Aku mengerling ke arah Munir.
Lelaki itu masih tajam memandang ke arahku. Aku sekadar mengangkat bahu tanda tidak kisah dengan tindakanku.
”Jasmin! Kau
tinggal dia macam tu jer?”
Munir masih belum puas hati dengan tingkahku.

“Pembetulan yer, aku bukan tinggal
dia. Itupun
kampung dia juga. Lagipun dia ada kereta. Biarlah dia balik sendiri.”
“Tapi dia tak sihat. Kaki
terseliuh pula tu. Macam mana nak drive?”
”Alaahh, Munir. Biarlah
dia fikir bagaimana dia nak balik sendiri. Dia dah besar panjang. Yang
kau risau sangat ni kenapa?” soalku sambil meraup wajahku. Letih melayan lelaki
yang terlebih kepoh ni.
“Kau tak beritahu
dia?”
“Beritahu apa?”
“Tentang perasaan
kau?”
Aku mengetap
bibir.
“Aku dah tak ada
apa-apa perasaan lagi terhadap dia.”
“Ceh! Macam aku
nak percaya sangat cakap kau tu.”
“Suka hati kaulah.
Lagi pun dia tak ingat apa-apa tentang
yang aku cakap dulu. Huh! Cinta monyet Zaman jahiliah.”
“Apa kau kata?
Zaman jahiliah? Hahaha..lawak pula aku dengar istilah tu. Eh, sebelum aku
terlupa! Aku ingat petang ni aku nak ke Kuala Lumpur. Ada temujanji dengan Puan
Murni dari DBP.”
Aku mengalih pandang ke arah Munir. Lelaki yang berkemeja jalur berona biru itu kelihatan tekun kembali meneleku buku-buku di atas rak.

“Kau nak aku ikut ke?”
Giliran Munir pula memandang ke wajahku. Dahinya mengerut seperti memikirkan sesuatu.

”Emm, tak payah. Aku jumpa
sekejap jer. Selepas tu aku nak ke bank. Jadi kau boleh tutup kedai awal sikit
hari ni.”
”Aku tak kisah kalau nak
tutup lewat pun. Lagipun aku bukannya ada buat apa pun kat rumah.”
”Aku kisah. Jangan nak memandai
buka sampai lewat petang. Nanti kau susah nak balik. Lainlah kalau kau ada
teman lelaki datang ambil,” tegas Munir separuh menyindir.
Aku mencebik. Tak habis-habis.
Macamlah aku kemaruk sangat nak berlaki, gerutu hatiku. Aku terus menapak ke
dalam bilik kerja. Sewaktu aku sedang sibuk mengemas kertas-kertas yang
berselerakan di atas meja, tiba-tiba ada sesuatu yang bersinar dan panjang
jatuh dari penjuru meja. Aku pantas menunduk ke bawah. Apa yang berkilau tadi?
Aku cuba menggapai benda yang terjatuh tadi dari bawah meja. Perlahan-lahan aku
menariknya. Alhamdulillah, dapat! Eh, ini rantai tangan yang diberi Luqman. Bagaimana ia
boleh ada di sini? Aku cuba mengingati sesuatu. Mungkin tertanggal ketika aku sedang sibuk membuat kerja. Setelah sekian lama ia tercicir dari pergelangan tanganku, akhirnya aku jumpa juga. Adakah ia satu petanda tentang perhubungan kami? Aku mengeluh. Terasa hati semakin terluka apabila memikirkannya lagi. Aku menyimpan rantai tangan tersebut di dalam sampul dan kemudian memasukkannya ke dalam beg tanganku. Mungkin aku perlu kembalikannya semula kepada Luqman. Aku sepatutnya tidak menerima pemberian tersebut kerana ia mengundang pelbagai maksud yang tersirat. Aku sendiri sehingga kini tidak pasti apa tujuan pemberian rantai tangan itu. Adakah atas dasar hubungan sebagai seorang sahabat atau kekasih? Atau adakah sebagai satu ujian untuk menguji sama ada aku ini seorang yang materialistik atau sebaliknya? Aduh! Sakit kepala pula dibuatnya.
***
“Dia tu ada
amnesia agaknya."
“Hah! Kau ni ada
akal ke tak cakap macam tu kat Luqman?”
“Habis tu, macam
tak ada langsung memori bila dia tanya pasal perasaan aku. Tentulah aku
rasa pelik. Aku ni dah rasa satu macam. Malu pun ada juga. Bodoh betul aku masa
dulu. Kenapalah lurus sangat? Berterus-terang tentang perasaan aku masa tu.
Ishh… malunya aku,” aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal.
“Alaa..dah dia layan
baik sangat. Siapalah tak jatuh hati? Kalau aku jadi kau pun, tentu jadi
perkara yang sama. Lagipun hati tengah muda remaja. Apa orang kata, bunga
tengah kembang?”
Aku memandang ke
arah Munir. Iyalah tu Munir oii.. entah apa-apa falsafah yang digunanya. Tetapi
betul juga kata-katanya. Mungkin juga kerana jiwa aku ketika itu yang sering
memberontak inginkan sesuatu untuk mengisi kekosongan yang ada.
“Min, telefon kau
bunyi tu. Tak dengar ke?” tegur Munir lagi seraya memuncung ke arah telefon
bimbitku yang berada di atas meja kerja. Aku bingkas sambil menepuk-nepuk
belakang bajuku yang sedikit berhabuk. Aku memandang skrin telefon. Babah!
“Hello,
assalamualaikum.”
Aku berjalan menuju semula ke dalam bilik kerja.

“Waalaikumussalam.
Anak babah balik pukul berapa semalam?”
Aku tergaru-garu kepala yang tak gatal. Dah terkantoi kerana langsung tidak menghubunginya sebaik sahaja tiba pagi tadi.

“Err, sebenarnya
Min sampai awal pagi tadi.”
“Hah, pagi tadi! Habis tu, Min
berada di mana sekarang ni?”
“Err, kat kedai."
Kedengaran seperti
suara babah mengeluh di hujung talian.
“Babah, kenapa? Babah
tak sihat ke?”
“Jasmin sampai di
Shah Alam awal pagi dan Min terus ke kedai tanpa pulang ke rumah terlebih
dahulu. Apa yang Min fikirkan? Min tahu tak babah dan Ibu Darlynna risaukan
keadaan Min. Kami ingatkan Min masih di kampung.Tapi rupa-rupanya dah ada di
Shah Alam.”
“Maaf, bah. Min
memang nak balik rumah. Tapi kepala Min tengah berserabut. Bagi Min masa
tenangkan fikiran dahulu, boleh?”
Babah mengeluh
lagi.
“Babah, Min minta
maaf banyak-banyak. Min tahu, Min dah buat babah dan ibu Darlynna susah hati.
Min memang nak telefon babah pagi tadi. Tapi..”
“Hmm, babah tahu.
Bateri telefon mati lagi lah tu.”
“Hehehe..”
“Buatlah perangai
lama tu. Kalau jadi apa-apa di tengah jalan, macam mana?”
“Alaa.. babah
janganlah doa macam tu. Min ok ni. Petang ni Min tumpang Moon balik rumah.”
“Hmm. Baiklah.
Tapi jangan balik lewat sangat.”
“Ok, bah.
Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.”
Fuhh, selamat!
Nasib baik tak kena bebel, getus hatiku. Tentu ayah long yang beritahu babah yang aku dah balik Shah Alam. Salah aku juga, selalu tak caj telefon dahulu sebelum keluar ke mana-mana. Alamak! Aku menepuk dahi. Baru aku teringat yang Munir akan ke Kuala Lumpur petang ni. Takkan aku nak suruh dia hantar aku balik pula. Hmm, naik bas lagilah nampaknya.
Aku melangkah ke
luar bilik kerja menuju ke kaunter. Kelihatan Munir sedang melayan seorang
pelanggan yang baru sahaja masuk ke dalam kedai. Munir mengangkat kening memberi
isyarat bertanyakan siapa yang menelefon. Aku menggelengkan kepala sambil
tersenyum. Kting! Pintu kedai dibuka dari luar. Pandanganku terkalih ke arah
pintu masuk. Luqman!
"Luq nak bercakap dengan Min sekarang," ujarnya separuh tegas seraya berdiri betul-betul di hadapanku. Aku kaget seketika. Kelihatan wajahnya agak tegang seperti menahan marah.
"Boleh kita cakap lain kali sahaja? Min ada kerja nak buat, " ujarku, cuba mengelak dari disoal siasat.
"Sekarang!" Jawabnya separuh tegas.
Terkebil-kebil aku mendengar arahannya.
"Err, kita bercakap dalam bilik kerja Min," cadangku seraya bergerak masuk kembali ke dalam bilik kerja.

“Kenapa tak
tunggu Luq?” soalnya sebaik sahaja melabuhkan punggung di atas sofa panjang dalam ruang kerjaku.
Aku meletakkan
satu tin coke di atas meja di hadapannya.
“Kaki Luq tu dah
ok ke?” soalku seraya mengunjuk hujung bibirku ke arah kakinya.
“Jangan tukar
topik, boleh tak?”
Erk! Kenapa garang sangat ni? Aku mengetap bibir.
“Min nak rasa
balik naik bas. Lagipun dah lama tak naik bas sejak dah kerja ni.”
“Alasan tak
munasabah. Min saja nak jauhkan diri dari Luq.”
Aku mengeluh.
Aku mengeluh.
“Itu yang
sebaiknya. Min terus hidup dengan cara Min... dan Luq teruskan hidup dengan cara
Luq,” jawabku tergagap-gagap. Kenapa aku seolah-olah tidak yakin dengan kata-kataku?
Lelaki itu
mengerutkan dahinya.
“Kenapa nak
jauhkan diri daripada Luq?”
“Dan kenapa pula
Min perlu sentiasa ada dekat dengan Luq?”
Luqman mengeluh
keras.
"Min ni sengaja nak menafikan ke atau memang tak tahu sebenarnya?"
"Err, maaf. Tahu tentang apa? Menafikan apa? Min tak faham."
Tok! Tok!
Pandangan kami terkalih ke arah pintu.
"Min, aku dah nak pergi ni. Kau nak balik macam mana nanti?" soal Munir sebaik sahaja pintu dibuka. Alamak! Kenapalah si Munir ni bertanya pada ketika ini?
"Oh, ok. Takpa. Jangan risau tentang aku. Pandai-pandailah aku naik kenderaan awam."
"Kau jangan balik lewat tau. Kau tu dah ler tak balik rumah lagi. Nanti babah kau risau pula."
"Baiklah, bos."
Munir tergelak seraya berlalu. Aku mengalihkan pandangan ke arah Luqman yang masih berada di sisiku. Matanya tajam memandangku.
"What?"
"Si sotong tu nak ke mana?"
Aku terjegil mendengar gelaran yang diberikan kepada Munir.
"DBP." jawab aku acuh tak acuh.
"Jangan nak memandai balik sendiri. Luq hantar Min balik."
"Eh, tak payah susah-susah. Min boleh balik sendiri. Lagipun Luq pun baru sampaikan? Tentu Luq penat."
"Ada Luq cakap Luq penat ke?"
Terkebil-kebil mataku memandang lelaki itu bingkas dan mencapai kunci kereta yang terdampar atas meja kecil di ruang kerjaku.
***
"Kenapa matikan telefon? Dah sombong sangat sekarang ni sampaikan Luq telefon pun dah tak berjawab," tuduhnya sebaik sahaja aku menutup pintu kereta.
"Eh, bila Luq call? Min tak dengar pun."
Aku pantas membelek telefon bimbit yang berada dalam beg tangan. Ler.. mati rupanya.
"Min tak caj telefon. Bateri dah habis. Sebab tu ia terpadam. Bukan Min sengaja nak tutup."
"Alasan!"
Pintas Luqman tanpa menoleh ke arahku. Hatiku terus tersentap. Petang ini sahaja, sejak kami berjumpa di kedai tadi, berkali-kali dia membentak tegas percakapanku. Perlahan-lahan aku menyimpan kembali telefon bimbit ke dalam beg tanganku. Aku terus mendiamkan diri dan mengalihkan pandangan ke arah tingkap di sebelahku. Membiarkan kesunyian terus mengawal suasana dalam kereta miliknya. Aku betul-betul terasa hati dengan tingkahnya. Dan suasana itu terus berlarutan sehingga keretanya sampai di hadapan rumahku.
"Terima kasih," ujarku antara dengar dan tidak sambil membuka pintu kereta.
"Jasmin," panggilnya tetapi aku tidak endahkan dan langsung tidak menyahut.
Aku bingkas keluar tanpa menoleh ke arahnya. Dengan pantas aku membuka pintu belakang dan mengambil beg pakaian yang tersadai di tempat duduk belakang. Langsung tidak mengendahkan Luqman yang turut keluar dari kereta dan berdiri di sisi keretanya. Tetapi, langkahku terhenti apabila teringatkan sesuatu. Aku membuka beg tangan yang tersandang di bahu dan mengeluarkan sesuatu yang aku temui di ruang kerja pejabatku pagi tadi. Aku berpatah balik dan menghulurkan rantai tangan tersebut kepadanya.
"Apa ni?"
"Rantai tangan yang Luq hadiahkan dulu. Min dah jumpa semula. Min tak layak untuk memakainya. Luq berilah kepada yang lebih berhak."
Lelaki itu tersentak. Riak wajahnya berubah.
"Itu hadiah untuk Min," nada suaranya bertukar lembut.
"Min tak nak. Apa tujuan Luq beri rantai tangan ni untuk Min?"
Luqman mengeluh.
"Dah pakai setahun, baru nak tanya kenapa Luq beri pada Min?"
"Min pakai sekejap saja. Kan rantai tu hilang. Luq pun tahu tentang perkara ini. Min tak rahsia apa-apa pun."
"Min yang tak pandai jaga."
Hatiku terasa seperti disentap sekali lagi. Sekalipun aku yang salah kerana lalai, tak boleh ke kalau dia cakap berlapik untuk menjaga hatiku.
"Kalau tahu Min tak pandai jaga, kenapa beri kepada Min?"
"Luq beri untuk jadi penanda."
"Penanda apa pula? Penanda buku?" tanyaku seperti orang yang hilang rentak maksud yang cuba disampaikan oleh lelaki itu. Selebihnya, aku bertujuan untuk menyindir dirinya. Terlalu banyak maksud tersirat melalui percakapan mahupun perbuatannya sehinggakan aku sukar menelah apa yang ingin disampaikan kepadaku.
"Amboi, mentang-mentanglah dia kerja di kedai buku. Asyik buku sahaja yang dia nampak."
Haa, kan dah kena sindir balik. Aku mencebir. Tadi di kedai dan di dalam kereta, bukan main lagi garang dan tegas dia melayanku. Tetapi sebaik sahaja aku menunjukkan rantai tangan pemberiannya, lain pula nada suaranya.
"Tak kisahlah apa yang Min fikirkan. Sekarang Min nak pulangkan balik rantai ini. Min ni cuai. Suka hilangkan barang. Asyik pelupa nak cas handphone. Banyak memberi alasan yang tak munasabah."
Sekali lagi aku mengunjukkan rantai tangan kepadanya. Mengharapkan dia mengambil semula pemberian itu. Lelaki itu merenungku tajam.
"Min marahkan Luq?" lelaki itu bersuara lembut.
"Tak marah. Cuma kecil hati sahaja," jawabku antara dengar dengan tidak. Ha, kan aku dah berterus terang perasaanku sekarang. Tentu sahaja aku sangat terasa hati dengan kata-katanya. Lebih kecil hati apabila perkataan yang kasar keluar dari mulutnya.
"Luq pun kecil hati juga."
Giliran aku pula tersentak apabila mendengar jawapannya.
"Kenapa pula?" soalku sambil mengerut dahi.
"Sebab Min nak pulangkan semula hadiah pemberian Luq. Sebab Min nak jauhkan diri dari Luq. Sebab Min dah tak mahu jumpa Luq."
Aku mengeluh tertunduk memandang ke arah rantai tangan yang masih berada di tanganku. Dia seperti tidak mahu menerima rantai itu semula dan aku pula merasakan seperti tidak layak untuk terus memilikinya. Untuk beberapa ketika, masing-masing masih membisu. Tiba-tiba Luqman mengambil rantai tangan dan dalam masa yang sama menarik tangan kananku. Dengan pantas juga, dia memakaikannya di tanganku. Aku sedikit kaget dengan tindakannya tetapi sekadar menuruti tanpa membantah apa-apa.
"Ini penanda yang hati kita ini masih ada satu rasa yang sama. Kekurangan Min, bukanlah kelemahan. Dan Luq tidak pernah nampak itu sebagai keburukan. Luq marah sebab Luq tak mahu Min menjauh. Luq tak mahu kehilangan Min. Luq tak mahu kita hanya sebagai kawan lagi seperti dulu tetapi Luq nak hubungan kita jadi lebih dari itu."
Aku terpana mendengar kata-katanya. Lembut menyapa di telingaku. Tenang menyusup ke dalam dasar hatiku. Mata kami benar-benar terpaku antara satu sama lain. Benarkah apa yang aku dengar tadi?
"Luqman! Kenapa berdiri di luar sahaja? Marilah masuk. Min, kenapa tak ajak Luqman masuk?"
Kami sama-sama tersentak. Aku terus menarik tanganku yang masih dalam genggamannya dan terus mengalihkan pandangan apabila mendengar suara babah. Luqman mengambil beg pakaian dari tangan kiriku. Tindakannya yang agak pantas membuatkan aku tercengang seketika. Dia bergerak mendahului aku sambil membimbit beg pakaianku dan menghampiri babah yang sedang membuka pintu pagar.
"Tuan Haji, apa khabar?"
"Baik, Alhamdulillah. Bila sampai dari kampung?"
"Baru saja, petang tadi."
"Terus jumpa Jasmin?"
"Err...a'a.. ya. Kebetulan dia nak balik ke sini, itu yang saya tumpangkan."
"Oo, jauh ni nak balik ke KL pula. Masuk dulu. Ini pun dah nak waktu maghrib. Lepas maghrib, boleh kita makan sama-sama. Kebetulan Aunty Darlynna kamu masak banyak hari ni. Kalau uncle seorang memang tak terhabis."
Luqman kelihatan serba salah. Walau bagaimanapun, dia tetap mengangguk perlahan tanda bersetuju dengan cadangan babah. Aku hanya tersenyum nipis sambil memandang ke arah babah. Uncle? Aunty? Mesra pula panggilan yang dibahasakan babah.
Sebaik babah masuk ke dalam, aku turut mengatur langkah masuk bersama-sama Luqman.
"Simpan rantai tu elok-elok. Itu hak Min," sempat lagi lelaki yang berdiri di sebelah ku ini berbisik ke telinga. Tanpa memandang ke arahnya, aku mengangguk sambil tersenyum.

2 ulasan:
lama baru sambung yer....tq, nanti sambung lagi ekk.
salam tt,lm btl mnyepi,pepun tqsm coz dh smbg ctr ni,hrp lps ni luq cpt2lh ikat min,tt,smbg lg
Catat Ulasan