Selasa, 10 Julai 2018

JANJI KASIH (6)


“Sepupu Khadeeja.”

Sepupu? 

Ringkas jawapan Long tatkala aku bertanyakan siapa Abang Umar usai mereka pulang dari solat subuh di masjid tadi. Aku semakin pelik. Setahu aku Mama hanya ada seorang abang iaitu Long sendiri. Setahu aku juga, anak Long cuma Kak Chaq Adeera dan Abang Aryan. Aku kenal sepupu-sepupu aku. Tetapi kenapa aku tidak pernah tahu kewujudan Abang Umar? Kenapa selepas 20 tahun, aku baru berjumpa dengannya? Dia anak siapa?

Long mengeluh. Tangannya memicit-micit dahinya.

Aku memandang Ummi di sebelah. Wanita itu langsung tidak bersuara. Tidak mahu masuk campur.

“Long ada isteri lain ke? Abang Umar ni anak isteri kedua Long?”

Tatkala itu tawa Abang Umar pecah. Wajah Long berubah. Merah padam. Ummi menutup mulutnya. Menahan tawa.

Kenapa? Aku salah tanya soalan ke?

"Berterus terang sahajalah, abahnya..."

Long kelihatan berat untuk memberitahu. seolah-olah ada rahsia besar yang perlu disimpan kemas dalam fikirannya.

“Mama Eja dengan Ibu Umar saudara kembar.”

Hah! Saudara kembar? Mama ada saudara kembar? Jadi aku dengan abang Umar memang pangkat sepupu. 

“Oooo…!”

Panjang ‘o’ aku tu. Masih tak jelas dengan status hubungan kami. Kenapa aku tak pernah tahu tentang kewujudan kembar mama?

***

Hari keempat…

Aku sedang melipat beberapa helai pakaianku yang berlungguk di atas katil tatkala kedengaran bunyi ketukan di pintu bilik.

Aku bingkas membuka pintu.

Umar. Tersengih.

“Nak apa?”

Aku kembali ke katil. Kembali menyambung kerjaku yang terhenti sebentar tadi.

“Jom ikut abang Umar ke pekan.”

“Nak buat apa?”

“Teman abang beli barang.”

“Tak nak. Malas.”

“Amboi… marah lagi ke?”

Aku menjeling.

“Pagi tadi tu, Abang mengusik sahaja. Janganlah ambil hati.”

“Eja tak larat. Abang Umar pergilah seorang.”

Lelaki itu mengeluh.

“Oklah. Macam ni, abang janji akan ajar Eja berenang esok kalau Eja mahu temankan abang ke Pekan sekarang.”

Tanganku terhenti daripada melipat pakaian.

Menarik! Sekurang-kurangnya aku ada aktiviti yang berfaedah untuk esok.

“Janji?”

“Ya, janji.”

“Bagi Eja masa tiga puluh minit.”

“Tiga puluh minit? Lamanya. Lima belas minit saja.”

“Err..”

“Lambat abang Umar tinggal.”

Aku terus bingkas mengambil tuala dan bergegas ke bilik air.

“Mandi jangan tak sabun pula,” jerit Abang Umar sambil tertawa.

Sajakan suka pekenakan aku.

***

Aku memandang signboard kedai di hadapan kami.

KEDAI ALAT TELEKOMUNIKASI

“Kenapa kita datang sini?”

“Abang nak beli telefon bimbit.”

“Oooo.”

Masih blurr…

Aku mengekorinya masuk ke dalam kedai telefon tersebut.

Duduk di hadapan meja kaca yang penuh dengan pelabagai model telefon bimbit. Aku hanya terkebil-kebil melihat tingkahlakunya asyik membelek deretan model telefon di hadapan kami.

“Ya hincik. Mau bili telefon mana? Boleh tengok-tengok dulu.”

Abang Umar mencuit tanganku. Aku mengerut dahi.

Apa?

“Hmm, pilihlah mana yang Eja berkenan? Jangan pilih yang mahal sangat, setakat seribu dua sahaja. Lebih daripada tu sila top up sendiri.”

Terbeliak aku dan kemudiannya terus menggelengkan kepala.

“Eja tak kata pun nak beli telefon.”

“Memang lah Eja tak kata. Abang Umar yang nak belikan. So, pilihla mana yang berkenan.”

Huish! Dia ni kerja apa ya? Sanggup berhabis duit untuk sepupu yang baru dua hari jumpa. Aku yang kata baru dua hari. Dia dari semalam lagi dok cakap, dah kenal aku sejak kecil.

Pelikkan?

“Takkan Eja tak nak telefon papa Eja?”

“Telefon rumah Long kan ada. Eja guna telefon rumah ja.”

“Habis tu, takkan Eja taknak telefon atau mesej atau whatssap dengan tunang Eja? Tak rindu si dia ke?”

Huh! Aku mengerling tajam.

Suka benar nak mengusik.

Rindu lagi ke aku?

***

Aku hanya membiarkan telefon yang baru dibeli itu di atas meja solek. Biarlah. Lagipun, pada papa aku dah maklumkan tentang keadaan telefon bimbitku. Selain itu tiada siapa yang aku hendak hubungi. Habib?

Arghh… biarlah!

Aku boleh jamin dia tak akan perasan langsung tentang ketiadaan aku. Lebih baik aku habiskan cuti aku dengan perkara yang berfaedah daripada fikir tentang orang yang langsung tak ada hati dengan aku.

“Ummi!”

“Ya, ummi kat dapur ni.”

“Buat apa tu?”

Aku menjengulkan kepala di pintu dapur.

“Ummi nak buat pengat labu. Nak tolong?”

Aku mengangguk sambil tersenyum.

“Pengat labu ni kesukaan Umar. Kecil-kecil dulu, dia selalu datang minta ummi masakkan pengat labu ni. Tapi … selepas kejadian tu…”

Ummi terdiam. Matanya merenung ke depan. Kosong. Dalam.

“Kejadian? Kejadian apa, ummi?”

“Ohh, tak ada apa-apalah.”

Ummi seperti menyembunyikan sesuatu.

“Ummi…”

“Hmm…”

“Ibu Abang Umar masih hidup lagi ke? Kenapa semua orang tak pernah bercerita pun tentang Ibu Salmi?”

Tiada ulasan: