“Darlina, kenalkan anak I, Jasmin Alia. Min ini Aunty Darlina. Kawan babah.”
Aku mengerling ke arah wanita berkulit putih mulus dan bergaya itu. Dia tersenyum mesra sambil menghulurkan tangan. Sebaik sahaja aku menyambut salamnya dia terus menarik tubuhku dan memelukku lembut. Aku tersentak. Setelah beberapa saat, pelukan kami terlerai.
“Babah Min selalu cerita pasal Min. Dah lama Aunty teringin nak tengok Min, tapi babah Min ni selalu sembunyikan anak daranya.”
Kata-kata wanita itu disambut dengan tawa babah. Berseri-seri benar wajah babah malam tu. Adakah sebab kehadiran Aunty Darlina?
“Iskandar, ini ke anak dara u tu?”
Tiba-tiba seorang lelaki lebih kurang sebaya Ayah Long datang menghampiri kami.
“Oh..Tan Sri pun datang? Ya, kenalkan ini anak saya, Jasmin Alia. Min, ni bos
Aunty Darlina, Tan Sri Khairilzan.”
“Panggil aja uncle Jan. Tapi nak panggil ayah pun boleh.”
Lelaki yang digelar Tan Sri itu tertawa besar.
“Dalam maksud tu Tan Sri. Dar, Tan Sri tak suruh pun panggil ayah. Takkan baru jumpa dah teringin nak buat menantu?” sambut Aunty darlina pula.
Babah dan Tan Sri Khairilzan tertawa mendengar soalan Aunty Darlina. Aku tersipu-sipu seketika.
“Boleh juga. Tapi Jasmin ni masih muda. Biarlah dia belajar lagi. Tapi kalau U mana boleh panggil I ayah. U kena panggil I abang,” usik Tan Sri Khairilzan kembali.
Wajah Aunty Darlina kemerah-merahan, menahan malu.
“Marah pula Puan Sri u kat rumah nanti,” jawab Aunty Darlina separuh berbisik.
Sekali lagi mereka tertawa melihat ulah wanita tinggi lampai itu.
Tiba-tiba seorang lelaki muda sebaya Ayah Cu menghampiri kumpulan kami.
“Assalamualaikum”
“Hm..datang juga? U jemput ke Dar?” soal Tan Sri dalam nada terkejut. Aunty Darlina tersengih.
“Sesekali nak juga Nain keluar bersosial, bah. So, siapa gadis manis ni?” semua mata tertumpu ke arahku. Babah tersenyum ke arahku.
“Anak Tuan Hj Ilham Iskandar, Jasmin Alia.”
Pantas sahaja Aunty Darlina memperkenalkan aku kepada lelaki muda itu. Lelaki itu kelihatan terkejut sambil memandang ke arah babah.
“Wah, Tuan Hj ada anak dara sebesar ini. Tak tahu pula saya. Bila tuan haji kahwin?”
“Nain...please behave yourself.”
“Sorry tuan haji. I’m just joking.”
“It’s ok, Tan Sri. Saya faham. Mari kita duduk di sana Tan Sri. Min tolong babah ambilkan air ya. Babah tunggu di meja sana.”
Aku mengangguk. Babah, unty Darlina dan Tan Sri berlalu pergi. Tanpa memandang ke arah lelaki yang membahasakan dirinya Nain, aku terus berlalu ke cofee table. Lelaki itu terus membuntutiku. Aku membiarkan sahaja. Malas nak ambil pusing. Asalkan tidak menggangguku, sudah.
“So, Min dah bekerja?” aku menggeleng.
“Ya. Baru grad. Sekarang dalam proses belajar berniaga.”
Aku mengatur 4 cawan di atas 4 keping piring. Nain pantas membantuku menuangkan minuman ke dalam cawan-cawan yang kususun itu.
“Oo..ya ka? Kat mana tu? Sebelum ni tinggal kat mana?”
Wah banyaknya soalan! Yang mana satu nak jawab?
“Encik ni memang ramah dengan orang yang baru kenal ye?”
“Hmm...baru kenal le kena banyak bertanya. Kalau tidak, macam mana nak kenal. Betul tak? Emm, lagi satu, nama saya Dzulkarnain. Rasanya Min ni muda dari saya. Panggil jer abang Nain. So?” soalnya sambil tersengih.
“So, what?”
“Soalan abang Nain tadi?”
“Yang mana satu?”
“Abang tak pernah nampak Min pun sebelum ni. Min tinggal di mana?”
“Di kampung. Bersekolah di sana.”
“Oo, dari kampung lah ni. Tak sangka Tuan Haji Ilham sembunyikan anak daranya di kampung. Tentu seronok tinggal di kampung. Eh, tadi cakap baru belajar berniaga. Berniaga apa?”
Aku tertawa kecil. Beria-ia benar dia hendak mengenaliku.
“Kedai buku. Cuma tolong kawan.”
“Ooo, kat mana tu? Boleh Abang Nain melawat nanti.”
“Muss Read Bookstore. Datanglah, kedai kecil aja.”
“Emm, tak apa lah. Yang penting usaha. Tapi abang tak sangka la. Tuan Haji ada anak dara sebesar ini. Kenapa ya, Jasmin tinggal di kampung. Jasmin nakal ya semasa kecil?”
Amboi dah pandai menyerkap jarang pula.
“Cerita lama. Malas lah nak cerita. Nanti tujuh hari tujuh malam pun tak habis-habis. Abang Nain ni asyik tanya tentang Min. Abang Nain pula kerja apa?”
Giliran lelaki itu pula yang tertawa. Aku berkerut. Hairan.
“Kenapa Abang Nain ketawa?”
“Kalau Min nak tahu, Min kena lah keluar makan dengan abang malam Ahad ni. Macam mana?”
Huh! Pandainya lelaki ini. Mencari alasan untuk mengajak aku keluar dengannya.
“Jasmin?”
“Ya.”
“Macam mana?”
“Macam mana apa?”
“Dinner dengan saya this weekend?”
“Err..Abang Nain tanya lah babah. Kalau babah benarkan, Min ikut.”
Hehe...nasib baik ada juga alasan untuk mengelak.
“Hah! Anak manja bapa rupanya. Polosnya,” ujarnya sambil ketawa terbahak-bahak.
Huh! Apalah yang melucukan sangat? Gerutuku dalam hati sambil memuncungkan bibirku.
“Abang Nain perli Min ke?”
“Perli? Eh, taklah. Mana ada abang perli?”
“Habis tu apa yang melucukan sangat?”
“Ye lah, Min tu polos. Ni lah kali pertama abang jumpa gadis sepolos Min. Lurus.”
“Salah ke perbuatan Min kalau perlu minta kebenaran daripada babah dahulu sebelum ke mana-mana? Min rasa tak ada janggalnya. Mana-mana anak pun perlu berbuat demikian kerana dia masih di bawah tanggungjawab ibu bapanya. Kalau ibu bapa bertanggungjawab menjaga, memelihara dan mendidik anak-anaknya, anak-anak pula perlu patuh dan menghormati ibu bapanya. Meminta kebenaran untuk keluar bukan adat kuno, tapi bagi Min ia satu bentuk perintah yang perlu seorang anak tu buat sebelum ke mana-mana bagi memastikan keluarganya tidak risau kerana mereka juga bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan anak-anak mereka.”
Lelaki itu memandangku tanpa berkelip. Lama. Kenapa dengan Abang Nain ni? Dia seperti seolah-olah mengelamun. Aku melayah-layahkan tangan di hadapannya.
“Abang Nain, ok ke?”
Lelaki itu tersentak.
“Ya, ya. I’m ok. Err, jomlah kita join mereka. Tentu mereka dah lama tunggu. Biar abang yang angkat air tu. Min bawalah piring buah ni.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan