Aku
merungkai getah yang mengikat rambut. Membiarkan rambutku yang panjang melepasi
bahu terurai bebas. Sesekali angin petang yang bertiup lembut menyebabkan
rambutku menutupi wajah. Aku menguak dan menyelitnya ke belakang telinga. Setelah beberapa ketika, terasa rambut ini semakin kerap menutupi mataku. Bagi mengelakkan
rambutku dari terus menutupi mata, aku mengikat kembali rambutku dan mengenakan skarf merah pemberian Luqman. Kaki yang tadi sibuk menghayun buaian terhenti. Pandanganku tertumpu kepada bait bait ayat yang dikarang dalam buku yang sedang ku baca. Aku membaca buku yang baru
dibawa balik dari Muss Read Shop semalam. Selepas habis satu muka surat, aku selak ke helaian seterusnya. Inilah
kelebihan bekerja di kedai buku. Apabila ada buku terbaru, akulah orang pertama
yang akan mendapatkannya. Tiba-tiba kedengaran seperti bunyi kamera telefon.
Aku menoleh. Luqman! Dia tangkap gambarku?
Lelaki
itu tersenyum sambil menapak menghampiriku. Penampilannya yang segak walaupun hanya berbaju tshirt biru lembut dan berseluar jeans.
“Kenapa
toleh? Cantik sangat scene tadi.
Sayang. Luq sempat tangkap sekeping gambar sahaja,” pujinya sambil duduk di
sebelahku.
Mencerlung
mataku memandang tingkahnya. Dari mana dia datang? Kenapa aku tak mendengar
bunyi keretanya. Mujur aku dah masukkan rambutku ke dalam skarf. kalau tidak tentu dia dapat melihat dan menangkap gambarku tanpa tudung
“Apa
Luq buat kat sini?” soalku dalam nada yang sedikit marah.
“Nak
datang melawat kekasih sendiri pun tak boleh ke?”
Kekasih?
Hatiku tersentuh mendengar perkataan tersebut dari mulutnya. Namun aku
masih belum dapat memaafkannya dengan kehadiran yang tiba-tiba.
“Datang tiba-tiba tanpa beritahu Min. Macam ni ke caranya datang melawat kekasih?” soalku lagi.
“Amboi,
garangnya kekasih Luq ni! Luq dah call Min hampir 10 kali. Tapi tak berjawab. Jadi
Luq datang terus ke sini.”
Aku
menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Oh, ya ka? Aku baru teringat tentang
telefon bimbitku yang berada di atas. Baterinya sedang dicaj di bilikku. Aku tersengih
mengingati kesalahan sendiri.
“Ooo..maaf.
Min terlupa. Telefon Min ada di bilik. Sedang dicaj. Tapi, macam mana Luq masuk
ke sini? Siapa bukakan pintu pagar?”soalku kembali bagi menutup sedikit rasa
malu akibat kecuaian sendiri.
“Ibu
Darlynna. Dia nak keluar tadi sewaktu Luq sampai. Dia yang suruh Luq masuk.”
Apa?
Kenapa ibu Darlynna benarkan lelaki ini masuk sedangkan aku sendirian di rumah?
“Baca
buku apa tu? Hmm, 10 terminal syurga rumahtangga…” dia tersengih sambil
mengambil buku tersebut dariku tanganku.
Buurrr!
Terasa wajahku mula membahang. Malu. Ugghh!
Aku pantas mencapai buku tersebut dari tangannya. Namun Luqman lagi pantas
mengelak. Dia mengangkat buku tersebut di atas kepalanya dan terus berdiri. Dengan
ketinggiannya itu, memang sukar untuk aku menggapainya.
“Luqman!
Bagi balik buku tu!”
“Min
baca untuk persediaan perkahwinan kita ke?” soalnya sambil tersenyum.
“Apa?
Kahwin? Siapa yang nak kahwin dengan Luq? Tak! Min baca untuk isi masa
terluang… Sekarang, bagi balik buku tu
pada Min,” jawabku sambil terlompat-lompat untuk mendapatkan buku tersebut.
Kahwin?
Bertunang pun belum, dah sebut tentang kahwin. Lelaki ini banyak bermain tarik
tali. Letih aku dengan perangainya.
“Tak
nak! Kalau Min nak, cubalah dapatkan dari tangan Luq.”
Kenapa
dengan lelaki ini?
“Luq!
Janganlah main-main. Bagi balik buku tu,” pintaku. Tanganku masih cuba untuk
menggapai buku tersebut darinya.
Aku
cuba melompat lagi. Namun tak semena-mena kaki kiriku terpelecok sebaik sahaja
mencecah ke tanah menyebabkan imbangan badanku goyah. Aku hampir-hampir
terjatuh sekiranya lelaki itu tidak memaut tubuhku. Mataku terpejam. Risau
sekiranya aku benar-benar jatuh. Tetapi ya, aku tidak jatuh kerana Luqman lebih
pantas menahan tubuhku dari jatuh. Cuba mencari nafas yang hilang sebentar
tadi. Terasa seperti tubuhku dipaut semakin erat sehinggakan aku boleh
mendengar degupan jantungnya. Seminit… dua minit.. tiga minit…
“Alangkah
ruginya 12 tahun Luq kerana
membiarkan wanita ini menjauhkan diri
dari Luq sedangkan Luq benar-benar cintakan dia dan Luq tahu dia juga sukakan
Luq..”
Aku
membuka mata dan mendongak memandang ke arah wajahnya sebaik sahaja mendengar
kata-katanya. Luqman juga sedang memandang ke arahku. Wajahnya begitu hampir
dengan wajahku sehinggakan aku boleh terasa hembusan nafasnya. Jantungku
berdegup pantas. Kenangan tubuhku dipeluknya sewaktu zaman persekolahan mula
terbayang di ingatanku. Sekali lagi terasa pipiku membahang.
“Luq
cakap apa ni?” soalku cuba menutup rasa malu yang menebal di wajahku.
12
tahun. Maknanya dia memang sukakan aku dari dahulu lagi ke?
“Kita
kahwin. Rasanya Luq dah tak sanggup nak berjauhan dari Min lagi.”
“Hah!
Kahwin?” soalku terkejut.
Lelaki itu mengangguk.
Ini memang benar-benar mengejutkan. Angin tak ada, ribut tak ada, tiba-tiba hujan.
Lelaki itu mengangguk.
Ini memang benar-benar mengejutkan. Angin tak ada, ribut tak ada, tiba-tiba hujan.
“Boleh
tak jangan nak buat lawak,” marahku tiba-tiba.
“Muka
Luq ni seperti orang sedang buat lawak ke?”
Aku
mencari kebenaran di sebalik kata-katanya.
“Tapi
takkan macam ni sahaja lamaran Luq? Tak ada acara merisik ke bertunang dulu
ke?”
“Nak
merisik apa lagi? Kan kita sememangnya sedang bercinta. Kita bukan berada dalam
tahun 70an, 80an atau 90an. Sekarang zaman moden. Lagipun semua tu adat sahaja.
Yang pentingnya akad,” jawab Luqman selamba.
“Habis
tu, bertunang pun tak?”
“Bertunang
tu untuk memberi tempoh kepada kedua-dua pasangan membuat persediaan mental dan
fizikal. Tetapi rasanya kita berdua dah lama bersedia ke arah itu,” ujarnya
sambil mengunjukkan bukuku yang masih berada di tangannya sambil tersengih
lebar.
Hatiku
mula terasa sakit. Perasaanku mula terasa seperti hendak marah. Nampaknya dia
masih belum memahami maksudku. Aku merentap tanganku, melepaskan diri dari
pelukannya dan merampas semula bukuku itu. Lelaki itu kelihatan terkejut dengan
tindakanku itu.
“Jasmin!
Nak ke mana tu?” soalnya apabila melihat aku mula melangkah.
“Min
nak masuk dalam rumah.”
“Habis
tu, Luq? Takkan Min nak tinggal Luq sendirian di sini.”
“Luq
boleh balik.”
“Hah!
Jasmin… janganlah macam ni. Salah ke apa yang Luq cakap tadi?” soalnya sambil
menarik lenganku.
“Min
bukan janda. Dan kita bukannya kena tangkap basah untuk sebuah perkahwinan yang
tergesa-gesa. Kalau Luq nak kita kahwin dengan cara yang Luq maksudkan tu, Luq
boleh cari wanita lain,” marahku bertubi-tubi.
Tiba-tiba terasa ada air yang bertakung di tubir mataku. Semudah itukah taksiran sebuah perkahwinan baginya? Aku pun punya impian perkahwinan aku sendiri. Perasaan kecewa mengapung di dadaku. Terasa sedikit sesak dan sebak. Lelaki itu mengeluh.
Tiba-tiba terasa ada air yang bertakung di tubir mataku. Semudah itukah taksiran sebuah perkahwinan baginya? Aku pun punya impian perkahwinan aku sendiri. Perasaan kecewa mengapung di dadaku. Terasa sedikit sesak dan sebak. Lelaki itu mengeluh.
“Maafkan
Luq. Ok, Luq mengaku Luq salah.
Janganlah begini. Merajuk pula. Luq datang sebab nak ajak Min keluar cari
barang. Please… temankan Luq,”
pujuknya lembut.
“Min
tak ada mood,” jawabku ringkas sambil
memandang ke arah lain.
“Ok..ok..kita
kahwin ikut seperti kehendak Min. Tetapi masa biar Luq yang pilih. Kita
bertunang dulu. Tak perlu merisik sebab ia tak penting. Tempoh kita berkahwin
seminggu selepas kita bertunang. Luq tak mahu kita bertunang lama-lama. Takut
ada orang lain goda Min pula nanti,” sindirnya.
Huh!
Aku mencebik. Dalam memujuk sempat lagi menyindirku. Aku rasa aku tahu siapa
yang dimaksudkannya dengan ‘orang lain’.
***
“Luq singgah stesen minyak sekejap. Baru perasan minyak dah habis,” ujarnya seraya membelok masuk ke stesen minyak berhampiran.
Aku
sekadar mengangguk. Sebaik sahaja kereta dimatikan, dia keluar dari kereta dan
menapak ke dalam kedai untuk membuat bayaran. Sewaktu hendak menukar siaran
radio, aku terperasan telefon bimbitnya di atas dashboard. Baru aku teringat, tentang gambar yang diambilnya tadi. Aku
mengerling ke arah kedai stesen minyak itu. Luqman masih berada di dalam.
Hmm,
kalau aku tengok apa salahnya kan? Lagipun gambar aku yang ditangkapnya. Teringin
juga aku nak melihat scene yang dikatakan
cantik itu. Aku membuka aplikasi gambar yang terdapat di dalam telefon bimbit
Luqman. Benar seperti yang dikata, memang cantik gambar yang diambil. Aku terpegun
seketika. Hatiku meluap-luap untuk melihat gambar-gambar lain yang terdapat
dalam telefon bimbitnya. Aku menyentuh skrin itu sekali lagi. Hah! Banyaknya gambar
aku yang diambilnya. Ada berpuluh-puluh gambar aku di dalam telefon bimbitnya. Bila
masa dia tangkap gambar aku? Kenapa aku langsung tak sedar tentang ini?
Dari
gambar ketika pertama kali kami berjumpa di Pameran Khat Islam, di pejabat
sewaktu aku sedang menunggu ibu Darlynna dan babah, dalam keretanya sewaktu aku
terjatuh basikal, sewaktu aku tidur di atas sofa di kedaiku, sewaktu aku berada
di dusun, ketika aku sedang basuh pinggan mangkuk selepas kenduri babah di
kampung. Banyaknya!
“Tak
baik tau mencuri tengok privasi orang tanpa kebenaran tuannya,” sergah Luq di
tepi tingkapku.
Dek
kerana terkejut aku hampir-hampir terjatuhkan telefon bimbitnya ke bawah. Nasib
baik sempat ku tahan dengan tangan.
“Luq!
Terkejut Min,” marahku cuba menutup kesalahan.
“Belek
apa?” soalnya sambil mengerling ke arah telefon bimbitnya.
Aku
mengerling ke arahnya. Boleh lagi buat tak tau, gerutu hatiku geram. Aku mengunjuk
telefon bimbitnya yang mengandungi gambar-gambarku.
“Ini
apa? Curi tangkap gambar Min tanpa kebenaran Min,” marahku.
Berkerut
dahinya melihat aku membuka satu persatu gambarku yang terdapat di dalam
telefon bimbitnya. Namun kemudiannya dia tersenyum. Dia terus berlalu ke pintu
sebelah pemandu dan masuk semula ke dalam kereta.
“Itu
bukan curi. Itu menghargai keindahan yang diciptakan Allah. Setiap sudut gambar
mempunyai riak dan gambaran perasaan yang berbeza. Luq nak kenal lebih dekat
wajah wanita yang Luq cintai ini dari setiap sudut, setiap riak dan perasaan
yang dimilikinya,” ujarnya sambil tidak lepas memandangku. Tangannya pantas
mengenakan tali pinggang dan terus menghidupkan enjin.
Aku
terkelu seketika. Tanganku masih tidak lepas membuka lagi gambar-gambar yang
ada. Lelaki di sebelah ku itu langsung tidak menghalangnya.
“Masih
marahkan Luq lagi tentang gambar tu?”
Aku
memandang ke arahnya. Perlukah aku marah sekiranya lelaki yang aku puja selama
ini sebenarnya turut memandang aku dari jauh? Pandangannya dan hatinya
sebenarnya hanya untukku.
“Semua
gambar-gambar ni… Luq ambil sebelum Luq datang menegur Min, betul tak?” soalku,
inginkan kepastian.
“Emm..
kebanyakkannya. Sebenarnnya ada lagi. Tetapi Luq dah pindahkan ke dalam
komputer. Banyak sangat sampai telefon Luq penuh. Kenapa?”
Sampai
macam tu sekali?
“Jadi
Luq dah perhatikan Min lama sebelum Luq datang marah-marah Min, sindir-sindir
Min, perli-perli…”
“Luq
tak tahu bagaimana cara yang terbaik untuk menarik perhatian Min. Min terlalu
fokus apabila melakukan sesuatu. Waima Min sedang berkhayal sekalipun,”pintasnya.
Aku
tersenyum. Jadinya sekarang kami seri. Sekiranya dahulu, aku yang sering cuba
untuk menarik perhatiannya tetapi sekarang dia pula yang cuba berbuat demikian.
“Jadinya
Min ni secrete admire Luq ya?” soalku
tiba-tiba.
Luqman
mengalih pandangannya. Dia berkerut tetapi kemudiannya tersenyum.
“Hmm,
lebih kurang begitulah,”jawabnya sambil tertawa.
Gembira
sungguh dia. Aku juga turut tersenyum senang. Sangat senang hati apabila
masing-masing sudah meluahkan isi hati. Syukur Ya Rabbi, kerana memberi kasih
lelaki ini kepada ku…