“Min.”
Lelaki
itu mengiringkan tubuhnya mengadapku.
“Hmm..”
“Kenapa
Min macam nak menjauhkan diri sahaja dari Luq? Min marah-marah. Min dah tak
pandang Luq. Langsung tak pandang Luq seolah-olah Luq tak ada di depan Min.”
“Mana
ada Min jauhkan diri dari Luq. Ni kan Min ada dekat sini.”
“Cara
Min macam cara Min buat dulu kat Luq. Sama macam masa kita sekolah dulu. Ingat
tak? Pameran Tulisan Khat. Perangai yang sama Luq lihat sekarang. Seperti ada
sesuatu yang dah Luq buat. Min ada terasa hati ke? Kalau tentang setiausaha…”
“Boleh
tak kita jangan bercakap tentang hal ni? Min tak ada apa-apa. Min ok.”
“Tak,
Min tak ok. Luq kenal Min bukan sehari dua. Luq tahu, Min ada sesuatu yang
disembunyikan.”
“Kalau
Luq kenal Min, Luq tentu dah boleh teka apa yang bermain di fikiran Min. Betulkan?”
Lelaki
itu mengeluh. Sesekali dia memicit dahinya. Dia mengalihkan kembali tubuhnya,
menelentang seperti tadi. Suasana sepi beberapa ketika.
“Betul
ke Dzulkarnain beri cincin kepada Min?”
Aku
tersentak. Dia tahu?
“Mana
Luq tahu?”
“Mana
Luq tahu, tak penting. Jadi betul cerita ni?”
Lelaki
itu memusingkan kepalanya. Merenung terus ke wajahku. Aku gugup seketika. Lama
suasana itu dibiarkan sepi. Perlu ke aku ungkitkan hubungan ini? Dia sepatutnya
lebih tahu dan dia sepatutnya lebih perlu berterus terang.
“Jasmin
Alia.”
Sekali
lagi aku tersentak. Luqman sudah bangun dari pembaringannya. Badannya bersandar
santai ke belakang. Sesekali tangannya meraup ubun-ubun kepala dan memicit
dahinya seperti menahan kesakitan.
“Err..ya?”
Lelaki
itu mengeluh.
“Mengelamun
ya? Luq tanya ni, betul ke Dzulkarnain melamar Min?”
“Kalau
betul pun, apa yang Luq nak buat?”
Gedebuk!
Lelaki itu tiba-tiba jatuh ke lantai. Eh! Kenapa ni?
“Luqman!
Kenapa ni? Awak ok tak?” jeritku kerisauan.
Aku
meluru ke arahnya. Cuba memapah tubuhnya yang tiba-tiba lembik. Ughh, beratnya!
“Luqman!
Bangunlah. Awak dengar suara saya tak?” soalku sambil menampar pipinya
perlahan. Matanya terpejam rapat. Dadanya bernafas kencang. Ya Allah! Kenapa
dengan awak ni Luq? Apa yang perlu aku buat ni? Panggil babah? Panggil ayah
Long?
Tiba-tiba
kedua-dua tangannya memaut bahuku. Keadaan itu mengingatkan aku dengan kejadian
zaman persekolahan 12 tahun lepas. Badanku mengeras seketika. Masih terkejut
dengan tindak balasnya. Seminit, dua minit, tiga minit…
“Min..”
Aku
mendongak memandang wajahnya. Matanya terbuka sedikit. Wajahnya pucat seperti
mayat. Aku menghela nafas lega. Dia masih sedar rupanya.
“Luq,
bertahan yer. Min panggil babah,” ujarku sambil meleraikan pautan tangannya. Aku
cuba membaringkan tubuhnya semula di atas sofa.
“Tak
payah. Min tunggu sini,” pergelangan lenganku diraih dan dipegang kuat. Aku terduduk
di sisinya.
“Betul
ke Min?”
“Betul
apa?”
“Tentang
lamaran tu?”
“Ya
Allah Luq. Sebab itu ke awak nak pitam ni?”
“Please,
Min. Luq nak tahu.”
Aku
menghela nafas panjang.
“Hari
tu, memang abang Nain ada bertanya tentang hubungan kami.”
“Hubungan
apa?”
“Err..
Dia minta hubungan kami jadi lebih dari
yang sedia ada sekarang.”
“Maksud
Min?”
“Dia
cakap dia suka Min. Dia cakap dia dah jatuh hati pada Min,
cintakan Min.”
Tiba-tiba,
Luqman terbatuk-batuk. Luqman menukar posisi tidurnya ke sisi. Dengan pantas,
tanpa aku sedari tanganku terus menepuk dan mengusap-usap belakang badannya.
“Luq,
Min panggil babah ya. Kenapa awak makin teruk ni? Kita tak sepatutnya bercakap
hal ni sekarang.”
“Kita
perlu cakap hal ini. Kita perlu berbincang tentang hal ini.”
“Tapi
Min tak mahu. Luq tak nampak ke apa yang Luq alami sekarang ini? Awak membuatkan
keadaan semakin teruk.”
“Sebab
tu Luq cuba nak perbetulkan keadaan.”
“Dengan
keadaan Luq yang begini. Min rasa Luq perlu berehat. Atau pun Min perlu bawa
Luq ke klinik. Muka Luq betul-betul pucat. Min risau lah.”
“Min…
Min terima lamaran tu?”
Aku
mengeluh.
“Kan
tadi Min dah kata, Min tak mahu bincang hal ini lagi.”
“Luq
nak tahu juga,” ujarnya berkeras.
Degil.
Keras kepala. Gerutu hatiku kegeraman.
“Min
sendiri pun tak pernah nampak cincin tersebut. Macam mana Min nak terima
lamaran dia? Satu-satunya barang kemas yang Min terima hanya daripad Luq seorang. Seutas rantai emas dari Luq yang Luq katakan hadiah
sebagai seorang “kawan”. Itupun dah hilang. Jadi, apa lagi kebenaran yang Luq
nak tahu?”
Lelaki
itu terkebil-kebil memandangku..
“Habis
tu, tadi bukan Min cakap Dzulkarnain cintakan Min ke?”
“Dia
yang cintakan Min. Bukannya Min cintakan dia. Min tak ada apa-apa pun. Jadi apa yang disusahkan sangat.”
“Oh, ya ka? habis tu, Min
cintakan siapa?”
Aku
tersentak mendengar soalan itu dari mulutnya. Patutkah aku berterus-terang?
"Dengan siapa Min bercinta, perlu ke Min beritahu kepada Luq? Penting sangat ke sampai sakit-sakit ni pun nak bercakap juga hal ini?"
"Perlu dan penting."
Aku terasa semakin bengang dengan asakan darinya.
"Min tak mahu cakap."
"Min kena cakap juga."
"Min tak mahu. Min tak mahulah. Kenapa Luq ni degil sangat? Suka nak paksa-paksa. Dari dulu suka nak arah-arah Min. Min bukan orang suruhan Luq. Kalau dulu Luq boleh buli Min. Sekarang, no way!"
"Kenapa pula dulu Luq boleh buli Min? Kenapa pula sekarang tak boleh?"
"Sebab dulu Min ni bodoh."
"Kenapa pula mengaku diri sendiri bodoh?
"Sebab terlalu ikut perasaan gila masa remaja. Orang bercinta, Min pun nak bercinta juga. Mengikut membuta tuli. Tak berfikir panjang."
"Oh, ya? Min bercinta dengan siapa?"
Aik, tak habis lagi soal jawab? Tetapi, takkan dia lupa dengan peristiwa 12 tahun lalu? Aku terus mendiamkan diri.
"Dengan siapa Min bercinta, perlu ke Min beritahu kepada Luq? Penting sangat ke sampai sakit-sakit ni pun nak bercakap juga hal ini?"
"Perlu dan penting."
Aku terasa semakin bengang dengan asakan darinya.
"Min tak mahu cakap."
"Min kena cakap juga."
"Min tak mahu. Min tak mahulah. Kenapa Luq ni degil sangat? Suka nak paksa-paksa. Dari dulu suka nak arah-arah Min. Min bukan orang suruhan Luq. Kalau dulu Luq boleh buli Min. Sekarang, no way!"
"Kenapa pula dulu Luq boleh buli Min? Kenapa pula sekarang tak boleh?"
"Sebab dulu Min ni bodoh."
"Kenapa pula mengaku diri sendiri bodoh?
"Sebab terlalu ikut perasaan gila masa remaja. Orang bercinta, Min pun nak bercinta juga. Mengikut membuta tuli. Tak berfikir panjang."
"Oh, ya? Min bercinta dengan siapa?"
Aik, tak habis lagi soal jawab? Tetapi, takkan dia lupa dengan peristiwa 12 tahun lalu? Aku terus mendiamkan diri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan