Luqman
menghulurkan kotak yang berisi seutas rantai dan gelang tangan manakala dia
menyimpan kotak berisi cincin.
“Kenapa
beri kotak ni pada Min?”
“Kan
itu barang yang Min minta. Itu hadiah Luq untuk Min. Kenapa pula Luq nak
simpan?”
“Oh,
Min ingat Luq nak beri dalam bentuk hantaran.”
“Itu
namanya nak menunjuk.”
“Menunjuk?
Menunjuk apa pula? Ia sekadar hantaran sahaja. Ramai yang buat begitu,” soalku kembali.
Luqman
tersenyum.
“Biarlah…
itu orang lain. Cara kita lain. Luq tak mahu didik Min dengan cara mereka. Kita
tak perlu menunjuk kepada orang. Luq harap Min faham,”terangnya sambil
merenungku.
Aku
tersenyum. Bahagia mendengar kata-katanya.
“Luq,
terima kasih dengan hadiah ni. Hari tu dah dapat rantai. Hari ni dapat lagi.
Nanti jangan kata Min ni mata duitan pula,” ujarku memperingatinya.
Luqman
tersenyum.
“Hadiah
yang diberi ni, bagi Luq hanya pemberian kecil kepada bakal isteri Luq. Tak
sabar nak tunggu hadiah yang besar dari Min pula,”ujarnya sambil merenungku
dalam.
Aku
mengerut dahi. Hadiah besar? Hadiah apa?
“Tak
apalah, nanti-nanti Min akan faham juga. So, esok bertolak pukul berapa?”
Huh!
Boleh pula macam tu?
“Awal
pagi kot. Kenapa?”
“Saja
tanya. Nak ambil tahu. Tak mahu kejadian seperti hari ini berlaku lagi.”
“Kejadian
apa? Apa yang berlaku hari ini?” soalku semakin hairan.
“Kejadian
Luq tak tahu di mana Min berada,” jawabnya pendek.
Huh!
Aku menghela nafas panjang.
“Luq,
Min dah besar panjang. Min dah dewasa. Min bukan budak kecil lagi yang masih
berhingus. Kenapa semua orang terlampau bersikap cuba nak melindungi Min?
Seolah-olah Min tak mampu nak atasi sebarang
masalah. Semua orang seperti tak yakin pada Min. Macam mana Min nak
berdikari kalau semua orang terlalu melindungi Min? Lagi satu, perlu ke Min
beritahu segala aktiviti Min kepada Luq?” soalku bertubi-tubi. Terasa sedikit
bengang kerana berasa asyik dikongkong waima aku bersamanya.
“Luq
hanya tak mahu hati Min terluka.”
Aku
menoleh memandangnya. Min lebih terluka bila Luq tidak berterus terang.
Sentiasa berahsia dan berpura-pura tidak menyintai Min, getus hatiku.
“Min, dah siap kemas barang?” lamunan ku
terputus. Ibu Darlynna tersenyum di hadapan pintu kamarku. Aku mengangguk.
“Bawalah
barang-barang masuk dalam bonet kereta. Babah dah ada kat bawah tu.”
“Hmm,
nanti Min turun.”
“Dah
beli cincin tunang?” soal ibu lagi setelah melihat aku masih termanggu di atas
katil.
“Dah.
Luq yang pilih,” jawabku acuh tak acuh.
“Luq
yang pilih? Kenapa Min tak pilih sendiri?”
“Entahlah.
Min tak pandai pilih cincin sebab Min tak pernah pakai cincin.”
“Hmm,
macam tak suka jer. Kenapa ni? Bergaduh dengan Luq, ya?”soal ibu Darlynna lagi.
Aku mengjungkit bahu.
“Tak
lah ibu. Min tak bergaduh dengan Luq. Entahlah. Mungkin hati Min masih
ragu-ragu lagi. Min dah kurang yakin dengan hubungan ini.”
Wajah
ibu Darlynna berubah. Dia bergerak menghampiri dan melabuhkan punggungnya di
sebelahku.
“Minn…
ibu rasa ibu tahu apa yang Min alami sekarang. Min masih dalam dilema. Mungkin
juga sebab Min terlalu lama mengharapkan Luqman sehinggakan sampai satu tahap
Min dah mula hilang keyakinan terhadap perasaan cinta tersebut sedikit demi
sedikit. Min tak salah. Luqman juga tak salah. Buatlah istikharah. Mohon
petunjuk kepada keputusan yang terbaik dalam hidup Min. Mungkin Allah nak tunjukkan
sesuatu yang lebih baik untuk kamu berdua.”
Kelopak
mataku mula berair apabila mendengar kata-katanya. Aku memeluk ibu Darlynna.
“Terima
kasih ibu. Terima kasih kerana menjadi ibu yang terbaik untuk Min.”
Ibu
Darlynna tersenyum sambil mengesat air mata yang mula mengalir di pipiku.
“Ibu
sayangkan Min. Babah sayangkan Min. Buatlah keputusan yang terbaik. Siapa pun
pilihan hati Min, kami tidak akan menolak dan kami tidak akan memaksa Min untuk
menerima lelaki yang Min tidak cintai. Min cuma perlu lebih yakin dengan
pilihan Min. Itu sahaja.”
Aku
tersenyum dalam tangisan.
Syukur
tuhan. Sekali lagi aku mendapat restu daripada kedua orang tuaku. Rupa-rupanya
akulah yang tersalah tafsir. Aku menyangkakan yang mereka akan memaksa aku
untuk menerima abang Nain. Tetapi akulah tidak betah meluahkan perasaanku. Aku
suka memendam rasa sehinggakan menyakitkan hatiku sendiri. Mungkin itulah
sebabnya mereka yang berada di sekelilingku bersikap ‘protective’ atau terlalu melindungi aku agar aku tidak mudah
berkecil hati.
Sebaik
sahaja selesai berkemas dan memasukkan barang ke dalam kereta. Kami segera
bergerak pulang menuju ke kampung. Alhamdulillah, selepas 5 jam dalam kereta
akhirnya kami tiba di kampung dengan selamat. Rumah ayah long sudah mula
dipenuhi adik-beradik yang lain serta orang-orang kampung yang datang menolong
melancarkan majlis kenduri doa selamat kali ini. Meriah sungguh suasana. Lebih
meriah dari kenduri ayah cu. Aku terasa sedikit pelik. Aku dilarang untuk tidur
di bilikku sendiri sebaliknya ummi long memaksa aku menggunakan bilik ayah cu.
Bila ditanya, alasannya bilikku besar lebih baik diberi kepada keluarga yang
datang dari jauh untuk menggunanya. Walaupun hanya ada katil bujang. Lantainya
luas dan boleh dihampar dengan lebihan tilam bagi memberi ruang anak-anak ayah
lang dari Pahang yang seramai tiga orang untuk tidur dan berehat. Akhirnya aku
akur dengan saranan ummi long itu. Kalau difikirkan memang bilik itu besar
sedikit dari bilik ayah cu ketika kahwin. Aku memindahkan beberapa
kelengkapanku yang masih tersimpan rapi di bilik ke bilik ayah cu. Sewaktu aku
sedang mengemas baju-bajuku ke dalam almari, ummi long melangkah masuk
menghampiriku.
“Ada
apa, ummi?”
“Jasmin,
baju ni ummi buat khas untuk Min pakai semasa kenduri malam ni. Dah siap
seterika. Tak perlu lagi nak susah-susah.”
“Oh,
baguslah. Min pun tak ada baju. Baru ingat nak pakai baju raya tahun lepas yang
Min tinggalkan kat sini. Tapi… min tak ada tudung warna hijau pucuk pisang ni.”
“Emm,
ummi rasa dalam almari baju ayah cu kamu tu ada tudung Nadheera. Cuba Min
tengok. Manalah tau kalau ada yang sepadan.”
“Hmm,
baiklah. Nanti Min cari. Terima kasih ummi,” ujarku sambil mencium pipinya.
“Sama-sama,
Min,” jawab ummi sambil terkebil-kebil. Eh, ummi menangis?
Aku
baru ingin menegur namun ummi terlebih dahulu bingkas dan keluar dari bilik
ayah cu. Terpinga-pinga aku melihat reaksinya. Kenapa ummi long menangis?
Beberapa
ketika kemudian telefon bimbitku bergema. Aku pantas mencapainya di atas katil.
Luqman. Aku tersenyum.
“Buat
apa?” soalnya selepas memberi salam.
“Sedang
kemas baju dalam almari. Dah makan?”
“Dah,
tengahari ni makan masakan orang rumah. Sedap sangat makan sampai tersandar
kekenyangan.”
“Masakan
orang rumah?” soalku kehairanan. Siapa pula yang dimaksudkan dengan orang
rumah?
Lelaki
itu tergelak kecil di hujung talian. Hmm, apa-apa sahajalah Luqman Hakeem.
“Rumah
kenduri makan lauk apa tengahari ni?”
“Emm,
lauk biasa-biasa sahaja. Masakan kampung. Ikan cencaru sambal belah belakang,
masak lemak tempoyak, gulai kepala ikan, ulam-ulaman,” jawabku berbasa basi.
“Amboi,
sedapnya. Mesti Min jadi mem besar, duduk makan sahaja.”
“Eh,
kenapa pula? Tak mainlah jadi mem besar. Ummi long tunggu Min sampai
semata-mata nak Min buat ikan cencaru sambal tau,” balasku semula. Mengharapkan
dia akan terliur apabila mendengar menu masakanku di kampung. Padan muka! Orang
ajak balik, sombong sangat, getus hatiku puas.
“Eleh..
tak hairanlah kalau setakat cencaru sambal Min tu, Luq petik jari jer dah boleh
rasa,” usik dia lagi.
Aku
mencebik. Amboi, berlagaknya!
“Min
nak letak ni. Dah nak masuk solat maghrib. Nak bersiap-siap untuk majlis malam
ni. Bye,”
“Ok,
bye. Jaga diri.”
Talian
telefon dimatikan. Aku berjalan menuju ke almari baju ayah cu. Pintu almari
dibuka. Kelihatan beberapa helai tudung tergantung rapi di tepi pintu almari.
Hmm, ada pun warna yang seakan-akan baju yang diberi ummi long.
Selesai
solat maghrib aku terus bersiap-siap mengenakan baju yang diberi ummi long dan
tudung Nadheera yang aku pinjam. Apabila aku melihat semula diriku di cermin ,
baru aku perasan baju yang pakai itu begitu meriah dengan manik dan labuci. Aku
tersenyum sendiri. Pandai pula ummi long pilih baju untukku, getus hatiku.
Selepas berpuas hati dengan penampilanku, aku bergerak keluar dari kamar.
Meriahnya. Terpegun aku seketika apabila melihat begitu ramai adik-beradik yang
datang pada malam ini.
Ibu
Darlynna yang cantik berkebaya kuning langsat tersenyum riang melayan tetamu.
Aku menghampirinya.
“Kenapa
lambat siap? Pergi makan dulu di dapur. Selepas majlis tahlil ni, jangan ke mana-mana,” pesan ibu Darlynna. Aku
kehairanan. Kenapa ibu berpesan agar aku tidak ke mana-mana? Walau bagaimanapun
aku hanya menuruti katanya.
“Min,
tolong ummi ngah cuci gelas di dalam sinki tu. Ummi rasa macam tak cukup saja
untuk diberi minum kepada tetamu yang datang tahlil malam ni,” pinta ummi ngah
sambil mencuit bahuku.
Aku
mengangguk dan bingkas ke dapur. Sewaktu aku sedang mencuci gelas-gelas
tersebut di singki, kedengaran derapan tapak kaki seseorang menghampiri dapur.
“Hah,
dah habis tahlil di hadapan?” soal ummi ngah kepada seseorang. Aku tidak
berkalih.
“Ya,
nak angkat dulang ni ke?”
Erk!
Seperti kenal sahaja suara itu.
“Eloklah.
Bawa dulang tu ke depan. Nanti Ngah hulurkan jag air ni,” sahut ummi ngah
kembali.
“Hmm..
ehem,” lelaki itu berdehem.
Aku meletak gelas yang sudah dibilas ke atas
dulang. Kemudiannya aku menoleh ke belakang tetapi tidak sempat melihat lelaki
tersebut kerana dia telah beredar ke ruang depan. Aku tersenyum sendirian.
Teruk sangat angau aku ini. Agaknya aku rindu pada Luqman sehingggakan suara
orang lain pun disangkakan suaranya.
Selepas
tahlil, ayah long memanggil semua saudara mara yang dewasa ke ruang depan. Selesai
mencuci gelas aku duduk bersimpuh antara ruang tengah dan ruang makan sekadar
memandang suasana yang agak formal menjadi sedikit serius. Setiap ruang
dipenuhi dengan jiran tetangga dan sanak saudara, menyukarkan aku untuk melihat
apa yang berlaku di ruang tamu utama. Mungkin ayah long buat mesyuarat
keluarga. Tetapi kenapa ada ramai pula jiran-jiran yang turut serta? Sesekali
kedengaran suara tawa berderai. Tak lama selepas itu, ibu Darlynna datang menghampiriku.
“Min,
pilih nombor yang paling Min suka.”
“Hah,
nak buat apa?”
“Pilih
sahajalah. Jangan banyak soal.”
Aku
berfikir beberapa ketika.
“Min
pilih tahun lahir Min.”
Ibu
Darlynna mengangguk. Dia bergerak pantas menuju ke ruang hadapan semula.
“Berapa
letak?” kedengaran suara-suara yang bertanya. Aku hanya tersenyum apabila
mereka memandang ke arahku.
“Lapan
ribu empat ratus sahaja. Sedikitnya. Kata menantu kerja jurutera. Takkan letak
sedikit sahaja?”
Aku
masih tak faham dengan perbualan mak-mak yang duduk berhampiran denganku. Apa
yang lapan ribu empat ratus? Hah! Aku memandang ke hadapan semula. Baru aku
perasan, babah, ayah long, ummi long, ibu Darlynna dan semua saudara yang
terdekat berada di ruang tamu utama. Mereka sedang berbincang tentang pertunangan
aku kah? Menantu jurutera. Dengan Luqman kah? Tetapi kenapa Luqman tak cakap
apa-apa pun tentang majlis ni? Kenapa tiada seorang pun maklumkan tentang
majlis malam ni? Aku mula terasa sebal. Rahsia lagi, keluhku. Jemu dengan
suasana yang sudah mula menjadi panas, aku bingkas menuju ke arah dapur.
“Mana
Jasmin?” aku terdengar suara Ummi Long mencari aku.
“Eh,
tadi ada di sini. Agaknya dia ke dapur.”
“La..
di sini dia rupanya. Cepat! Pihak lelaki dah lama tunggu nak sarung cincin,”
aku terkapa-kapa mendengar kata-kata ummi long. Sarung cincin? Jadi betullah
kenduri ini merangkap majlis pertunangan aku?
“Jasmin,
kan ibu pesan jangan ke mana-mana. Mari kita ke depan,” ajak ibu Darlynna
sambil menarik tanganku. Aku terpaksa membuntuti ibu dalam keadaan
tergesa-gesa.
Apabila
tiba di ruang tamu utama, terasa seperti semua orang sedang memandangku. Mak
ai, ramainya! Malunya aku. Mana nak letak muka ni? Boleh tak aku nak sembunyi
belakang ibu Darlynna sahaja? Huhu..
Aku
melabuhkan punggung di belakang Ibu Darlynna.
“Ya
Allah, budak bertuah ni. Kenapa duduk di situ. Datang sini, kat kusyen depan
bakal ibu mertua kamu ni,” arah ummi long sambil mengunjuk tempat yang
dimaksudkan.
Kedengaran tawa-tawa kecil memenuhi ruang tamu utama. Burrr!
Sekali lagi mukaku terasa tebal. Malunya! Perlahan-lahan aku melangkah dan
duduk di kusyen empat segi yang telah dikhaskan.
“Hah,
apa lagi? Hulur tangan tu cepat,” arah ummi long lagi. Aku terkejut lantas
menghulurkan tangan kananku.
“Salah
tu, nak sarung cincin tunang kena hulur tangan kiri,” tegur ibu Darlynna pula.
Sekali lagi ruang tamu utama itu riuh dengan tawa tetamu yang berada di situ.
Malunya. Dungun betul aku ketika itu sehinggakan tidak dapat berfikir apa-apa
pun. Dalam hatiku, penuh dengan perasaan sebal terhadap Luqman. Jadi inilah
tarikh yang Luqman pilih untuk mengikatku sebagai tunangannya.
Emak
tiri Luqman, Mak Usu Arwa menyarungkan cincin yang aku dan Luqman beli
bersama-sama pada tiga hari lepas. Aku memandang cincin yang baru tersarung di
jari manisku. Tak sangka sesingkat ini kami akan bertunang. Tatkala itu
terkenangkan kata-kata Luqman yang tidak mahu kami bertunang dalam tempoh yang
lama. Ini bermakna ada lagi seminggu sahaja aku akan berkahwin dengannya. Hah,
seminggu! Biar betul. Terasa seperti semua darah di mukaku turun ke kaki dan
kalau ditoreh pun pasti tidak berdarah. Peluh mula merenik di dahi walaupun
kipas di siling berpusing dengan lajunya. Tekakku terasa kering tiba-tiba. Aku
memandang sekeliling. Aku pandang babah dan ayah long di ruangan tetamu lelaki
dan kemudiannya aku menoleh ke arah ibu dan ummi long yang berada di kiri dan
kananku. Senyumanku mati. Aku akan berkahwin dalam tempoh seminggu! Ya Allah,
apa yang perlu aku lakukan?
“Min..
Min… kenapa ni? Tiba-tiba pucat saja muka ni. Min…” panggil ibu.
Ummi
long menyentuh bahuku. Aku cuba menggapai tangannya. Tapi tak berdaya. Tubuhku
mengigil tiba-tiba dan pandanganku terasa semakin kelam.
3 ulasan:
BEST...
Laa.... takkan pengsan kot.... Cepat bangun Min. Nikmati momen-momen indah semasa bertunang dgn Luqman tu.... Seminggu jer bertunang... hihihi....
baby mio
TQ
Tanpa Nama
Kita kasi drama sket
Catat Ulasan