Hari ketiga...
"Wajahnya pucat, Abi. Dia seperti sedang menanggung sakit. Abi tak perasan kah?"
"Ya, abi tahu."
"Abi tahu? Khadeeja sakit apa?"
"Abi tak suka Muhammad Umar ambil tahu tentang hal Khadeeja. Dia sudah bertunang."
"Umar bukan hendak mengganggu dia. Umar dapat rasakan dia sedang menanggung kesakitan. Benarkanlah Umar berjumpa dengannya."
"Muhammad Umar tidak boleh berjumpa dengan Khadeeja. Kan dulu Abi sudah berpesan. Kalau datuk Muhammad Umar tahu hal ini, hidup Khadeeja akan menderita."
"Apa bezanya dengan kehidupan Khadeeja sekarang.? Umar tahu Khadeeja sakit. Umar dapat rasakan tatkala melihat wajahnya yang pucat. Matanya hilang sinar seperti hilang semangat. Abi... benarkalah Umar berjumpa dengannya. Umar dapat rasakan dia perlukan seseorang."
Long Hadi mengeluh. Anak muda di hadapannya ini sangat keras kepala. Begitu juga dengan anak gadis yang sedang terbaring lesu di dalam biliknya. Dua-dua mempunyai perangai yang sama. Degil. Tetapi kedua-dua anak ini juga mempunyai keistimewaan. Meskipun bukan seibu sebapa, tetapi gadis itu tetap berasal dari keturunan dan susur galur yang sama dengan anak muda di hadapannya ini. Inilah yang dia cuba elakkan. Namun dia juga tidak boleh memaksa gadis itu untuk pulang. Raut wajahnya ketika bertentang pada petang dua hari lepas menunjukkan seolah-olah perasaannya terlalu menderita. Sedih. Sayu.
Long Hadi meraup wajahnya.
"Khadeeja tidak sakit, Muhammad Umar. Dia cuma patah semangat. Tiada sesiapa yang dapat menolongnya. Dia hanya boleh sembuh atas keupayaan dan kesungguhan dirinya sendiri. Sekiranya dia terus membiarkan hatinya terluka, semangatnya akan terus hilang."
"Ini mesti angkara Habibburrahman tak guna tu kan? Tahulah dia nanti jika dia datang ke sini. Umar akan ajar dia..."
"Muhammad Umar, Abi tak ajar untuk jadi seorang pendendam. Lagipun ini berkait dengan hati dan perasaan. Kita tidak boleh memaksa perasaan orang."
"Maafkan Umar, Abi."
Gedegung!
Long Hadi dan Muhammad Ummar saling berpandangan.
Ada bunyi seperti benda jatuh dari bilik Khadeeja. Long Hadi menerpa ke biliknya.
***
Aku menangis semahu-mahunya. Sampai hati Habib. Aku memandang telefon bimbitku yang berterabur di lantai. Sebaik sahaja aku terpandang gambar wanita yang tagged nama Habib di Facebook aku terus membaling telefon itu ke dinding.
"Khadeeja..."
Suara Long Hadi di luar bilik. Lembut. Tidak tegas seperti sebelum ini. Dengan pantas aku mengesat pipiku yang basah dengan air mata.
"Ya, Long."
"Long dengar ada bunyi benda jatuh. Khadeeja tak apa-apa ke?"
Aku berjalan menuju ke pintu kamar dan membukanya. Terasa seperti ada udara sejuk menerpa ke wajah. Serentak itu juga ada bau wangi menusuk ke rongga hidungku.
"Long tak tidur lagi?"
"Long baru bangun nak solat tahajjud. Apa yang jatuh?"
Wajahnya berkerut. Risau barangkali.
"Ooo, tu telefon Eja. Tadi masa Eja nak ambil di hujung kepala katil, Eja tertolak. Itu yang jatuh."
Aku berbohong.
"Owh! Long ingat apa tadi. Kuat benar bunyinya. Hmm, pergilah tidur. Masih awal pagi ni."
Aku menggangguk seraya menutup kembali pintu kamar. Kembali mengutip telefon yang bersepai di lantai.
Bagus sungguh Nur Aina Khadeeja. Kerana marahkan nyamuk, habis kelambu dibakar. Nasiblah kau telefon. Setakat hari ni sahaja hayat kau. Aku meletak telefon itu di atas meja solekku.
Aku melangkah ke luar bilik nak ke bilik air. Alang-alang dah pukul 4 pagi lebih baik aku ambil wudhuk dan solat tahajud. Sedaya upaya aku melangkah perlahan supaya tidak mengganggu Long dan Ummi.
Baru sahaja aku hendak menolak pintu bilik air, tiba-tiba ada sesuatu yang menarik pintu dari dalam.
"Mak!!!"
Aduh, sakitnya!
Aku mengusap-usap punggungku yang agak sengal. Mau tak sakit, jatuh terduduk kot. Terkejut punya pasal. Tiba-tiba terserempak dengan orang asing dalam rumah ini.
Lelaki di hadapanku memandangku dalam perasaan bersalah.
"Macam mana awak boleh masuk dalam rumah ni? Awak ni siapa? Jangan beritahu saya awak ikut saya sampai balik ke rumah?" jerkahku.
Sakit-sakit pun suara tetap tinggi.
"Ikut awak balik? Hahaha...buat apa nak ikut. Ini pun rumah abang juga."
Abang! Siapa dia ni siap mengaku abang bagai. Haishh!! Baru teringat semalam pun dia membahasakan dirinya abang.
"Umar, apa bising-bising ni"
"Long.."
"Abi..."
Eh! Kami saling berpandangan. Aku mengalih pandangan ke arah Long dan Ummi yang masih terpisat-pisat di antara pintu dapur.
"Eja! Kenapa duduk di lantai ni?" soal Ummi.
Terbeliak matanya melihat aku yang masih di lantai.
"Jatuh. Ummi, lelaki ini mengekor Eja. Petang semalam Eja jumpa dia kat sungai. Tiba-tiba pagi buta ni dia ada dalam rumah ni."
Macam bertih jagung aku bercerita.
Long dan Ummi berpandangan seketika sebelum kedua-duanya memandang ke arah kami berdua pula.
"Bangun dulu Eja. Takkan Eja nak terus duduk di situ. Sejuk ni."
Aku cuba untuk bangun. Ouch! Masih sengal. Kuat juga aku jatuh tadi.
"Sakit..."
"Angkat dia Umar! Bawa masuk bilik."
Hah!
Siapa dia ni sehinggakan Long benarkan dia untuk menyentuh tubuhku?
"Tak payah nak buat muka toye dan tolong jangan keraskan badan tu. Berat tau tak."
Ewah...ewah...mulut puakanya.
Lelaki bernama Umar itu mencempung tubuhku. Secara spontan tanganku terus memegang tengkuknya. Risau dia jatuhkan aku.
Dia tersengih.
"Apa?"
Aku membulatkan mata. Nak mengata aku lah tu.
Sebaik sahaja tiba dalam bilikku, dia meletakkan aku di atas katil.
"Kejap ummi ambilkan getah air panas. Kena tuam belakang tu. Mungkin lebam," ujar ummi seraya berlalu.
Lelaki itu masih berdiri di sisi katilku. Matanya memandang ke arah sesuatu. Aku mengikut memandang ke arah pandangan matanya. Telefon bimbitku yang berkecai akibat kemarahanku tadi.
"Kenapa tu? Bergaduh dengan tunang ke?"
Aku mengerutkan dahi. Dia tahu aku dah bertunang?
"Tak ada kena-mengena dengan awak. Tolong keluar."
Ummi datang dengan satu beg bekas getah berisi air panas.
"Ambil ni, tuam kat belakang tu."
"Macam mana nak buat ni, Ummi? Tak panas ke?"
"Letak ja bekas tu kat belakang yang sakit tu. Kalau panas, lapik dengan kain batik ni."
Ummi meletak sehelai kain batik di sisiku.
"Itu pun tak tahu buat. Manja sangat. Itulah lama sangat duduk kat bandar.atau kau nak aku tolong tuamkan ke?"
Wajaku merona. Dia sengaja nak cari pasal dengan aku.
"Pergilah keluar. Awak ni menjengkelkan saya, tahu tak?"
"Oh, ya ka?"
Eeiiiii....
"Ummar... sudah! Pergi keluar. Dah nak subuh ni. Pergi bersiap, nanti abi nak ajak pergi masjid."
"Manja. Sebab tu kena tinggal dengan tunang."
Hah! Hatiku terasa pedih. Sedap ya mengata aku.
Dengan pantas aku mencapai sebiji bantal pelukku dan aku baling ke arah dia.
"Adoih!"
Padan muka. Mulut puaka. Tak padan dengan muka hensem, tapi mulut busuk.
"Umar!"
Panggil Long dari luar kamarku.
"Ha, cari pasal lagi. Ummi ingatkan bila berjumpa, boleh berkenal-kenalan. Ini tidak, macam anjing dengan kucing."
Lelaki bernama Umar itu tertawa sambil melangkah keluar dari bilikku.
"Esok kita sambung lagi ya."
Eh, dia jengul lagi kepalanya kat pintu.
"Keluarlah!" jeritku sambil membaling lagi satu bantal ke pintu.
Wahhh... sakitnya hati. Siapa lelaki ni?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan