dia makan hasil air tanganku.
“Ya
Allah, anak bertuah! Kita ni menunggu dia datang. Rupa-rupanya dah ada di
dapur. Bila yang kamu sampai, Man?” tingkah Mak Usu Arwa di pintu dapur. Ibu Darlynna
berdiri di belakang wanita yang cantik berbaju kurung itu.
Aku
pantas menyalami tangan Mak Usu Arwa. Rupa-rupanya, tetamu di ruang tamu adalah ahli keluarga Luqman.
“Lama
dah sampai. Ni, dah habis sepiring pisang goreng Man makan,” jawab Luqman
sambil tersengih.
“Kamu
datang dengan apa? Mak tak dengar bunyi kereta pun.”
Oh,
mereka berasingan!
“Man
jalan kaki. Man nampak Min kat dapur sebab tu Man terus masuk melalui pintu
dapur. Hehehe..”
“Anak
bertuah! Kita nak bincang tentang hal perkahwinan dia, boleh pula dia duduk di
dapur ni macam anak dara. Sudah! Jangan nak buat onar pula di sini. Jom ke
depan.”
Luqman
bingkas. Sebelum beredar ke ruang tamu, dia sempat menoleh dan mengenyitkan
matanya kepadaku. Aku mendengus. Macam-macam perangainya. Mujur Mak Usu Arwa
tak membebel panjang. Kalau tidak, mesti dengan aku juga terlibat sama.
“Min,
cepat bawa cawan-cawan tu. Tetamu dah lama tunggu di depan tu,” pesan Ibu
Darlynna sekali lagi.
Aku
pantas mencapai dulang yang telah siap disusun. Dadaku mula merasa debar. Dengan
lafaz Bismillah, aku mengatur langkah ke ruang tamu.
“Haa,
dah sampai pun airnya.”
“Amboi,
siap ada goreng pisang.”
Aku
meletakkan satu persatu hidangan di atas meja makan. Mataku sempat menangkap
kelibat tubuh Luqman yang duduk agak jauh dari tetamu lain. Kakinya dibiarkan
terjuntai di birai pintu rumah. Wajahnya kelihatan menggelisah. Kenapa?
“Tengahari
tadi, Si Iskandar ni ke baruh, singgah di pekan belikan pisang. Darlynna ni dah
mengidam nak makan pisang goreng,” terang ummi long sambil tersenyum.
“Oh,
kamu mengandung Lynna? Alhamdulillah rezeki. Tak lama lagi, Jasmin dapat adik
lah yer,” ucap Mak Usu Arwa sambil mengusap bahu Ibu Darlynna. Ibu Darlynna
stersenyum senang.
Hah!
Adik? Aku nak dapat adik? Kenapa aku tak tahu pun tentang perkara ini. Patutlah
semua orang dalam rumah ni berkelakuan pelik sejak dari semalam. Babah yang
marah-marah. Ibu Darlynna yang tersenyum sendirian.
“Malu
saya kak. Dah tua-tua ni, nak boleh lagi seorang.”
“Tak
apa, Iskandar. Anak tu kan rezeki. Selepas ni, boleh cucu pula,” sambung lelaki
di sebelah ayah long pula. Bergema tawa semua orang di ruang tamu itu.
Wajahku
membahang lagi. Ummi long memberi isyarat agar aku duduk di sebelahnya.
“Ni
ha, kami datang ni sebenarnya membawa hajat pihak lelaki. Semua pun dah tahu,
Luqman akan ke Dubai bulan depan. Jadinya, kami nak cadangkan agar tarikh
pernikahan dipercepatkan dari perancangan yang telah ditetapkan dahulu. Kalau nak
pihak perempuan rasa tidak sempat buat persiapan, kita buat akad nikah dahulu.
Si Luqman ni ha… risau nak tinggalkan Jasmin. Dia nak bawa Jasmin bersama ke
Dubai. Boleh ke?”
Semua
orang memandang ke arah Luqman yang tersengih.
“Ohh,
pihak pengantin perempuan tak ada masalah. Lagipun semua persiapan sebenarnya
sudah dibuat. Menantikan phak pengantin lelaki memberi isyarat sahaja.”
“Hmm,
kalau begitu dah jawapannya, apa kata kita buat akad nikah seminggu sebelum
mereka berangkat?”
Semua
orang memandang ke arahku pula. Eh, kenapa semua orang pandang aku?
Ummi
long mencuit pahaku. Aku mengerut dahi.
“Min,
macam mana? Setuju ke kita cepatkan tarikh?” soal babah setelah melihat aku
masih tercengang-cengang.
Burrr…
Wajahku
membahang lagi. Namun beberapa ketika, aku tersenyum simpul dan terus bingkas
masuk ke dalam.
“Orang
perempuan, senyum tu setujulah maknanya,” balas ayah long pula.