Tok! Tok! Tok!
Aku membuka mata. Menoleh ke pintu.
“Siapa?”soalku sambil melurutkan selimut yang menutupi tubuhku.
“Aku..Tareeq.”
Aku bangun dari katil dan berjalan menuju ke pintu.
Sewaktu aku membuka pintu, Tareeq berdiri di hadapan pintu sambal mengunjukkan
sebekas makanan.
“Lyea cakap kau sakit lagi. Dah makan ubat yang dia beri?
Ni aku bawakan makanan.”
Aku hanya memandang sepi pemberiannya. Tak ada hati pun
untuk mengambilnya.
“Buat apa susah-susah. Nanti saya keluar ambil sendiri,” jawabku malas-malas.
“Boleh aku masuk?”
“Eh, tak payah. Bilik ni berbau minyak. Nanti awak tak
tahan bau.”
Lelaki itu tergamam. Riak wajahnya berubah.
“Err..Lyea dan Fatin tidur di khemah malam ni. Mmm.. jadi
mungkin kau nak aku temankan kau di sini?”
Aku menjeling. Dia ingat aku ni perempuan jenis apa?
“Saya boleh jaga diri saya. Lagipun, saya tak mahu jadi
bebanan awak pula nanti. Selamat malam,” ujarku sambal menutup pintu. Tetapi
pintu tersebut tersekat. Tareeq menyekatnya dengan kakinya.
“Anna… maafkan aku tentang petang tadi. Aku tak bermaksud
nak sakitkan hati kau.”
Aku mengeluh sambil membuka kembali pintu.
“Pergilah balik ke khemah awak, Tareeq. Saya ok.”
“Tak. Kau tak ok. Kau masih tak sihat. Tengok muka kau
tu..pucat lesi.”
Aku terus memegang pipiku. Sejuk.
“So, macam mana?”
“Macam mana apa?”
“Kau nak aku temankan tak? Tawaran masih dibuka ni.”
Mataku terbeliak.
“Awak gila ke?”
Lelaki itu mengerut dahi.
“Kenapa pula?”
“Takkan awak nak tidur dengan saya dalam ni? Awak fikir
saya ni perempuan apa?”
“Hah! Sekejap…sekejap… rasanya kau dah salah faham.”
“Salah faham? Salah faham apa?”
“Aku maksudkan aku teman kau, tapi aku tidur di sebelah.
Tu… pintu tu….”
Tareeq melangkah masuk dan menuju ke sebuah pintu di ruang
tengah dinding. Aku melangkah beberapa tapak ke belakang. Memberi ruang untuknya masuk ke dalam. Dia membuka kunci
pada tombol pintu dan membukanya. Ohh.. ada pintu penyambung dengan bilik
sebelah rupanya.
“Kalau ada apa-apa, panggil aku di sebelah. Faham?”
Aku mengetap bibir. Emmm…malunya berburuk sangka dengan
orang.
****
Gedebuk!
“Aduh!”
Aku mengusap belakang badanku yang terasa sengal. Muka ni
dah berkerut seribu menahan sakit yang masih tak ada tanda nak berkurang. Dah
ler sakit perut ni tak hilang lagi. Sekarang dah bertambah sakit lain pula.
huhuhu…
“Menyesalnya….” ucapku sambil meramas rambutku yang sedia kusut.
“Apa yang menyesal?”
Hush, semangat! Mujur aku tak lemah jantung apabila
melihat Tareeq sudah ada di depanku. Aku memandang ke arah pintu penghadang
antara bilikku dengan biliknya yang sudah terbuka. Amboi! Pantas sungguh bila kita dah beri lampu hijau. Mujur aku berpakaian tebal. Kalau aku berpakaian baju tidur seperti selalu, mahu mencelapak aku mencari selimut untuk berselubung.
“Aku dengar macam ada benda jatuh…”
Aku memandang jam dalam telefon bimbit. Dah pukul 2 pagi!
“Awak tak tidur lagi? Dah lewat ni. Pergilah balik ke
bilik awak.”
“Err…Kau tak apa-apa ke? Kenapa duduk di lantai? Sejuk
ni.”
Kenapa dia ambil berat sangat denganku?
“Saya… Saya sakit sangat sampai tak sedar sudah duduk di
hujung katil. Masa nak berkalih tadi, terus terjatuh.”
“Hmm… sakit lagi?”
“Selalunya selepas telan ubat, sakit akan makin kurang.
Tapi kali ni, rasa cramp sangat.
Mungkin sebab travel jauh kot. Cuaca
kat sini pun sejuk sangat.”
“Err… kau ada bawa stoking tak?”
“Ada sehelai jer… tu yang dalam kasut tu. Nak buat apa?”
Tareeq bergerak melihat stoking dan kasut yang terletak di
hadapan pintu.
“Emmm… dah kotor. Tunggu sekejap.”
Tareeq beredar ke biliknya. Beberapa ketika kemudian dia
datang bersama sepasang stoking miliknya. Aku memandangnya tanpa berkelip. Dia
nak buat apa dengan stoking tu?
“Mana minyak panas?”
“Awak nak buat apa?”
“Mana minyak panas? Dia bertanya sekali lagi. Kali ini,
ton suaranya sedikit tegas.
“Err..tu. Atas meja tepi katil.”
Lelaki itu bergerak ke meja tepi katil dan mengambil
sebotol minyak di atasnya.
“Naik duduk atas katil.”
Aku mengikut arahannya. Tiba-tiba dia memegang kakiku dan
menyelak seluar panjangku dari bawah.
“Eh, jangan!”
Tareeq tersentak. Wajahku merona.
“Maaf. Aku cuma…”
“Tareeq, saya tahu
awak nak tolong saya. Tapi saya tak biasa.”
“Ok. Maafkan aku. Ambil minyak ni. Sapu dari betis hingga
tapak kaki awak. Kemudian pakai stoking ni.”
Perlahan-lahan aku mengambil stoking dari tangannya. Aku
mengetap bibir sambil memandangnya.
“Kenapa?”
“Awak janganlah tengok. Saya malu.”
“Hish! Macam-macamlah. Kau buat tu dulu. Lepas tu baring
dan pakai selimut. Nanti aku datang balik.”
Aku mengangguk.
****
“Dah tidur ke?”
Tatkala itu terasa benda panas di belakang pinggangku. Aku
membuka mata. Tareeq?
“Apa ni?”
“Bekas getah air panas. Tidurlah. Aku tuamkan.”
“Awak punya ke? Bila masa pula awak beli?”
“Aku beli siang tadi. Sudahlah. Jangan banyak tanya.
Tidur.”
“Hmm, ok. “
Selesanya di bahagian belakangku apabila Tareeq lalukan
beg getah berisi air panas. Hilang rasa marahku padanya. Inilah kali pertama
aku dijaga oleh lelaki ketika datang bulan. Alangkah terharunya aku! Kenapa kau
baik padaku, Tareeq?
“Tareeq…”
“Ya…”
“Terima kasih.”
“Hmm…tidurlah.”
***
“Kenapa lambat sampai petang tadi?” soal Lyea.
“Si Tareeq cari line Internet sampai pekan.”
“Nak buat apa?”
“Nak cari maklumat macam mana nak kurang sakit orang
perempuan.”
Lyea tergelak kecil.
“Sengugut lah, Bi.”
“Yeahh…apa-apa sajalah.”
“Hmm…sweet juga bestfriend you tu, Bi.”
“Siapa?”
“Tareeq lah. Bertuah Anna.”