Aku terdengar derapan tapak kaki menghampiriku. “Dah bagi makan ubat?”
Itu suara Ayah Long.
“Dah. Semalaman meracau, sebut abahnya. Abang dah telefon si Ilham?”
“Dah. Baru je bercakap dengan dia tadi. Katanya masih di Jepun. Sehari dua lagi baru balik ke Singapura.”
“Takkan dia tak boleh balik jenguk Jasmin, anaknya. Dah dua hari tak sedar. Asyik meracau saja. Risau saya kalau jadi apa-apa.”
“Cuaca tak berapa elok kat sana sekarang. Dia terpaksa tunggu sehari dua lagi. Kita tawakal sahaja.”
Kedengaran keluhan berat di sebelahku. Tentu itu Mak Wa. Aku cuba buka mata. Berat. Kepalaku terasa berdenyut-denyut. Mataku terkatup semula.

***
Aku terjaga lagi. Dalam pandangan yang masih berbalam, kedengaran suara orang sedang bercakap di sebelah pembaringanku.
“Apa dia buat kat situ senja-senja? Dia ada kelas tambahan ke?”
Siapa tu? Babah ke?
“Abang Long pun tak tahu. Mujur Nadeera, kawan sekolahnya telefon ke rumah bagitau. Kalau tidak berembunlah dia semalaman di situ.”
“Dia tak pernah tak bagitau kami kalau nak ke mana-mana. Pelik benar tingkahlakunya seminggu dua ni.”
“Tak apalah, Kak Long. Malam ni biar saya saja yang jaga dia. Kak long mungkin dah penat.”
“Kau baru sahaja sampai. Sekurang-kurangnya pulanglah ke rumah dulu. Berehat.”
“Tak apa Kak Long. Bukan saya tak biasa berjaga malam. Kak Long balik lah dengan Abang Long. Biar saya jaga dia malam ni.”
“Hmm, baiklah kalau dah begitu.” Siapa yang nak jaga aku? Babah ke?
“Apa dia buat kat situ senja-senja? Dia ada kelas tambahan ke?”
Siapa tu? Babah ke?
“Abang Long pun tak tahu. Mujur Nadeera, kawan sekolahnya telefon ke rumah bagitau. Kalau tidak berembunlah dia semalaman di situ.”
“Dia tak pernah tak bagitau kami kalau nak ke mana-mana. Pelik benar tingkahlakunya seminggu dua ni.”
“Tak apalah, Kak Long. Malam ni biar saya saja yang jaga dia. Kak long mungkin dah penat.”
“Kau baru sahaja sampai. Sekurang-kurangnya pulanglah ke rumah dulu. Berehat.”
“Tak apa Kak Long. Bukan saya tak biasa berjaga malam. Kak Long balik lah dengan Abang Long. Biar saya jaga dia malam ni.”
“Hmm, baiklah kalau dah begitu.”
***
“Jangan ganggu Min lagi! Min tak kemaruk cinta Luq.” Luqman memandang aku sayu. Lain benar raut wajahnya. Lembut. Aku tak pernah melihat pandangan tersebut.
“Maafkan Luq, Min. Luq janji tak buat lagi. Luq tak bermaksud nak seksa Min. Luq memang sayangkan Min.”
Sejak bila pula hati Luqman menjadi lembut ni? Mana perginya sikap ego dan keras hati? Dia dah berubah ke?
“Sudahlah Luq. Luq pergilah pada Amy Maisara. Min tak akan ganggu lagi hidup Luq. Biarlah Min undur diri.”
Aku cuba berlalu, menjauhkan diri daripada lelaki itu. Tetapi langkahku dihalang. Aku terjatuh. Tatkala itu kedengaran suara Luqman mentertawakanku. Kuat sekali. Aku tersentak dan terus membuka mata. Mimpi rupanya. Aku menghela nafas lega serayacuba memejamkan semula mata. Tubuhku terasa lenguh tiba-tiba. Perlahan-lahan aku mengalihkan tubuh ke sebelah kanan. Terasa tanganku tersentuh rambut seseorang. Aku membuka mata semula. Babah ke?
Lelaki itu terjaga. Dia memanggungkan kepala. Ayah cu!
“Min dah jaga?”
“Ayah Cu, bila balik? Ayah Cu tak kerja?” soalku separuh terkejut.
“Pagi tadi. Cuti. Hari ni hari Sabtu,” jawabnya sambil mengesat kelopak mata.
“Maafkan Luq, Min. Luq janji tak buat lagi. Luq tak bermaksud nak seksa Min. Luq memang sayangkan Min.”
Sejak bila pula hati Luqman menjadi lembut ni? Mana perginya sikap ego dan keras hati? Dia dah berubah ke?
“Sudahlah Luq. Luq pergilah pada Amy Maisara. Min tak akan ganggu lagi hidup Luq. Biarlah Min undur diri.”
Aku cuba berlalu, menjauhkan diri daripada lelaki itu. Tetapi langkahku dihalang. Aku terjatuh. Tatkala itu kedengaran suara Luqman mentertawakanku. Kuat sekali. Aku tersentak dan terus membuka mata. Mimpi rupanya. Aku menghela nafas lega seraya
Lelaki itu terjaga. Dia memanggungkan kepala. Ayah cu!
“Min dah jaga?”
“Ayah Cu, bila balik? Ayah Cu tak kerja?” soalku separuh terkejut.
“Pagi tadi. Cuti. Hari ni hari Sabtu,” jawabnya sambil mengesat kelopak mata.
Aku memandang sekeliling. Putih, biru.
“Min kat mana?”
“Kat hospital. Dah seminggu Min tak sedarkan diri. Suhu badan Min tak mahu turun. Ayah Long terpaksa admit Min kat wad.”
Seminggu! Lamanya. Kenapa ya? Apa yang terjadi padaku?

“Babah balik tak?”
Lelaki itu mengeluh.
Aku dah agak. Babah sememangnya tak pernah mengambil berat tentang diriku. Waima aku sakit teruk pun, dia tak akan pulang menjengukku. Aku menarik selimut dan menutup keseluruhan tubuh dan kepalaku. Menyembunyikan perasaan kesal dari penglihatan Ayah Cu. Terasa air panas mula bergenang di tubir mata.
“Jasmin, janganlah buat macam ni,” Pujuk ayah Cu. Lirih.
Air mataku mula mengalir laju.
“Babah dah tak sayang Min, Ayah Cu. Sampai hati babah. Buat Min macam ni,” ujarku dalam nada sedu.
“Min, babah Min bukan tak sayang Min. Dia tak boleh balik. Flight dia masih terperangkap di Tokyo. Cuaca teruk kat sana.”
Aku semakin tersedu-sedu. Ayah Cu terus mendiamkan diri. Setelah beberapa ketika, senduku semakin reda. Aku terasa seperti tangan Ayah Cu menyentuh bahuku lembut. Aku menarik selimut yang menutupi kepalaku. Perlahan-lahan aku mengesat sisa-sisa air mata di pipi.
“Boleh Ayah Cu tanya sesuatu? Ayah Cu rasa, kali ni Min bukan mogok kat babah Min kan?”
Aku mengerutkan dahi. Wajah Ayah Cu kelihatan serius. Ayah Cu terus mendiamkan diri. Kenapa pula? Tadi cakap nak tanya soalan.
“Apa maksud Ayah Cu? Min tak faham.”
“Ayah Cu nak tanya, siapa Luqman? Boyfriend ke?”
Hah!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan