Hari keenam
belas...
Aku mengalih
tubuhku ke sebelah kanan. Serasa nafas kasar menghembus ke wajahku. Aku membuka
mata seluas-luasnya. Terasa rerambut menyucuk mataku. Aku menepis dan
tingkahlakuku menyebabkan sesusuk tubuh bingkas. Aku terjerit kecil.
“Habib!”
Terkejut aku
melihat Habib berada di hadapanku sekarang. Aku bingkas menarik selimut untuk
menutup keseluruhan tubuhku yang berbaju tidur paras lutut. Oh tidak!
Malunya... menyesal sungguh tak pakai seluar tidur semalam. Huhuhu... tak
pasal-pasal beri tayangan free.
“Eja dah jaga?”
Lelaki itu
tersenyum. Kurang asam! Aku menjeling. Jangan awak nak buat onar pagi-pagi buta
ni!
“Apa awak buat
kat sini? Bila awak sampai?”
“Awal pagi tadi,
dalam pukul dua pagi.”
“Macam mana..
macam mana awak masuk bilik ni?”
“Bilik tak
berkunci pun. Abang saja masuk. Niat nak kejutkan Eja. Tapi bila tengok Eja
tidur nyenyak sangat, kesian pula nak kejutkan,” terangnya panjang lebar.
“Habis tu kenapa
tidur di sini? Long dengan Ummi tak marah ke awak dalam bilik saya ni?”
“Eja tak ingat ke?”
“Ingat apa?”
“Eja
meracau-racau, seperti bercakap tentang sesuatu. Abang risau nak biarkan Eja
tidur seorang diri. Sebab tu abang tidur kat tepi katil ni.”
“Meracau?”
Aku mngerut
dahi.
Lelaki itu
mengangguk perlahan.
“Ya. Ummi yang
suruh abang temankan Eja. Katanya, Eja kerap meracau ketika tidur dalam seminggu
ni. Kenapa? Eja ada masalah ke?”
Aku menggeleng
kepala. Tidak tahu jawapan kepada persoalannya. Aku sendiri tidak sedar dan
tidak tahu apa yang aku racaukan.
“Mungkin letih
sangat kot. Sebab tu sampai terbawa-bawa dalam mimpi,” ujarku perlahan.
“Atau Eja masih
memikirkan tentang perkahwinan kita?”
Aku tersentak
seraya memandang ke arah lelaki itu.
“Eja, rasa
sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk berbincang tentang hal itu.”
Habib mengeluh
panjang.
“Ya, sekarang
bukan masa yang sesuai untuk kita berbincang. Tapi abang harap cuti abang untuk
datang ke sini tidak sia-sia.”
Aku menegerut
dahi.
“Apa maksud
awak?”
Cuti? Takkan dia
sanggup bercuti semata-mata kerana aku?
Lelaki itu
mengeliat. Tiba-tiba dia menolak kakiku ke tepi dan merebahkan tubuhnya di
sisiku.
“Tepi sikit. Abang
nak baring. Ughhh...sakitnya badan. Dapat baring sekejap pun jadilah. Boleh
juga hilang lenguh-lenguh badan ni.”
Aku mencerlang.
“Habib! Apa awak
buat ni?”
“Abang nak
tidurlah. Badan abang lenguhlah. Selepas balik kerja semalam, abang terus drive ke sini. Ingat dapat terus baring
selepas sampai. Tapi terpaksa temankan tunang kesayangan pula.”
Tunang
kesayangan?? Kesayangan!!
“No! Jangan nak mengada-ada. Pergi balik
ke bilik awak!”
Terkebil-kebil
Habib memandangku.
Apa? Ingat
selama ini aku berlembut, aku boleh dibuli sesuka hati? Jangan harap!
“Tak sangka
abang ada tunang yang garang. Abang nak tumpang tidur sekejap saja. Takkan tak
boleh?”
“Tak boleh!
Pergi tidur di bilik awak.”
“Tapi abang
mengantuk sangat ni...”
“Selagi kita
belum berkahwin, jangan nak mengada-ada nak tidur sekali!”
“So...”
Aku mengerutkan
dahi.
“So what?”
“So, nanti
selepas kahwin, kita boleh tidur sekatil, sebantal.”
Sekatil?
Sebantal?
Soalan apakah
ini? Terasa jantungku berdegup laju. Wajahku memerah. Tapi siapa nak kahwin
dengan awak, Habib?
Lelaki itu bingkas dari katilku. Senyumannya makin lebar. Sesuatu sangat.
Lelaki itu bingkas dari katilku. Senyumannya makin lebar. Sesuatu sangat.
"Owh ya...comel baju tidur tu. Nanti abang beli yang lagi pendek dari ni," ujarnya sambil mengenyitkan matanya sebelum beredar.
Serentak itu aku terus menarik selimut menutup keseluruhan tubuhku.
Arghhh!!
Habib, awak memang gatal!
***
"Kenapa
papa bagitau Habib, Eja ada kat kampung?"
"Dia
insist nak tahu. Papa tak boleh buat
apa."
Aku memicit dahiku. Stress!
"Papa
ni kan... Sengajakan nak kenakan Eja. Kitakan dah janji hari tu, kalau papa tak
pecahkan rahsia kat Habib, Eja akan balik dalam tempoh 2 minggu."
"Dia
tunang Eja. Mana papa boleh berselindung. Lagipun kalau ikut perjanjian, tempoh
dua minggu tu dah tamat dua hari lepas. Eja jangan expect papa akan tunaikan
janji Eja kalau Eja pun tak kotakan janji pada papa. Baliklah Eja. Papa
rindukan Eja. Mummy pun rindukan Eja."
"Mummy
dan papa ja yang rindukan Eja. Orang lain tak pun."
"Siapa
kata orang lain tak rindu. Ramai yang rindu kat Eja. Uncle daddy, aunty mummy,
Rah..."
"Habib
tak rindukan Eja pun," pintasku.
"Kalau
dia tak rindukan Eja, takkan dia sanggup tinggalkan projek besar daddy dia
semata-mata nak pergi kat Eja? Itu perkara yang papa tak boleh nak syncronize
dengan kenyataan Eja."
Huh! Tak payah nak syncronize lah sangat papa.
"Tentulah
dia akan datang terus. Eja dah call
dia bagitahu yang Eja nak minta putus."
"What!!"
Bergema
suara jeritan papa di telingaku. Mau terlepas telefon bimbitku apabila
mendengar tengkingan papa. Terkejut kot.
"Apa
yang Eja cakap tadi? Eja minta putus? This
too much young lady. Papa bertolak ansur bila Eja nak balik ke sana. Papa
pekakkan telinga dan tebalkan muka bila ayah Long Eja marah-marahkan papa sebab
mungkir janji dengan dia. Tapi putuskan pertunangan ini tak ada dalam
perjanjian kita. No! Papa tak boleh
terima!"
Alamak!
Papa dah marah. Khadeeja, apa yang engkau lakukan?? Semuanya menjadi semakin teruk.
"Papa...papa...Eja
minta maaf sebab tak ikut perjanjian kita. Ok. Eja salah sebab Eja dah lewat
dua hari dari tempoh sepatutnya. Tapi Eja memang dah tak boleh teruskan
pertunangan ini."
"Kenapa?
Eja dah ada orang lain?"
"What? Noo... Eja hanya ada Habib seorang."
Of course lah. Aku mana pernah bercinta.
"Habis
tu? Kalau dah Eja sukakan dia, apa masalahnya? Papa tak nampak Rahman beri
masalah pada Eja. He always look nice to
you."
Itu yang
papa nampak. Yang papa tak nampak...
Perlu ke
aku beritahu papa? Nanti seperti membuka keburukan Habib pula. Aku tak suka
jadi kaki report. Bukan perangai ku.
"Kami
cuma tak serasi."
Hei,
kenapa ini pula yang keluar dari mulutku?
"Look young lady... tak serasi itu biasa
di awal perkenalan. Sebab tu, diberi tempoh dalam pertunangan. Papa tak nak
dengar alasan tak munasabah. Papa akan minta Rahman bawa balik Eja hari ini
juga."
"No! Papa tak boleh buat Eja macam ni?
Kita dah janji."
"Perjanjian
kita terbatal apabila Eja buat keputusan sendiri tanpa berbincang dengan papa.
Faham!"
"Tak. Eja tak mahu ikut Habib balik. Eja tak mahu Habib jadi suami Eja."
"Arya
Khadeeja. Keputusan papa muktamad. Full
stop!"
Aku
terdiam. Aku terus mematikan talian. Terasa dungu. Blank. Aku tak tahu apa lagi tindakan yang perlu aku buat.
Aku melihat Habib dari tingkap bilik ku. Tekun mengupas buah
kelapa. Pandai juga dia buat kerja-kerja kasar. Ingatkan pandai kira saham,
kira duit saja. Sesekali dia mengesat peluh yang mula merenik di dahi. Kesian.
Orang tak pernah kerja di tengah panas. Asyik duduk dalam tempat berhawa dingin
sahaja.
Haih! Habib… Kenapa awak datang? Saya sudah cuba sedaya upaya
menjauhkan diri daripada awak. Itu yang awak mahu. Itu kehendak awak. Tapi
kenapa awak datang cari saya selepas hati saya sudah pun terluka?
Asyik aku melihatnya, tanpa aku sedar lelaki itu memanggung
kepalanya memandang ke arahku. Pandangan kami bersatu. Lima saat, sepuluh saat,
dua puluh saat, tiga puluh saat… Aku terus melarikan pandangan. Aku tak mampu
melihat matanya lebih lama. Aku takut hatiku derhaka pada tuannya.
***
“Ya…baik
papa. Ya. Jangan risau. Ya, Man cuti lagi. Tak apa, daddy faham. Man dan beritahu mereka. Ok. Nanti Man beritahu dia.
Baik. Waalaikumussalam.”
Aku
menjeling.
Habib
menghela nafas panjang. Dia mengalihkan pandangannya kepadaku.
“Abang
dah beritahu papa. Kita balik hujung minggu ni. Lagipun abang masih bercuti
lagi. So, papa tak akan paksa kita untuk balik hari ini.”
Ada aku
kisah! Balik hari ni ke, balik hujung minggu ni ke, aku tetap terpaksa balik
dengan dia. Itulah yang aku cuba elakkan. Tapi semestinya papa tidak akan
memberi pengecualian buatku lagi kali ini.
Aku
tunduk memandang ke lantai.
“Khadeeja…abang
nak hubungan kita ini berakhir dengan baik.”
Berakhir?
Aku sudah beri jalan kepadanya untuk mengakhiri perhubungan ini tetapi kenapa
dia masih datang kembali kepadaku?
“Kenapa
awak hendak menyusahkan lagi keadaan saya, Habib? Saya rasa apa yang beritahu
dalam telefon hari tu sudah jelas.”
“Apa yang
sayang beritahu abang? Abang dah tak ingat.”
Ada senyuman
di hujung bibirnya. Sengaja tau!