Khamis, 26 Ogos 2010

DCJ4

Hatiku menjadi semakin kering terhadap Luqman. Semenjak peristiwa petang itu, aku jarang lagi melepak di tepi gelanggang futsal sekolah untuk melihatnya bermain futsal bersama rakan-rakannya. Aku cuba seboleh mungkin mengelak daripada bertembung dengannya. Kalau bertembung pun, aku akan mengalihkan pandanganku ke arah lain. Tiada lagi senyuman yang sering aku lemparkan padanya. Tiada lagi soalan latihan yang aku hantar padanya. Kelakuanku berubah 180 darjah. Nadeera pun pelik dengan sikapku. Katanya, aku tidak pernah membenci seseorang seperti ini. Tapi sebenarnya aku tidak membenci lelaki itu. Mana boleh aku membencinya kalau aku masih suka padanya. Masih rasa ingin menyayanginya. Aku cuma mahu membataskan diri dan perasaanku. Mungkin sebelum ini kelakuanku agak ketara, meskipun tiada sesiapa yang tahu kecuali Nadeera, sahabat baikku dan mungkin juga Luqman sendiri.
“Petang Sabtu ni ada game futsal. Kau nak datang tengok ke?”
Soal Nadeerah sambil
“Nak tengok siapa?”
“Jasmin! Ustaz Ramlan nak jumpa kau di bilik guru.”
Suara Pahmi mengganggu perbualanku dengan Nadeera. Kami sama-sama menoleh ke arahnya.
“Oi, Pahmi, kau ni kalau panggil nama orang perlahan-lahan tak boleh ke? Asyik nak menjerit sahaja,” marah Nadeera.
“Suka hati aku lah. Kau tu penyibuk aja. Aku panggil Jasmin, bukannya kau,” marah Pahmi kembali. Suaranya hampir kedengaran satu kelas.
“Kurang asam punya ketua kelas. Tak ada budi bahasa langsung. Aku ganyang mulut dengan cabai baru tau,” gerutu Nadeera. Aku tersenyum melihat wajah Nadeera kemerahan menahan malu.
“Sudahlah, Nad. Jangan dilayan Si Pahmi tu. Aku ke bilik guru sekejap. Nanti kita sambung balik buat latihan fizik tu.”
Nadeerah mengangguk seraya kembali membelek soalan latihan tadi. Aku melangkah menuju ke bilik guru.
“Assalamualaikum. Ustaz panggil saya ke?”
Tegurku penuh sopan. Guru muda itu tersenyum memandangku. Tatkala itu baru aku perasan, Luqman juga berada bersebelahan dengan Ustaz Ramlan.
“Waalaikumussalam. Ya, Jasmin. Mari duduk di sebelah kiri saya. Tarik kerusi Cikgu Afif. Jangan risau. Dia tak ada hari ni. Ada kursus.”
Patutlah sudah seminggu dia tak masuk kelas. Rupa-rupanya pergi kursus.
Aku menuruti arahan Ustaz Ramlan.
“Hmm, oleh kerana kedua-duanya dah ada. Saya nak maklumkan bahawa sekolah kita akan menghantar 2 orang pelajar mengikuti Pameran Tulisan Khat di Kuala Lumpur. Saya pilih Luqman kerana awak berkebolehan dalam penulisan ini.”
Ustaz Ramlan memandang ke arah Luqman. Lelaki itu mengangguk sambil tersenyum nipis.
“Terima kasih, Ustaz.”
“Sama-sama. Dan awak Jasmin..”
Ustaz Ramlan menoleh ke arahku. Aku tersentak seketika.
“Saya masukkan nama awak kerana awak orang pertama yang menghantar borang permohonan semasa tawaran ini dibuka 5 bulan yang lalu.”
“Oh..tapi ustaz..saya..”
Aku mengerling ke arah Luqman. Lelaki itu tersenyum nipis.
“Kenapa Jasmin? Ada masalah ke?”
“Tak. Emm, bila pameran tu akan diadakan, ustaz?”
“Bulan Disember. Peperiksaan kamu berdua dah selesai ketika tu. Saya harap kamu tak ada apa-apa program, Jasmin.”
Aku diam. Teringat janji babah yang akan pulang ke Malaysia bulan tersebut. Aku berharap aktiviti cuti sekolah ini tidak akan mengganggu perancanganku dengan babah meskipun aktiviti ini aku sendiri yang menawarkan diri. Babah akan pulang kerana bercuti musim panas di Jepun. Aku sudah merancang beberapa program dengan babah. Selesai mendengar penerangan ringkas daripada Ustaz Ramlan, aku terus menapak keluar dari bilik guru.
“Marah betul Min pada Luq.”
Langkahku terhenti. Aku menoleh ke arahnya. Pandangan matanya nampak sayu.
“Tak ada apa yang nak dimarahkan.”
“Habis tu, kenapa Min macam mengelak sahaja daripada Luq? Kalau berjumpa, langsung tak pandang. Luq ada game pun, Min dah tak datang. Bukan marah ke tu?”
Aku sedikit tersentak. Dia perasan kehadiranku rupanya.
“Oo, ya ka? Min tak perasan. Tentang game tu, Min sekadar memenuhi masa lapang. Lagipun, datang atau tidak, takkan beri apa-apa kesan pada Luq kan?”
“Siapa cakap?”
“Tak ada sesiapa yang cakap. Min pergi pun atas kehendak Min. Bukan atas permintaan sesiapa.”
“Kalau Luq minta Min datang tengok, bagaimana?”
Huh, buang tabiat ke mamat ni!
“Nak buat apa? Min sibuk.”
“Datang untuk beri semangat pada Luq. Please...”
“Kenapa Min pula? Orang lain kan ada. Amy Maysara pun mahu kalau Luq ajak.”
Lelaki itu mengeluh.
“Jasmin Alia, boleh tak jangan sebut nama dia lagi?”
Aku tersentak. Dia memanggil nama penuhku. Aku tidak pernah mendengar dia menyebutnya. Namun kali ini ada nada tegas di hujung suaranya.
“Maaf.”
Kami terdiam seketika. Aku memandang jam di tangan. Hampir pukul 2.30 petang. Bermakna kelas terakhir sudah hampir tamat. Aku mengeluh. Terlepas lagi kelas Encik Amran. Nampaknya aku terpaksa meminjam nota daripada Nadeera lagi.
“Min nak balik ke kelas,” ujarku sambil mengerling ke arah lelaki itu. Pandangannya tak lepas merenung wajahku.
“Tunggu Luq depan pintu pagar sekolah. Kita balik sama-sama nanti,” pintanya perlahan.
“Maaflah. Min tak boleh. Ayah Cu datang ambil Min petang ni.”
“Ayah Cu? Lelaki yang berkemeja belang, yang duduk di sebelah katil Min di hospital tempoh hari tu, bapa saudara Min ke?”
Tercengang aku mendengar soalannya. Mana dia tahu? Dia datang melawat aku? Takkan kot?
“Luq datang melawat Min ke?”
Siapa pula yang memberitahunya tentang keadaanku?
Lelaki itu memandangku seperti dalam keadaan serba salah.
“Err, jangan salahkan kawan Min. Luq yang paksa dia beritahu di mana Min tempoh hari. Luq memang nak pergi berjumpa dengan Min. Tapi sesuatu telah berlaku. Luq kena pukul sebaik sahaja Min beredar keluar dari kawasan sekolah.”
Huh! Patutlah.
“Habis tu, tak boleh nak call beritahu. Sekurang-kurangnya, Min boleh pergi semula ke tempat Luq hari tu.”
“Luq dah cuba telefon. Sebab Min sahaja satu-satunya yang Luq ingat masih ada dalam kawasan sekolah. Banyak kali. Tapi semua masuk peti simpanan suara.”
Oh! Baru aku ingat, telefon bimbitku terpadam kerana tiada bateri. Aduh! Macam mana aku boleh terlupa tentang perkara itu?
“Tapi, kenapa pula Min? Amy Maysara ada situ. Kenapa tak minta tolong dia?”
Lelaki itu mengeluh lagi.
“Min, dia yang hantar orang untuk pukul Luq.”
Aku tersentak mendengar ayat yang keluar dari mulut Luqman. Kenapa? Bukankah mereka berdua pasangan kekasih? Kenapa pula teman wanitanya mahu memukul dia?
“Min masih marahkan Luq lagi?” soalnya pula.
“Entah.”
Hatiku berbalam-balam. Sedih. Kasihan. Geram. Macam-macam. Bercampur aduk.
“Janganlah merajuk macam ni. Luq susah hati.”
“Min lagi susah hati bila nampak Luq pukul orang.”
“Luq, dah terima balasannya,” ujarnya agak perlahan.
“Itulah, suka sangat pukul orang. Kena atas diri sendiri, baru rasa. Sendiri yang cari nahas,” sindirku antara dengar dan tidak.
“Iyer, memang salah Luq. Luq mengaku. Tapi, Min pun tak patut juga.”
Huh! Apahal pula? Apa yang tak patut?
“Kenapa?”
“Min hantar body guard untuk warning.”
Bodyguard? Warning? Siapa?
“Min tak faham.”
“Tak apalah. So, macam mana petang ni?”
Luqman mengubah topik perbualan kami. Biarlah. Aku pun malas nak bertanya dengan lebih lanjut.
“Macam mana apa?”
“Kita balik sama-sama.”
Eh, eh! Kenapa jadi manja tiba-tiba ni? Percakapan pun semakin lembut. Mana hilangnya sikap ganas dan brutal lelaki tersebut?
“Baliklah sendiri. Masing-masing ada kaki, kan? Buat apa nak tunggu Min?” balasku geram apabila melihat lelaki itu yang mula mengada-ngada.

Tiada ulasan: