“Min, kau nak tercegat kat situ
tengok bakal suami kau sampai petang ke atau kau nak tolong aku sediakan
bekalan ni?”
Aku tersentak dengan teguran
Nadheera. Kuat juga suaranya dalam dusun yang hanya kedengaran bunyi unggas.
Tatkala itu juga Luqman yang asyik membongkok, berdiri tegak dan menoleh ke
arah ku. Dia tersenyum. Burrr...terasa wajahku memerah. Dengan pantas aku membuka hamparan
alas tikar di atas pangkin yang tersedia di hujung dusun.
“Sweet, I nak ke anak sungai
bawah tu. You nak ikut tak?” Ayah Cu mengeliat beberapa kali. Meregangkan tubuh
yang masih terasa keletihan.
“Em, boleh juga. Min, kau jaga
makanan ni yer. Takut dicuri kera hutan nanti.”
“Takkan ayah Cu nak tinggal Min
kat sini sendirian?”
“Eh, mana ada sendiri. Kat kereta
tu kan ada Dzulkarnain," jawab ayah cu.
“Itu kat kereta. Ini dalam dusun.
Mana nak sama? Kalau ada orang culik Min nanti macam mana?”
Ayah cu dan Nadheera
terkebil-kebil memandang antara satu sama lain dan kemudiannya mereka tertawa.
“Min tak buat lawaklah,” ujarku dalam nada bosan.
“Haha..yelah Min. Siapa pula nak
culik kamu tu Min? Lain lah kalau awak anak jutawan,” perli ayah cu.
“A’ahlah Min ni. Macam
budak-budak,” sampuk Nadheera seraya berlalu pergi tanpa menghiraukan perasaan
aku.
Errr... seram pula bila
ditinggalkan sendirian. Aku memanggungkan kepala. Mengharapkan agar dapat
melihat kelibat Luqman. Tetapi hampa. Agaknya dia dah berjalan ke luar dusun. Menyesal
pula mengikut 2 orang pengantin baru ni. Rupa-rupanya aku sekadar menjadi
penunggu makanan tak bertauliah untuk mereka berdua. Nasiblah kau Jasmin Alia...
"Membebel apa tu?"
Aku tersentak. Tak sedar sejak bila pula Luqman berada di sebelahku. Aku menolah ke arahnya. Lelaki itu tersengih seketika sebelum mula memandang wajahku lama.
"Kenapa tengok Min macam tu? Muka Min comot ke?" soalku seraya mengusap kedua-dua belah pipiku.
"Tak.Muka min ok. Nampak pucat sahaja. Min demam ke?" tangannya pantas mahu menyentuh dahiku. Aku terus menepis.
"Boleh tak jangan cuba nak ambil kesempatan kat tengah-tengah dusun ni?"
Luqman tertawa.
"Luq nak rasa suhu badan Min sahaja, bukannya nak buat apa-apa pun."
"Tak payah. Min sihat. Luq ni tak kerja ke? Berapa hari cuti? Bila nak balik KL?"
Aku cuba menukar topik.
"Amboi, tanya soalan macam nak halau sahaja. Tak suka ke kalau Luq ada di sini?"
"Bukan nak halau. Cuma ambil tahu."
"Hmm...ambil tahu? Luq sedang bercuti. Cuti-cuti Malaysia."
Aku mencebik sambil tergelak kecil.
"Kenapa?"
"Orang cuti-cuti Malaysia berjalan ke tempat sejarah ke, pulau ke, panjat gunung ke? Ini balik kampung. Cuti apa?"
"Cuti lah juga tu. Kampung ni pun Malaysia juga cik Jasmin oii..."
"Maksud Min, cuti-cuti tu buatlah benda yang mencabar sikit. Bukannya mengular jer kerjanya."
"Hah! Dah nama pun cuti...mengular lah. Nak buat apa lagi?"
"Dah lah. Malas Min nak cakap dengan Luq. Ada saja jawapannya."
Aku melangkah pantas meninggalkan pangkin.
"Nak ke mana tu, Min?"
"Nak kait rambutan."
"Hah! Luq panjat pokok. Min kutip kat bawah."
Luqman sudah membuka selipar.
"Eh, tak payah.Pokok tu banyak kerengga."
Aku menegah.
"Tak apa. Luq dah biasa."
Dia melipat kaki seluarnya beberapa kali sehingga ke paras lutut. Kemudian tangan dan kakinya mula berpaut dan memijak dahan-dahan pokok rambutan.
"Jangan Luq. Bahaya."
"Kata tadi suruh buat kerja-kerja yang mencabar. Ni Luq nak buatlah ni."
Aku terdiam.Ya Allah, bukan itu maksud aku. Dalam hati aku berdoa untuk setiap langkah kakinya memijak dahan dan ranting pokok rambutan di hadapanku. mengharapkan tidak berlaku apa-apa pada dirinya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan