“Anna.... tolonglah. Sekali ni sahaja kak Lyea minta
tolong,” rayu gadis yang berusia dua tahun lebih dariku itu sambil memegang
lenganku.
Aku menarik tanganku.
“Kak Lyea, Anna tak suka aktiviti outdoor kat hutan. Anna
ni alergi binatang berbisa.”
“Alaaa... situ bukannya hutan tebal pun. Taman rekreasi
jer. Cuma boleh camping-camping dan bermalam di sana. Bolehlah
Anna. Akak dah lama tak pergi camping. Rindu sangat nak camping macam
zaman sekolah dulu.”
Ellehh, rindu nak camping ke atau rindu
nak berkepit dengan abang Haidar. Macamlah aku tak tahu. Getus hatiku sambil
mencebik muka.
“Bolehlah, Anna. Bolehlah....”
“Akak ajaklah orang lain temankan kak Lyea. Anna
betul-betul tak boleh.”
“Anna... tolonglah...sekali ni aja kak Lyea minta tolong.
Kita kawan dunia akhiratkan? Tak baik tau kalau hampakan hasrat kawan baik Anna
ni.”
Kak lyea merayu lagi sambil memeluk pinggangku dan meletak
kepalanya di bahuku. Dah buat dramalah pula! Konon nak bagi aku cairlah tu.
“Please Anna... please...please...”
Aku semakin serba salah.
“Aduhhh...kak Lyea ni! Oklah...oklah! tapi dua hari sahaja
ya. Anna tak suka lama-lama kat dalam hutan.”
“Yeay! Terima kasih Anna! Yeay!” melompat gadis tu
kegembiraan.
Seronok benar!
“Ok...ok. Sekejap. Akak nak call abang
Haidar.”
Dah agak.
“Pesan kat dia, dua hari sahaja. Kalau tidak Anna tak nak
pergi.”
“Ok.”
Gadis itu mengeluarkan telefon bimbit dari poket
seluarnya.
“Hello. Ok. Dia mahu ikut. Tapi bersyarat. Aaa... Dua hari
sahaja. Hmm...hmmm..ok. Jumpa esok pagi. Ok. Bye.”
Aku merenung gadis di hadapanku itu.
“Dia kata boleh untuk dua hari. So, Anna pergi pack barang
sekarang. Esok awal pagi kak Lyea datang ketuk bilik Anna. Kak Lyea pun nak
balik bilik. Tak sabar nak pergi esok. Eeeiii...bestnya nak mandi kat jeram.
Kemas tau,” arah gadis tu sambil berlari keluar.
Aku sekadar menggelengkan kepala memerhati tingkahnya yang
seperti kebudak-budakan. Namun beberapa ketika kemudian kak Lyea menjengulkan
kepalanya di sebalik pintu bilikku.
“Anna...”
Aku memanggung.
“Ya?”
“Terima kasih ya. Kak Lyea sayang Anna. Jangan lupa bawa
ubat sapu dan minyak.”
Aku tersenyum.
“Baiklah, cik puan.”
Kak lyea tergelak kecil sambil berlalu.
***
Kedengaran ketukan pintu dari luar. Aku membukanya. Kak
Lyea tersenyum riang.
“Dah siap?”
Aku membalas senyuman sambil mengangguk.
“Eh, jap. Kenapa muka macam pucat jer ni? Tak sihat ke?”
soal Kak Lyea sambil memegang daguku.
“Eh, Anna sihatlah. Cuma Anna datang period.”
“Hah, period! Tak pe ke ni? Boleh ke Anna nak
pergi camping ni?” soalnya cuak.
“Tak apa. Anna dah prepare minyak panas. Jangan risau. Anna pergi, ni kan Anna dah siap pack.
Jom!”
“Ok, jom.”
Kami bergerak turun ke bawah. Di tingkat bawah kami
bertembung dengan Fatin yang turun menggalas beg.
“Eh, Aten! Kau nak ke mana?”
“Lah! Nak pergi camping
lah. Nak pergi mana lagi? Takkan aku nak lepaskan peluang berkhemah dengan
lelaki kesukaan aku. Hah! Itu pun mereka dah sampai. Abang Kimi!” jerit Fatin
sambil melambai-lambai dan berlari-lari anak menuju ke arah kereta abang Haidar
yang baru bergerak masuk ke dalam kawasan parking kolej asrama.
Aku menoleh ke arah Kak Lyea dan memandangnya dengan
pandangan yang tajam. Gadis itu tersengih.
“Akak kata akak tak ada kawan. Habis tu kenapa si Aten tu
boleh ikut pula?”
“Hehehe.... kak Lyea saja ajak-ajak ayam jer si Aten tu.
Tak sangka pula dia nak ikut. Alahhh... jomlah. Lagi ramai, lagi baguskan?
Jom!” ujar gadis itu sambil menarik tanganku menuju ke kereta.
Hakimi sedang memasukkan beg si Fatin. Gadis itu sedang
tersengih-sengih di sisinya. meluat tengok budak merenyam ni.
“Mana beg you?”
soal Haidar sambil membuka kaca mata hitamnya.
“Ni. Tolong...” ujar Kak Lyea. Dengan pantas Haidar
mengambil beg yang tersangkut di belakang badan Kak Lyea. Termanggu aku melihat
telatah mereka.
“Abang Haidar, cepatlah! Aten tak sabar nak pergi mandi
kat jeram ni,” panggil Fatin sambil masuk ke dalam kereta.
Lelaki itu tersengih sambil memasukkan beg kak Lyea ke
dalam bonet. Kak Lyea sudah berada di dalam kereta.
“Iyer..iyer. Eh, Anna. Tunggu sekejap. Anna naik kereta
lagi satu.”
“Kereta lagi satu? Kenapa Anna tak boleh naik kereta ni?”
Faten menjengulkan kepalanya melalui tingkap.
“Mana boleh naik ramai. Belakang ni seat dia untuk dua
orang jer. Kalau naik tiga orang, sempitlah. Aku tak suka sempit. Nanti susah
nak tidur.”
Hish, budak ni! Aku lepuk kang! Banyak songeh! Gerutu
hatiku sambil menjeling tajam. Faten menjelir sambil memasukkan semula
kepalanya ke dalam kereta.
Tatkala itu, kelihatan sebuah kereta memasuki perkarangan
kolej asrama.
“Haa, tu dia. Dah sampai pun. Ok, Anna naik kereta Tareeq.
Lagipun dia seorang jer,” ujar Haidar sambil menghampiri kereta Tareeq.
Ternganga mulutku mendengar abang Haidar menyebut nama
Tareeq. Kereta Tareeq! Biar betul!
Dengan teragak-agak aku membuntuti Haidar melangkah menuju
ke kereta Tareeq. Lelaki itu sudah melangkah keluar dari kereta dan bersalaman
dengan Haidar.
“Reeq, kau naik dengan Anna ya. Kereta aku penuh,”ujar
Haidar sambil menepuk belakang bahu Tareeq.
“Hmm, kau jangan laju sangat ya. Aku tak tahu jalan ke
tempat tu.”
“Ok, Anna. Have a nice trip!” ujar Haidar
sambil tersenyum.
Aku tersenyum kelat sambil memerhatinya beredar kembali ke
keretanya. Huhu...Anna... Kenapalah kau setuju untuk ikut mereka?
“Anna!”
Aku menoleh. Lelaki itu memandang ke arahku seketika.
Kemudiannya dia menunduk ke tepi pintu yang masih terbuka dan menarik pembuka
bonet kereta.
“Pergi letak beg kat belakang,” arahnya.
Terkebil-kebil aku memandangnya. Aku kena buat sendiri ke?
Berat ni!
“Cepatlah. Nanti Haidar tinggal kita. Aku tak tahu
jalan,” ujarnya seraya masuk ke dalam kereta.
Aku mencebik. Dengan pantas aku memasukkan beg galas
belakang ke dalam bonet kereta. Di dalamnya terdapat sebuah beg coklat. Beg
Tareeq. Kecilnya. Orang lelaki... bukan nak susah bawa banyak barang macam
orang perempuan.
“Anna!” panggilnya lagi.
“Ya... ya. Sekejap.”
Aku pantas menutup pintu bonet.
“Hish! Lembab!”bebelnya.
Aku mencebik.
Tareeq menghidupkan enjin dan bergerak mengikut kereta
abang Haidar. Pertama kali aku naik kereta orang lelaki selain sepupu-sepupuku
dan Muzi. Terasa gugup pula. Tareeq memasang radio. Lagu sentimental beralun
perlahan. Aku memandang sekeliling. Kemas dan teratur kereta dia. Beberapa
pasang kasut tersusun elok dalam kotak di belakang kerusinya. Aku tersenyum.
“Senyum-senyum apa?”
Eh, tengah bawa kereta pun sempat lagi nampak apa yang aku
buat?
“Nak senyum pun tak boleh ke?”
Tareeq berdehem beberapa kali sambil memperlahankan radio.
“Dah sarapan ke belum?”
Dia memulakan perbualan.
“Dah,” jawabku pendek.
“Makan apa? Maggi?”soalnya dalam nada perli.
Aku menjeling tajam.
“Taklah. Anna makan roti dengan Milo.”
“Hmm. Jangan selalu makan maggi. Tak elok untuk
kesihatan.”
“Mana ada makan selalu. Sekali sekala sahaja.”
“Habis tu hari tu beli sampai dua set perisa?”
“Itu kongsi dengan roomate.”
“Kak Siti pun makan maggi?”
Aik! Aku menoleh ke arahnya.
“Mana awak tahu roomate saya nama kak
Siti? Awak kenal dia ke?”
“Hah! Err...tak...hari tu jumpa Muzi. Dia yang beritahu.”
Riak wajahnya seperti sedikit gugup.
“Awak tanya kat Muzi siapa roomate saya
ke? Nak buat apa?”
“Hish! Nak buat apa aku sibuk tanya dia. Tak ada kerja.
Err...hari tu... dia ada sembang-sembang dengan Haidar. Aku terdengarlah dia
sebut nama roomate kau. Itulah yang aku tahu...”
“Ooo...”
“Anna, tolong ambilkan kad ‘Touch & Go’ dalam
dashboard depan tu,” pintanya tanpa mengalih pandangan dari jalan raya.
Dah masuk tol rupanya. Aku membuka pintu dashboard lalu
mengeluarkan kad ‘Touch & Go’ yang diminta.
“Nah!”
“Terima kasih.”
“Sama-sama.”
Beberapa ketika melepasi tol, Tareeq menguatkan
kembali volume radio. Aku terus memandang ke luar
tingkap. Aku menguap beberapa kali. Lebih baik aku sambung tidur. Tareeq pun
tak ada tanda-tanda nak bersembang denganku. Aku terus menyandar kepala ke
kerusi.
Tidur sambil duduk memanglah tak seselesa tidur atas
katil. Beberapa kali juga aku terjaga. Sesekali aku mengalih sedikit kedudukan.
Tiba-tiba... Alamak!
Aku pantas mengeluarkan telefon.
: Kak Lyea.
Emergency! Tolong minta abang Haidar berhenti di R&R yang paling hampir.
Aku tekan butang send.
Beberapa minit kemudian, kereta abang Haidar membelok
masuk ke R&R.
“Eh, kenapa pula Haidar ni? Tiba-tiba masuk R&R tak
beritahu. Baru sahaja masuk tol tak sampai 3 jam, dah berhenti,” rungut Tareeq
tiba-tiba.
Kereta mereka berhenti sebelah menyebelah.
Kelihatan kak Lyea dan Fatin berjalan dulu menuju ke
tandas. Hakimi pula menuju ke arah gerai makanan manakala Haidar berdiri di
tepi kereta. Menunggu Tareeq mematikan enjin.
“Apahal Dhar? Tiba-tiba...” tegurnya sebaik berdiri di
muka pintu kereta. Aku turut turun.
“Biasalah orang perempuan.”
“Tareeq...”
Kedua-dua lelaki itu menoleh ke arahku.
“Saya nak ke tandas..”
“Kau pun. Hish... cepat sikit. Lambat, tinggal,”
gertaknya.
Aku mencebik dan melangkah pantas menuju ke tandas.
***
“Kau ni Tareeq. Janganlah tegas sangat dengan dia. Kata
nak masuk jarum.”
Tareeq menjeling.
“Tegas penting supaya mereka tak pijak kepala kita. Kau tu
lembut sangat dengan Lyea. Lama-lama nanti dia akan jadi manja. Semua benda nak
kau buat. Nanti tak reti nak berdikari sendiri.”
“Itulah namanya sayang.”
“Cerh! Sayang konon.”
Tiba-tiba Lyea datang dan memeluk lengan Haidar.
“Bi... jom pi minum.”
“Hmm, ok gak. Alang-alang dah berhenti. Fatin mana?”
“Tu, kat Hakimi,” ujarnya sambil memuncungkan bibirnya ke
arah gerai makan.
Tareeq memandang ke arah tandas.
“Anna mana? Dia tak keluar-keluar lagi ke?”
Lyea dan Haidar saling berpandangan dan kemudiannya tersenyum
penuh makna.
“Terlepas dari mata sekejap, dah mula risau ya?” usik
Lyea.
Wajah Tareeq berubah. Ketara benar ke kerisauannya?
“Mana ada. Aku ingatkan dia keluar sekali dengan kau
berdua. Dia tak keluar lagi ke? Lamanya kat dalam tandas.”
“Dia ada dalam tu. Janganlah risau. Eh, Bi jomlah pergi
minum. Kau tunggulah sekejap. Nanti dia keluarlah tu.”
Lyea menarik tangan Haidar menuju ke arah Hakimi dan Fatin
yang sudah duduk dan menikmati makanan.
***
Aku memegang perut yang sudah mula terasa mengeras.
Bunga-bunga sengugut. Tak sangka pula nak jadi hari ini. Adoi...
Aku melangkah perlahan menuju ke luar tandas. Eh!
Kelihatan Tareeq mudar-mudir di hadapan pintu tandas.
“Kenapa awak ada di sini?”
“Kenapa lambat? Kau ni memang buat kerja suka lembab yer?
Terkemut-kemut macam siput. Kau tahu tak aku tak suka tunggu orang
lama-lama,”arahnya.
Aku tersentap.
“Err... maaf. Saya bukan sengaja. Tapi, perut saya tak
berapa sedap,” jawabku separuh sebak.
Entah kenapa, tiba-tiba aku berasa kecil hati dengan
kata-katanya. Riak wajah Tareeq berubah.
“Ehem…emm.. Jom, pergi makan,” ajaknya. Kali ni ton
suaranya rendah sedikit.
“Awak.. pergilah makan. Saya tak ada selera. Saya nak
rehat dalam kereta. Boleh tak bagi kunci kereta awak?”
Tareeq merenungku tajam.
“Kau memang betul-betul sakit ke?” soalnya sambil menjamah
kepalaku. Aku menepis tangannya.
“Saya bukan sakit kepala. Kan saya kata tadi, saya sakit
perut,” tungkasku.
Wajah Tareeq berubah. Dia mengeluh.
“Ok. Pergilah tunggu dalam kereta. Nah kunci kereta. Start elok-elok.
Aku pergi beli makan.”
Aku mengangguk perlahan seraya melangkah menuju ke kereta.
Sesekali aku menekan perut yang mula terasa ngilu.
***
“Mana Anna?” tanya Lyea.
“Dalam kereta. Dia kata, sakit perut.”
“Wau! Kau suruh dia start
kereta kau ke? Wau, first time Tareeq
beri kunci keretanya pada perempuan. Dasyatnya penangan si Anna ni!” ujar
Hakimi sambal tersenyum.
Tareeq menjeling tajam manakala Haidar, Lyea dan Faten
tersenyum penuh makna ke arah Tareeq.
“Apa? Aku tak ada apa-apalah dengan dia?”
“Yelah tu, tak ada apa-apa. Aku tengok sejak hari tu
pandangan kau langsung tak berkalih tengok dia,”provok Hakimi lagi.
Mereka sudah tergelak-gelak kecil apabila melihat wajah
Tareeq merona merah. Tiba-tiba Lyea bangun.
“Eh, kenapa, Honey?”
“Alamak! Bi, tunggu kejap. I pergi beli something.”
Semua orang termanggu-mangu melihat telatah Lyea. Beberapa
minit kemudian, Lyea datang bersama sebungkus plastik dan sebotol air mineral.
“Reeq, you pergi bagi dia makan ubat ni. Kat sini tak ada
ubat khas. Sekurang-kurangnya painkiller
ni boleh kurangkan sakitnya. Dia kena makan juga kalau dia nak kurangkan sakit
perut dia tu.”
“Eh, apahal aku pula? Kau pergilah bagi dia makan,” bantah
Tareeq.
“Reeq, please.
Kau tak kesian kat dia ke?”
Tareeq mengeluh.
“Sebenarnyaa, dia sakit apa ni? Kenapa sampai kena makan
ubat?”soalnya kembali.
“A’ah, Honey.
Dia sakit apa? Tadi tengok elok saja.”
“Dia sengugut tu. Datang bulan,” akhirnya Lyea bersuara.
“Dah tahu sakit, kenapa nak ikut juga?”ujar Tareeq geram.
“Reeq, you jangan salahkan dia. Lyea yang salah. Lyea yang
paksa dia ikut semalam.”
“Kau pun juga jangan salahkan Lyea, kami semua yang rancang
program ni. Kami tak mahu kau sendirian. Sebab tu kami ajak dia sebagai peneman
kau,” sampuk Haidhar pula.
Sekali lagi Tareeq mengeluh.
“Kau pun terlibat sama ke Kimi?”
Hakimi yang sedari tadi hanya terdiam turut tersengih.
“Pergilah cepat. Kasihan dia. Dia kalau sengugut, teruk
juga.”
“Oklah. Aku pergi bungkus makanan dulu. Lepas tu, aku
pergi tengok dia,” ujar Tareeq mengalah.
****
“Lah… apa bau minyak ni? Habislah kereta aku!”
Terkejut aku mendengar jeritan Tareeq. Aku terus duduk
menegak dan memandang ke arah Tareeq yang sudah duduk di kerusi pemandu.
“Maaf..maaf. Saya yang pakai minyak panas. Tapi saya cuma
sapu kat perut sahaja. Tak tumpah pun.”
Tareeq menggosok-gosok kepalanya. Rambutnya menjadi
serabut. Dia menutup pintu dan memakai tali pinggang.
“Alaaa… janganlah marah. Saya mana sangka, nak sakit
perut.”
“Arrgghhh…dahlah. Macam-macamlah kau ni. Kalau tak
menyusahkan hidup aku tak sah ke?”marahnya sambal meletak dua bungkus plastik
di kerusi bahagian penumpang belakang.
Sekali lagi aku tersentap. Untuk kali kedua…eh, bukan dah
kali ketiga dia menengking aku. Pertama dulu, di hadapan koperasi. Dia ni
memang orang panas baran ke? Menyesal pula aku berkenalan dengannya. Aku
mengetap bibirku. Perlahan-lahan aku bersandar ke belakang dan mengalihkan
pandangan ke luar tingkap. Langsung tidak bersuara sehingga kami sampai ke
tempat perkhemahan kami.
“Anna…Anna…”
Aku membuka mata. Kak Lyea. Tak sedar pula, bila masanya
aku tertidur.
“Kita dah sampai ke?”
“Emm…bangunlah. Kita masuk ke dalam.”
Aku menoleh sekeliling. Kosong.
“Mana Tareeq?”
Kak Lyea tersenyum penuh makna.
“Dia keluar dengan Haidar. Pergi beli barang-barang. Alah,
Anna janganlah risau tentang dia.”
“Bukan pasal tu. Dia marah Anna tadi.”
“Marah Anna? Kenapa?”
“Anna pakai minyak dalam kereta ni.”
“Hmm, patutlah. Memang dia akan marahlah. Dia sayang
sungguh kereta ni. Langsung tak boleh calar sikit. Sebab tu kami macam terkejut
sikit masa dia cakap dia beri kunci keretanya kepada Anna.”
“Kenapa kak Lyea?”
“Dia tu kan cerewet sikit. Mana ada orang boleh tahan
dengan perangai dia.”
“Em, betullah kak. Bercakap tu, asyik nak menyindir
sahaja. Kalau tak kena, suka tengking-tengking. Sakit hati sungguh Anna. Hmm…
entahlah. Mujurlah Anna ni kenal gitu-gitu sahaja. Kalaulah Anna ni kekasih ke,
isteri dia ke… rasanya Anna tak sanggup bertahan dengan sikap baran dia tu.”
Kak Lyea tergelak kecil.
“Hahaha… Anna…Anna… Anna asyik mengata kat dia ni, Anna
sedar tak yang Anna masih dalam kereta dia?”
“Opsss….hihihihi..”
“Dah, jom Kak Lyea bantu Anna angkat beg. Kita tidur dalam
chalet ya.”
“Eh, dalam chalet? Kak Lyea kata kita nak berkhemah?”
“Emm… kak Lyea dan Fatin boleh join diorang berkhemah. Tapi Anna tak boleh.”
“Tak boleh? Kenapa?”
“Sebab Tareeq tak bagi. Lagipun Anna tak sihat kan…”
Huh! Baru berkawan dah suka kawal orang. Gerutu hatiku.
“Eh, kak Lyea beritahu keadaan Anna ke?”
Aku memegang pipiku. Alamak, malunya!
“Maaf, akak terpaksa beritahu. Alaaa.. tak payahlah nak
malu. Diorang semua dah besar. Diorang fahamlah sebab mak-mak, kakak-kakak,
adik-adik perempuan diorang pun tentu lalui perkara yang sama.”
Huhuhu… Malunya... semua orang dah tahu.