Aku menapak masuk ke dalam
kafeteria. Baru pukul 10 pagi, tetapi pelanggan sudah semakin ramai. Dari jauh,
Muzi sudah melambai-lambai. Aku tersenyum seraya melangkah menghampiri tempat
duduknya.
“Duduk sini. Aku nak kenalkan kau
dengan sepupu aku dengan kawan-kawan dia.”
“Eh, nak buat apa? Tak mahulah
aku. Nanti dikatanya aku cuba nak ambil kesempatan pula sebab berbaik-baik
dengan senior.”
“Alahhh, duduklah sekejap.
Bukannya lama pun. Haaa.. tu pun dah sampai. Had! Sini!” laung Muzi sambil
melambai-lambai.
Aku menoleh ke arah pintu masuk.
Hah!
Tiga orang lelaki menghampiri
meja makan kami. Muzi terus bersalaman dengan sepupunya yang dipanggil Had.
Kemudiannya sepupunya memperkenalkan rakan-rakannya yang lagi dua orang, Kimi
aka Hakimi dan Tareeq.
“Had, kenalkan ini member aku
masa sekolah. Anna. Dia sambung master kat Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka.”
“Oh, ya ka? Samalah dengan
Tareeq. Kau tak pernah jumpa Anna ke, Tareeq?” soal senior Had sambil
tersenyum.
“Tak. Kalau aku jumpa pun,
bukannya aku kenal dia. Lainlah kalau dia tu artis ke menteri ke.”
Burrr!! Wajahku merona.
Suasana terdiam seketika.
“Eh, Muzi, Anna, orderlah makan.
Sen Had belanja hari ni,” pelawa sepupu Muzi, Had aka Haidar cuba memecah
kesunyian.
“Sen?”
“Senior lah, Anna. Kat sini kita
panggil Sen untuk semua senior,” terang Muzi sambil tersengih.
“Ooo...”
“Anna, jom!” pelawa Senior Kimi
sambil memaut pergelangan tanganku. Gayanya seperti seorang kasanova. Lelaki
yang suka menggoda wanita untuk tujuan keseronokan.
Aku terpempan dengan tindakannya.
Dengan pantas aku menarik tanganku dan bingkas.
Lelaki-lelaki yang berada di
hadapanku kelihatan sedikit terkejut dengan tindakanku.
“Err, maaf. Muzi, aku sebenarnya
ada hal. Aku dah janji dengan roomate
nak jumpa kat library. Aku pergilah
dulu ya. Bye!”
Aku terus melangkah pantas
meninggalkan mereka.
***
“Kau gila, tinggal kami macam tu
jer! Kau tak perasan ke, semua orang kat kafeteria tu asyik pandang ke arah
kita. Kau tahu tak kenapa?”
“Manalah aku tahu. Yang aku tahu,
aku rimas bila si Kimi tu pandang aku dengan pandangan mata keranjang dan gatal
tangan serta mulut si Tareeq yang macam tak ada insuran.”
Muzi tergelak di hujung talian.
“Itulah kumpulan Menz. Tapi bukan
diorang yang reka. Itu panggilan yang digelar oleh pelajar-pelajar di sini. Diorang
tu sebenarnya sengaja nak uji kau jer.”
“Uji? Uji kemendanya? Ingat aku
ni tikus ke, jadi bahan uji kaji dalam makmal! Lagi satu, aku peduli apa
diorang kumpulan apa pun. Tak ada kena mengena dengan aku.” marahku.
Muzi tertawa besar.
“Kau bukan tikus, tapi kucing
garang yang comel. Hahaha...”
“Kurang asam! Mengata aku. Nanti
aku tak tolong kau buat assignment,
baru kau tahu...” gertakku.
“Tengok tu! Garang! Sesuai dengan
seseorang tu?”
“Kau jangan nak pegu aku dengan
sesiapa, boleh tak? Ni aku nak pergi koperasi. Kau ada nak pesan apa-apa tak?”
“Taknaklah. Aku dah kenyang sebab
ada orang belanja makan. Ada orang tu, berlagak sombong. Orang nak belanja
makan, dia lari. Sekarang dah kelaparan mencari makanan kering,” perli Muzi
sambil tergelak besar.
Ada yang kena pelangkung ni. Aku
terus menghentikan perbualan.
Aku mengeluarkan beg duit dan
kemudiannya meletak beg yang berisi buku di dalam loker beg.
“Aku tak suka kalau orang yang
cakap bohong!”
“Oh, mak kau!”
Kuss, semangat! Aku menoleh ke
belakang. Tareeq!
Aku memandang ke kiri dan kanan
ku. Tiada sesiapa. Sah dia bercakap dengan aku.
“Err... apa maksud awak?”
“Apa tujuan awak berjumpa dengan
kami pagi tadi? Aku bersusah payah datang ke kafeteria awal pagi sebab nak
jumpa kau, lepas kau boleh belah macam tu jer. Kau nak mempermain-mainkan kami
ke?”
“Tujuan? Mempermain-mainkan? Saya
tak faham maksud awak.”
Aku mengerutkan dahi. Setahu aku,
Muzi yang panggil aku ke kafeteria. Tetapi tidak pula diberitahu tujuannya.
“Jangan buat-buat tak faham!”
Aku mengeluh.
“Suka hati awaklah. Saya tak tahu
apa maksud awak dan perjumpaan pagi tadi... saya pun tak tahu tentang
perjumpaan itu. Muzi yang...”
“Jangan nak babitkan orang lain
dalam hal ini!” jerkahnya, membuatkan beberapa orang pelajar yang baru sampai
di depan koperasi tertoleh-toleh ke arah kami.
Wajahku merona. Kesabaranku
hampir tercabar dengan telatahnya yang datang menyerangku tiba-tiba.
Terasa seluruh badanku juga mula
kepanasan. Tanpa mempedulikannya, aku menoleh kembali ke arah loker beg. Aku
mengeluarkan seutas getah ikat rambut dan dengan pantas aku mengikat rambut
menjadi tocang seperti ekor kuda. Tabiat aku ketika marah. Mengikut rambut
ketika marah bagi mengurangkan rasa panas di kepala. Kemudian aku menoleh
kembali ke arahnya.
Matanya bulat memandangku tanpa
berkelip. Eh, dah kenapa pula mata terbeliak pandang aku macam nak makan jer
ni? Baru aku perasan dia melihat ke arah rambutku.
“Dah kenapa pula? Tak pernah
tengok orang ikat tocang ke? Awak pun nak getah juga ke? Eloklah, ikat rambut
yang panjang tu. Dah macam rambut perempuan.”
Terkebil-kebil matanya setelah
disergah.
“Eh, yang kau sibuk pasal rambut
aku, apahal? Ada aku...”
Kruuukkkrruuuk....
Pandangan kami bersatu. Keningnya
berkerut. Dia kemudian memandang ke arah perutku.
Alamak, malunya!
“Bunyi perut kau ke? Dasyatnya!”
Eeeiiii, geramnya! Nak mangata
akulah tu.
“Sebab awaklah! Saya dah lapar
tau tak. Kalau tak kerana awak, dari tadi lagi saya dah masuk ke dalam dan dah
boleh beli makanan.”
Tanpa mempedulikannya, aku terus menapak
menuju ke arah pintu koperasi.
“Cerh! Sombongnya!” tukas lelaki
itu seraya membuntutiku.
Aku pantas menuju ke ruangan
roti. Aku mengambil sebuku roti dan sebekas mentega kacang yang bercampur jem
blueberry. Kemudiannya aku menuju pula ke rak mee segera. Aku mengambil
sebungkus pek maggi perisa kari dan sebungkus pek perisa asam laksa. Di dalam
kepala sudah terbayang ‘maggi kahwin’. Slurrppp...em sedapnya!
“Patutlah otak bengap. Rupanya,
suka makan maggi segera.”
Aku menoleh. Tareeq tersenyum
sindir di sebelahku. Aik! Dia masih ikut aku sampai ke dalam koperasi.
“Awak tak ada kerja ke? Asyik
ikut saya sahaja.”
“Cerh! Perasannya! Kat pintu
koperasi tu ada tulis perkataan ‘Tareeq tak dibenarkan masuk’ ke? Aku pun nak
beli barang juga. Bukannya kau seorang sahaja.”
Aku mencebik.
Habis tu kenapa dia asyik
mengekor aku jer dari tadi? Hmm... aku terfikirkan sesuatu. Aku menapak pula ke
arah rak tuala wanita. Kali ini lelaki itu terkedu di lorong hadapan rak. Tak
jadi menghampiriku. Malu ler tu! Hehehe... idea aku berhasil.
Aku terus membelek satu persatu
jenis tuala wanita yang ada di rak tersebut. Sesekali aku mengerling ke lorong
hadapan rak. Lelaki itu masih mundar mundir beberapa ketika. Setelah agak lama
di situ, aku perasan lelaki itu berlalu pergi. Yeay, akhirnya! Aku mengambil
sebungkus tuala wanita. Sementelaah mula stok di bilik juga sudah tinggal
beberapa keping. Setelah itu aku berlalu ke kaunter pembayaran dan membuat
pembayaran untuk semua barang yang aku ambil tadi.
Aku sedang memasukkan barang ke
dalam beg galas apabila terasa bebayang orang di sebelahku. Lahh... ingatkan
dah balik. Adoihhh... Kenapa dengan lelaki ini? Apa lagi yang dia tak puas hati
dengan aku?
“Petang-petang ni, kat kafeteria
Jabatan HEP ada bihun sup dan laksa. Kalau pekena semangkuk dua sedap juga.
Lagi sedap kalau makan berteman dari makan ‘maggi kahwin’ sendirian dalam
bilik.”
Aku memandang wajahnya. Dengan
wajah selamba, lelaki itu melangkah ke jalan utama menuju ke fakulti. Tak
habis-habis nak menyindir aku. Tapi macam mana dia tahu aku nak makan ‘maggi
kahwin’?
***
“Terima kasih, kak. Ini duitnya.”
“Eh, tak payah. Bihun adik ni dah
ada orang bayar.”
“Dah ada orang bayar? Siapa pula
yang pemurah tu?”
Aku memandang ke sekitar
kafeteria. Tiada sesiapa yang aku kenal.
“Adik nak letak cili jeruk?”
“Eh, tak payah, kak. Saya tak
boleh makan pedas. Ada gastrik.”
“Ooo...ok. selamat menjamu
selera.”
“Terima kasih.”
Aku terus berlalu ke meja makan.
Hmm, sedapnya bau.
“Bismillah...”
“Kau ni, kalau dah duduk depan
makanan, memang dah tak nampak orang ya?”
Erks! Mujur tak dan makan lagi.
Kalau tidak mesti tersedak. Dia lagi! Warghhhh!!! Stressnya! Berapa kali nak
jumpa ni?
“Buruknya muka. Tak baik buat
muka depan rezeki.”
Tanpa dipelawa, Tareeq menarik
kerusi dan duduk di hadapanku. Dia ni memang spesis tak tahu malu ke?
“Saya rasa dalam kafeteria ni,
banyak lagi kerusi kat tempat lain. Kenapa kat sini juga awak nak duduk?”
“Saja. Aku nak tengok budak kecik
makan. Tak padan dengan kecil, ambil mangkuk besar. Boleh habis ke?”
Budak kecil? Dia panggil aku
budak kecik! Dia ni memang dah melampaulah! Sabar, Anna. Sabar. Sabar.
Aku terus menyuap bihun sup tanpa
membalas kata-katanya.
“Hmm, sedapnya. Tentulah sedap.
Makan orang belanja.”
Pfffftt!!!
Bersembur bihun di dalam mulutku.
Aduh, peritnya tekak.
Uhuk! Uhuk! Uhuk!
Aku terus memandang ke arahnya.
Eh!
Aku tertawa. Muka Tareeq penuh
dengan bihun yang bersembur dari mulutku.
“Janganlah gelak. Ambilkan aku
tisu!” arahnya sambil mengutip sisa bihun di wajahnya.
Kesian pula aku tengok keadaannya
ketika itu. Aku bangun mengambil kotak tisu yang terletak di kaunter
pembayaran.
Aku menghulurkan beberapa helai
tisu sambil menahan tawa.
“Orang tua-tua kata, buat baik
dibalas baik. Buat jahat jangan sekali.”
“Berperibahasa pula. Ni buat
baiklah ni. Belanja kau makan. Tapi apa yang aku dapat? Sisa bihun dari mulut
kau. Hish! Hilang selera makan aku!” marahnya sambil menyapu sisa-sisa bihun
yang masih berbaki.
Hush! Garangnya! Waktu nak usik
tadi, tak terfikir ke kesannya?
“Maaflah. Saya tak sengaja.
Awaklah yang salah. Nak bercakap tu tak fikir perasaan orang. Cakap ikut sedap
mulut sahaja.”
“Eh, aku pula! Sudahlah! Hilang
mood nak makan.”
Dia bingkas. Kononnya merajuk.
Cis!
“Tareeq!”
Panggilku.
“Apa?”
“Makan berteman, sedap sikit dari
makan sendirian.”
Aku mengulang ayatnya tadi. Cuma
aku tak sebut tentang ‘maggi kahwin’ jer. Heh!
Tareeq mengeluh. Dia duduk
kembali dan mengadap bihun di dalam mangkuknya.
“Tareeq...”
“Apa lagiii?”
“Terima kasih sebab belanja
makan,” ucapku sambil terus menunduk dan menyuap bihun ke dalam mulut.
“Sama-sama.”
Dia terpempan seketika sebelum
menyambung kembali suapannya.
Aku tersengih memandang
tingkahnya. Dalam masa hampir satu hari, kami berkenalan, kami boleh bergaduh,
saling menyindir dan sekarang kami boleh makan semeja. Ajaibkan? Agaknya kami
memang ada ‘chemistry’.
p/s: Cerita lain pula. Hahaha...sorry. Tak ada idea nak sambung cerita lama. Layan episod baru.