Selasa, 31 Julai 2018

JANJI KASIH (8)


Hari keenam belas...

Aku mengalih tubuhku ke sebelah kanan. Serasa nafas kasar menghembus ke wajahku. Aku membuka mata seluas-luasnya. Terasa rerambut menyucuk mataku. Aku menepis dan tingkahlakuku menyebabkan sesusuk tubuh bingkas. Aku terjerit kecil.

“Habib!”

Terkejut aku melihat Habib berada di hadapanku sekarang. Aku bingkas menarik selimut untuk menutup keseluruhan tubuhku yang berbaju tidur paras lutut. Oh tidak! Malunya... menyesal sungguh tak pakai seluar tidur semalam. Huhuhu... tak pasal-pasal beri tayangan free.

“Eja dah jaga?”

Lelaki itu tersenyum. Kurang asam! Aku menjeling. Jangan awak nak buat onar pagi-pagi buta ni!

“Apa awak buat kat sini? Bila awak sampai?”

“Awal pagi tadi, dalam pukul dua pagi.”

“Macam mana.. macam mana awak masuk bilik ni?”

“Bilik tak berkunci pun. Abang saja masuk. Niat nak kejutkan Eja. Tapi bila tengok Eja tidur nyenyak sangat, kesian pula nak kejutkan,” terangnya panjang lebar.

“Habis tu kenapa tidur di sini? Long dengan Ummi tak marah ke awak dalam bilik saya ni?”

“Eja tak ingat ke?”

“Ingat apa?”

“Eja meracau-racau, seperti bercakap tentang sesuatu. Abang risau nak biarkan Eja tidur seorang diri. Sebab tu abang tidur kat tepi katil ni.”

“Meracau?”

Aku mngerut dahi.

Lelaki itu mengangguk perlahan.

“Ya. Ummi yang suruh abang temankan Eja. Katanya, Eja kerap meracau ketika tidur dalam seminggu ni. Kenapa? Eja ada masalah ke?”

Aku menggeleng kepala. Tidak tahu jawapan kepada persoalannya. Aku sendiri tidak sedar dan tidak tahu apa yang aku racaukan.

“Mungkin letih sangat kot. Sebab tu sampai terbawa-bawa dalam mimpi,” ujarku perlahan.

“Atau Eja masih memikirkan tentang perkahwinan kita?”

Aku tersentak seraya memandang ke arah lelaki itu.

“Eja, rasa sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk berbincang tentang hal itu.”

Habib mengeluh panjang.

“Ya, sekarang bukan masa yang sesuai untuk kita berbincang. Tapi abang harap cuti abang untuk datang ke sini tidak sia-sia.”

Aku menegerut dahi.

“Apa maksud awak?”

Cuti? Takkan dia sanggup bercuti semata-mata kerana aku?

Lelaki itu mengeliat. Tiba-tiba dia menolak kakiku ke tepi dan merebahkan tubuhnya di sisiku.

“Tepi sikit. Abang nak baring. Ughhh...sakitnya badan. Dapat baring sekejap pun jadilah. Boleh juga hilang lenguh-lenguh badan ni.”

Aku mencerlang.

“Habib! Apa awak buat ni?”

“Abang nak tidurlah. Badan abang lenguhlah. Selepas balik kerja semalam, abang terus drive ke sini. Ingat dapat terus baring selepas sampai. Tapi terpaksa temankan tunang kesayangan pula.”

Tunang kesayangan?? Kesayangan!!

No! Jangan nak mengada-ada. Pergi balik ke bilik awak!”

Terkebil-kebil Habib memandangku.

Apa? Ingat selama ini aku berlembut, aku boleh dibuli sesuka hati? Jangan harap!

“Tak sangka abang ada tunang yang garang. Abang nak tumpang tidur sekejap saja. Takkan tak boleh?”

“Tak boleh! Pergi tidur di bilik awak.”

“Tapi abang mengantuk sangat ni...”

“Selagi kita belum berkahwin, jangan nak mengada-ada nak tidur sekali!”

So...”
Aku mengerutkan dahi.

So what?”

“So, nanti selepas kahwin, kita boleh tidur sekatil, sebantal.”

Sekatil? Sebantal?

Soalan apakah ini? Terasa jantungku berdegup laju. Wajahku memerah. Tapi siapa nak kahwin dengan awak, Habib?

Lelaki itu bingkas dari katilku. Senyumannya makin lebar. Sesuatu sangat.

"Owh ya...comel baju tidur tu. Nanti abang beli yang lagi pendek dari ni," ujarnya sambil mengenyitkan matanya sebelum beredar.

Serentak itu aku terus menarik selimut menutup keseluruhan tubuhku. 

Arghhh!!

Habib, awak memang gatal!

***
"Kenapa papa bagitau Habib, Eja ada kat kampung?"
"Dia insist nak tahu. Papa tak boleh buat apa."
Aku memicit dahiku. Stress! 
"Papa ni kan... Sengajakan nak kenakan Eja. Kitakan dah janji hari tu, kalau papa tak pecahkan rahsia kat Habib, Eja akan balik dalam tempoh 2 minggu."
"Dia tunang Eja. Mana papa boleh berselindung. Lagipun kalau ikut perjanjian, tempoh dua minggu tu dah tamat dua hari lepas. Eja jangan expect papa akan tunaikan janji Eja kalau Eja pun tak kotakan janji pada papa. Baliklah Eja. Papa rindukan Eja. Mummy pun rindukan Eja."
"Mummy dan papa ja yang rindukan Eja. Orang lain tak pun."
"Siapa kata orang lain tak rindu. Ramai yang rindu kat Eja. Uncle daddy, aunty mummy, Rah..."
"Habib tak rindukan Eja pun," pintasku.
"Kalau dia tak rindukan Eja, takkan dia sanggup tinggalkan projek besar daddy dia semata-mata nak pergi kat Eja? Itu perkara yang papa tak boleh nak syncronize dengan kenyataan Eja."
Huh! Tak payah nak syncronize lah sangat papa.
"Tentulah dia akan datang terus. Eja dah call dia bagitahu yang Eja nak minta putus."
"What!!"
Bergema suara jeritan papa di telingaku. Mau terlepas telefon bimbitku apabila mendengar tengkingan papa. Terkejut kot.
"Apa yang Eja cakap tadi? Eja minta putus? This too much young lady. Papa bertolak ansur bila Eja nak balik ke sana. Papa pekakkan telinga dan tebalkan muka bila ayah Long Eja marah-marahkan papa sebab mungkir janji dengan dia. Tapi putuskan pertunangan ini tak ada dalam perjanjian kita. No! Papa tak boleh terima!"
Alamak! Papa dah marah. Khadeeja, apa yang engkau lakukan?? Semuanya menjadi semakin teruk.
"Papa...papa...Eja minta maaf sebab tak ikut perjanjian kita. Ok. Eja salah sebab Eja dah lewat dua hari dari tempoh sepatutnya. Tapi Eja memang dah tak boleh teruskan pertunangan ini."
"Kenapa? Eja dah ada orang lain?"
"What? Noo... Eja hanya ada Habib seorang."
Of course lah. Aku mana pernah bercinta.
"Habis tu? Kalau dah Eja sukakan dia, apa masalahnya? Papa tak nampak Rahman beri masalah pada Eja. He always look nice to you."
Itu yang papa nampak. Yang papa tak nampak...
Perlu ke aku beritahu papa? Nanti seperti membuka keburukan Habib pula. Aku tak suka jadi kaki report. Bukan perangai ku.
"Kami cuma tak serasi."
Hei, kenapa ini pula yang keluar dari mulutku?
"Look young lady... tak serasi itu biasa di awal perkenalan. Sebab tu, diberi tempoh dalam pertunangan. Papa tak nak dengar alasan tak munasabah. Papa akan minta Rahman bawa balik Eja hari ini juga."
"No! Papa tak boleh buat Eja macam ni? Kita dah janji."
"Perjanjian kita terbatal apabila Eja buat keputusan sendiri tanpa berbincang dengan papa. Faham!"
"Tak. Eja tak mahu ikut Habib balik. Eja tak mahu Habib jadi suami Eja."
"Arya Khadeeja. Keputusan papa muktamad. Full stop!"
Aku terdiam. Aku terus mematikan talian. Terasa dungu. Blank. Aku tak tahu apa lagi tindakan yang perlu aku buat.
Aku melihat Habib dari tingkap bilik ku. Tekun mengupas buah kelapa. Pandai juga dia buat kerja-kerja kasar. Ingatkan pandai kira saham, kira duit saja. Sesekali dia mengesat peluh yang mula merenik di dahi. Kesian. Orang tak pernah kerja di tengah panas. Asyik duduk dalam tempat berhawa dingin sahaja.
Haih! Habib… Kenapa awak datang? Saya sudah cuba sedaya upaya menjauhkan diri daripada awak. Itu yang awak mahu. Itu kehendak awak. Tapi kenapa awak datang cari saya selepas hati saya sudah pun terluka?
Asyik aku melihatnya, tanpa aku sedar lelaki itu memanggung kepalanya memandang ke arahku. Pandangan kami bersatu. Lima saat, sepuluh saat, dua puluh saat, tiga puluh saat… Aku terus melarikan pandangan. Aku tak mampu melihat matanya lebih lama. Aku takut hatiku derhaka pada tuannya.
***
“Ya…baik papa. Ya. Jangan risau. Ya, Man cuti lagi. Tak apa, daddy faham. Man dan beritahu mereka. Ok. Nanti Man beritahu dia. Baik. Waalaikumussalam.”
Aku menjeling.
Habib menghela nafas panjang. Dia mengalihkan pandangannya kepadaku.
“Abang dah beritahu papa. Kita balik hujung minggu ni. Lagipun abang masih bercuti lagi. So, papa tak akan paksa kita untuk balik hari ini.”
Ada aku kisah! Balik hari ni ke, balik hujung minggu ni ke, aku tetap terpaksa balik dengan dia. Itulah yang aku cuba elakkan. Tapi semestinya papa tidak akan memberi pengecualian buatku lagi kali ini.
Aku tunduk memandang ke lantai.
“Khadeeja…abang nak hubungan kita ini berakhir dengan baik.”
Berakhir? Aku sudah beri jalan kepadanya untuk mengakhiri perhubungan ini tetapi kenapa dia masih datang kembali kepadaku?
“Kenapa awak hendak menyusahkan lagi keadaan saya, Habib? Saya rasa apa yang beritahu dalam telefon hari tu sudah jelas.”
“Apa yang sayang beritahu abang? Abang dah tak ingat.”
Ada senyuman di hujung bibirnya. Sengaja tau!

Tiada ulasan: