Aku
buka mata. Sunyi. Aku pusing ke kanan, memandang ke arah pintu. Kelihatan babah
tertidur di tepi katil. Aku bangun perlahan-lahan dan duduk di kepala
katil. Aku menyentuh tangan babah yang
menjadi lapik kepalanya. Babah
terjaga.
“Min,
dah sedar?” soal babah dalam riak terkejut.
“Min
ganggu tidur babah? Maafkan, Min,” jawabku sungul.
“Tak
apa. Babah pun baru sahaja tertidur.”
“Tak,
bukan itu maksud Min. Min minta maaf tentang kejadian tadi.”
“Eh,
kenapa nak minta maaf? Min tak salah apa-apa.”
“Min
malukan babah. Min malukan ayah long. Min malukan semua adik beradik.”
Babah
tersenyum. Tangannya mengusap pipiku lembut.
“Min
tertekan. Ibu dah cerita pada babah tentang keadaan Min. Jangan risau. Tak ada
sesiapa pun yang salahkan Min. Semua orang risaukan keadaan Min. Termasuklah
jejaka idaman Malaya Min,” ujar babah sambil tersenyum.
Jejaka
idaman Malaya? Siapa? Luqman? Cepatnya dia sampai kat kampung? Atau…
“Babah,
Luq ada kat kampung ke?”
“Tentulah
ada. Kan tadi majlis pertunangan Min dengan Luqman. Sepetang tadi dia menolong
babah di pasang khemah. Takkan Min tak perasan? Kalau tak silap tiga empat kali
dia cari Min,” terang babah panjang lebar.
“Oh,
jadi Luq memang balik kampung? Tapi dia cakap, dia… Ooo, dia tipu aku rupanya,”
gerutuku antara dengar dan tidak. Eii, geramnya!
Bertuah
punya lelaki! Eh, silap! Bertuah punya tunang! Dia balik tetapi dia tipu aku
kata tak balik. Dia cari aku tetapi kenapa aku tak nampak dia? Hah! Jangan-jangan
dia sembunyi-sembunyi tengok aku lagi? Aku mengetap bibir. Teruk angau dia,
lagi teruk dari angau aku zaman sekolah dulu. Tetapi kenapa aku tak perasan
kehadirannya? Ke aku yang terlebih angau? Huhu..
Babah
bingkas.
“Babah
nak ke mana?”
“Nak
keluar. Min dah sedar. Tak perlulah babah tunggu lagi. Kenapa?”
“Min
dahaga,” ujarku dalam nada mengada-ngada.
“Ada-ada
sahaja. Abah suruh Luq bawakan, boleh?”
“Hah!
Dia ada kat sini ke?” soalku separuh terkejut.
“Ada
kat luar tu. Dari tadi asyik bertanyakan keadaan Min. Risau sangat dia. Kalau boleh
tu sampai dalam bilik dia nak temankan Min. Sayang sungguh dia kat Min.”
Huh!
Sayang tetapi suka mengenakan orang. Buat sakit hati sahaja. Dari dulu sampai
sekarang, anak babah ni asyik kena buli sahaja, gerutu hatiku.
“Min
nak minum dulu. Kering sangat tekak ni.”
“Tak
nak jumpa tunang ke?”
Aku
mencebik mendengar soalan babah itu. Sengaja menduga hatiku sedangkan dia baru
sahaja memaklumkan tentang lelaki itu yang masih berada di rumah ayah long itu.
“Min
tak ada mood nak jumpa dia,”jawabku malas-malas.
“Amboi,
nak jumpa pun kena ada mood ke?” soalnya tersengih-sengih.
Tak
habis lagi mengusik.
“Babahhh…”
“Ok,
ok. Bangunlah. Ikut babah keluar. Min belum makan lagi kan?”
“Min
dah makan, tapi rasanya macam lapar semula,” jawabku seraya memegang perutku
yang tiba-tiba berkeroncong.
Aku bingkas dan terus memegang tangan babah.
“Eh,
kenapa ni?”
“Saja.
Kat luar tu ramai. Min malu kalau ada orang tanya kenapa Min pengsan,” jawabku
lurus.
“Haha,
anak cenggeng. Dah tak ada siapa kat luar tu. Tinggal adik beradik kita
sahaja.”
“Oh,
ya ka?”
Aku
tersengih. Tapi adik beradik pun tentu akan bertanya juga kan? Aku
menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Melihat babah sudah memegang tombol
pintu, aku pantas mengambil tudung yang diletak di atas meja solek dan terus
membuntuti babah ke luar bilik. Memang dah sunyi. Keriuhan hanya terdengar dari
arah luar rumah. Suara kanak-kanah riuh bermain di luar meskipun dah agak lewat
malam. Babah menuju ke ruang tamu. Manakala aku terus melangkah ke arah dapur.
“Ha…dah
sihat?” soal ummi long sebaik sahaja ternampak aku di dapur. Aku sekadar
mengangguk sambil melabuhkan punggung di kerusi meja makan.
“Hai
lah anak dara seorang ni. Bertunang pun boleh pengsan,” seloroh ummi lang
sambil menepuk bahuku. Aku tersengih.
“Apa
yang kau fikir sampai boleh pengsan, Min?”
Aku
terkebil-kebil memandang ummi lang. Perlukah aku menjawab soalan wanita yang
berpangkat ibu saudaraku itu?
“Kamu
ni, Lang. Tak ada sesiapa yang beritahu dia tentang majlis malam ni. Tentulah dia
terkejut. Kamu tu yang membawa mulut tentang belanja kahwin tu, ada kamu fikir
tentang perasaan Iskandar dan Darlynna?” Ummi Long bersuara.
“Alaa..
kak long ni. Saya hanya nak menyuarakan pendapat sahaja. Dah kata si Luqman tu
kerja jurutera. Gaji besar. Takkan lapan ribu sahaja nak beri kepada Jasmin
ni,” jawab ummi lang, masih tidak puas hati.
“Aku
bukan nak jual anak, alang. Macam kau jual anak kau si Izzah tu. Aku nak bagi
mereka berkahwin, berkeluarga sehingga akhir hayat. Bukan kahwin hari ni, esok
lusa dah bercerai berai. Bukannya berkeluarga tapi menanggung hutang. Mas
kahwin dan belanja waktu nikah ni sahaja. Selepas ni, apa yang Jasmin minta,
aku yakin Luqman tu boleh beri apa-apa sahaja selepas mereka bekeluarga nanti,”
bela ummi panjang lebar.
Ummi
lang mencebik.
“Kak
long ni, apa yang saya cakap, semua tak kena,” bentak ummi lang sambil bingkas
keluar dari dapur. Mungkin juga malu, mungkin juga marah dengan jawapan ummi
long itu tadi.
Aku
tersenyum. Terima kasih ummi kerana memahami diriku. Baru aku tahu bahawa aku
mewarisi sikap ummi long. Didikan ummi long benar-benar memberi kesan dalam
hidupku.
“Ummi
long taknak makan sama,” pelawaku setelah lama mendiamkan diri.
“Min
makanlah dulu. Ummi nak tengok ayah long kamu. Katanya tadi nak bincang tentang
kenduri kamu,” ujar ummi long seraya berdar ke ruang depan.
Aku
mengangguk.
Sedang
enak mengunyah nasi kenduri, tiba-tiba terasa diriku dibayangi seseorang. Aku
mendongak.
“Amboi,
sedapnya makan. Tak ajak tunang makan pun. Luq kat luar asyik lah risaukan
keadaan dia. Dia sedap-sedap makan nasi di dapur,” tegur lelaki itu.
Mujur
tak tersedak. Wajahku memerah. Malu.
“Luq
nak makan ke? Min ambilkan nasi,” pelawaku bingkas berdiri dan mencapai pinggan
kosong di atas rak pinggan berhampiran dengan sinki. Kemudian aku ceduk nasi
dari mangkuk tambah ke dalam pinggan tersebut.
“Ibu
kata Min stress. Betul ke?”
Tindakanku
terhenti. Aku memandang ke arah Luqman. Matanya merah. Tajam memandang ke
arahku. Pandangan yang sama seperti 13 tahun yang lalu. Kemudiannya dia
melarikan pandangannya ke jariku. Alamak!
“Mana
cincin?”
Aku
memandang jari di tangan kiriku.
“Err…ada.
Tadi Min buka sebab nak..”
“Mungkin
semua ini agak mengejutkan bagi Min. Tapi Luq kan dah beritahu perasaan Luq
pada Min. Luq harap semua ni bukan disebabkan oleh perasaan Min yang berbelah
bagi antara Luq dan orang lain. Kalau Min rasa masih belum bersedia, kita boleh
tangguhkan perkahwinan kita. Luq akan tunggu sehingga Min benar-benar bersedia
jadi isteri Luq.”
Aku
tersentak. Tangguhkan? Dia kecil hati ke?
“Min
tak maksudkan…”
Luqman
bingkas sebelum aku sempat berkata apa-apa.
“Luq!”
Luqman
terus berjalan menuju ke ruang depan.
“Luq!”
sekali lagi aku memanggil.
Lelaki itu terus berjalan pantas dan langsung tidak
berpaling. Hatiku tersentap. Jangan dia tinggalkan aku lagi. Hatiku sudah cukup
terluka apabila dia tidak mengendahkan aku dulu. Aku pantas meletak kembali
pinggan berisi nasi tadi di atas meja. Dengan pantas aku juga berjalan menuju
ke ruang depan.
“Jasmin!
Kenapa?” soal ibu Darlynna di ruang tamu. Aku memandang sekeliling. Luqman
tiada di situ. Ayah long, ummi long, babah, ayah ngah dan ayah lang memandang
ke arahku.
“Ibu
nampak Luqman?”
“Ha,
tadi dia kata nak makan nasi. Sekejapnya dia makan. Alih-alih dah keluar.
Katanya nak balik, ada hal.”
“Kamu
ni kenapa, Min?” soal umi long pula. Aku tidak menjawab soalan ummi itu
sebaliknya aku memandang ke arah pintu utama. Ternampak kelibat Luqman di
antara keriuhan beberapa orang anak-anak ayah ngah dan ayah lang.
Balik!
Aku terus berlari keluar rumah. Luqman langsung tidak mengalihkan pandangannya.
Aku terus menyarungkan selipar dan cuba untuk mengejar lelaki itu.
“Luq!”laungku.
Terkejut adik-adik sepupku yang bermain di laman rumah apabila mendengar suaraku itu. Aku
menghampiri adik–adik sepupuku yang sedang bermain.
“Iqa…
Adli, abang Luqman ada beritahu dia nak ke mana tak?”
Kedua-dua
mereka menggelengkan kepala. Aku mengeluh. Macam mana ni?
“Kak
chik, warna baju kak chik sama dengan warna baju abang luqman,” tegur gadis
berusia lapan tahun itu. Aku melihat bajuku. Baru aku perasan sesuatu. Aku
memandang Luqman yang semakin menghampiri titi menuju ke jalan utama. Kenapa
dia langsung tidak mahu berhenti? Aku perlu buat sesuatu. Aku menarik nafas
dalam.
“Abang!”
Serentak
itu, langkah Luqman terhenti. Tidak jadi menyeberangi titi kecil yang
merintangi tali air di sebelah rumah ayah long. Yes, berjaya! Aku terus memantaskan langkah menghampirinya. Sebaik
aku berdiri di belakangnya, aku menghela nafas.
“Abang…”
Luqman
berpaling. Dia tersenyum. Yeay!
“Abang?
Min panggil Luq abang?”
Aku
tersengih. Aku tahu dia nak sangat aku panggil dia dengan panggilan tu.
“Dah
tak merajuk dah? Dah tak marah Min dah?”
“Merajuk?
Siapa yang merajuk? Marah pun tidak.”
Eh,
tak nak mengaku pula. Luqman melangkah beberapa tapak ke depan. Berdiri
betul-betul di hadapanku. Matanya merenungku. Dalam. Terasa bau wangian yang
dipakai oleh Luqman menusuk hidungku. Aku menguis hidungku beberapa kali.
Sekali
lagi aku menarik nafas dalam. Cuba mengumpul kekuatan untuk memulakan
percakapanku.
“Min
minta maaf dengan kelakuan Min. Min mungkin tak sedar apa yang cuba abang
tunjukkan pada Min. Betul cakap abang. Min terlalu berfikir tentang perasaan
Min sehinggakan Min lupa apa yang abang rasa terhadap Min. Min terlalu mengikut
perasaan. Min asyik terasa semua tak sayangkan Min, tak perlukan Min sedangkan
semua orang di sekeliling Min sangat-sangat sayang pada Min. Banyak petunjuk
yang abang berikan tetapi apa yang Min nampak adalah sebaliknya. Macam rantai
tangan ni dan cincin yang ada di jari Min ni…” ujarku sambil mengunjukkan satu
persatu barang yang diberikan kepadaku yang mempunyai setiap maksudnya yang
tersendiri. Mujur aku sempat ambil dan sarungkan cincin yang aku buka ketika
hendak membasuh pinggan tadi.
Aku
cuba untuk bertenang. Luqman masih diam. Oh, mana boleh aku menahan debar sekiranya
renungannya langsung tidak lepas dari terus memandangku.
“Abang
tahu tentang kelemahan Min. Tetapi kenapa abang tak berterus terang sahaja. Buatlah
sesuatu secara berhadapan. Bukannya dengan sembunyi-sembunyi. Min kan jenis
yang tidak fokus…” kata-kataku terhenti apabila Luqman tiba-tiba terus
memelukku.
Erk!
Aku terpana. Jantungku terasa seakan-akan berhenti berdegup.
“Luq
sayangkan Min. Abang cintakan Min.”
Dua
ayat yang benar-benar menghantar rasa gentar dan debar dalam hatiku. Ayat yang
sangat-sangat ingin aku dengar dari mulutnya selama ini. Indahnya perasaan yang
kurasakan ini. Hangatnya pelukan darinya. Satu, dua, tiga, empat, lima…
err..tak lama sangat ke pelukan ini?
“Err….”
“Luqman!
Jangan lama sangat peluk anak dara orang. Kamu berdua tu baru bertunang. Nanti tak sempat kahwin dah hilang manis tu nanti,” laung suara seseorang dari dalam
rumah rumah ayah long. Mesti suara ayah ngah.
Buurrr!
Wajahku membahang.
Kedengaran
deraian tawa pecah dari arah yang sama. Sepantas kilat aku menolak tubuh Luqman
dari terus memelukku.
“Apa?”
soal Luqman mengerut dahi.
Aku pantas menampar dadanya. Luqman mengaduh. Dia
mengusap dadanya.
“Ni
semua salah abang. Tengok semua orang nampak kita tengah peluk,” marahku sambil
memaling wajah membelakangkan rumah ayah long. Eii, malunya. Mesti semua orang
yang berada di atas rumah sudah melihat perbuatan kami.
“Alaa..
biarlah. Bukannya ibu Min marah kita. Mana tahan bila dengar suara manja Min tu
asyik sebut abang..abang..”
Burr,
sekali lagi wajahku membahang. Mujur aku berdiri membelakangkan cahaya. Luqman
tidak dapat melihat wajahku yang merah menahan malu. Teringat kembali kejadian
bagaimana aku terjatuh dalam pelukannya ketika di dalam bas dan kejadian dia
memelukku ketika ditangkap sedang bergaduh di belakang sekolah. Luqman tertawa
kecil.
“Lagipun
abang dah lama tak peluk Min, semenjak zaman sekolah dulu. Dulu masih gadis
sekarang dah lain sebab sekarang dah jadi wanita,” sambungnya lagi.
Hah!
Terbeliak aku mendengar kata-katanya. Itu yang dia fikirkan? Gatalnya!
“Jangan
ingat kita dah bertunang, abang dah ada tiket untuk peluk Min sesuka hati,”
ujarku dalam nada tegas.
“Ala,
baru tiga kali abang peluk Min…”
Apa?
Dia kira? Eii, geramnya bila dengar jawapannya itu!
Aku
terus memusingkan tubuhku 180 darjah. Namun tangan Luqman lebih pantas menarik
lenganku. Menahanku dari terus melangkah kembali ke rumah.
“Eh,
nak ke mana?”
“Naik
ke rumah. Kat sini ada banyak nyamuk. Gatal!”
Luqman
tertawa.
“Amboi,
perli abang ya? Bukan tadi Min datang nak pujuk abang ke?”
Aku
termanggu seketika. A’a lah, aku memang nak pujuk dia tapi tindakannya
menyebabkan aku terlupa dengan niatku itu. Aku menoleh ke arahnya. Matanya
bercahaya disuluh lampu yang datang dari halaman rumah ayah long.
“Abang
masih nak tangguhkan perkahwinan kita?” soalku cuba melupakan tindakan refleks
darinya tadi.
“Min
dah bersedia ke? Dah boleh terima kenyataan?”
“Tapi
seminggu, apa yang Min sempat buat?”
Luqman
tercengang.
“Siapa
cakap seminggu?”
“Hari
tu abang cakap, tak nak bertunang lama-lama. Selepas seminggu nak terus
kahwin.”
“Aduhai,
tunang abang ni. Abang melawak sahajalah. Takkan itu pun Min dah ambil berat?”
Lah!
Kenapa tak cakap? Menakutkan orang sahaja. Mujur aku tak sakit jantung, hanya
lemah semangat sahaja, gerutu hatiku.
“Itulah,
lain kali beritahu betul-betul bila tarikh kita nak bertunang. Semua nak
berahsia dengan Min. Semua nak buat surprise.
Bila Min pengsan tahu pula kecut perut,” bebelku kembali.
“Amboi,
Min nak bercinta rahsia boleh. Tapi bila abang nak bercinta rahsia tak boleh
pula ya,” bidasnya kembali.
Aku
mencebik.
“Habis
tu bila tarikh perkahwinan kita?”
“Min
tak tanya babah ke tadi?”
Aku
menggeleng kepala.
“Kenapa
tak tanya?”
“Min
tak tanya sebab Min ingat tempohnya seminggu. Buat apa Min nak tanya lagi?
Abang nak beritahu ke tak?”
“Kita
kahwin esok.”
Hah!
“Abang
ni betul-betullah. Suka tau buat Min lemah semangat,” marahku sambil mencubit
pinggangnya.
Luqman
tertawa sambil mengaduh.
“Saja,
abang nak usik Min. Abang suka tengok muka Min bila terkejut,” jawabnya sambil
tertawa lagi.
“Sebulan
dari sekarang, boleh?” soalnya apabila melihat aku terus mendiamkan diri.
Aku
menguis-nguis pasir di kaki. Segan pula nak menjawab.
“Boleh
tak? Ke Min nak abang tangguh lagi setahun?” soalnya lagi.
Aku
terpanggung sambil memasamkan muka. Luqman tergelak lagi. Suka sungguh dia
mengusik aku malam ni. Aku tersenyum. Bahagia sungguh melihat senyuman dan tawa
yang tak lekang dari wajahnya. Aku menapak ke kerusi kayu di bawah pokok asam
dan melabuhkan punggungku di situ. Luqman membuntut dari belakang.
“Min
suka tengok abang tersenyum dan ketawa,” pujiku.
“Iya?
Ni puji ke perli?”
Aku
mengerling.
“Puji.
Dulu, Min susah nak tengok abang tersenyum. Muka asyik serius sahaja. Takut
Min,” komenku lagi.
“Iya?
Hmm, abang suka tengok Min takut. Muka Min kiut sangat masa tu,” balasnya pula
sambil memandang ke arahku. Aku tergelak kecil.
“Muka
takut pun kiut ke?”
“Muka
Min macam mana pun, akan sentiasa kiut di mata abang,” pujinya lagi.
Aku
tersengih. Rasa kembang setaman pula bila dipuji tunang sendiri. Tiba-tiba
Luqman menarik tangan kananku dan menggenggamnya erat. Aku tersenyum.
“Tak
nak masuk dalam ke? Ibu cakap ada orang tu kelaparan sebab tunggu orang pengsan
sedar,” soalku sambil cuba menarik kembali tanganku. Luqman menjeling.
“Sekejap
lagilah. Tak puas nak duduk bersembang dengan tunang kesayangan,” jawab Luqman
sambil melarikan tanganku ke dalam pelukannya. Secara mendadak menyebabkan
tubuhku terdorong mendekati tubuhnya. Mukaku terasa membahang. Aku terus
menolak tubuhnya menjauhiku dan terus menarik tanganku dari genggamannya.
“Boleh
tolong sabar sikit tak? Kita baru sahaja bertunang,” tegasku kembali
mengingatinya. Lelaki itu tersentak dengan tindakanku, namun kemudiannya dia
tersenyum.
“Yalah,
yalah. Abang mengalah. Jom naik atas. Terasa lapar pula,” ajaknya sambil
menarik kembali tanganku. Aduhai, lelaki ini, getus hatiku sambil mengikut
langkahnya.
4 ulasan:
Nak lagi... Dan lagi.... Dan lagi.....
nak min ngan luq..nakmo ada org lain masuk line plak...cpt2 ler diaorg nikah tu
best sambung ya tq.
baik nikah ja esk Luq klu asyik nk pegang Min. Nikah dl, majlis kmudian ok what. ;D
Catat Ulasan