Khamis, 26 Ogos 2010

JK5

“Khadeeja! Kenapa tidur di sini?” terasa sentuhan lembut di bahu kananku. Aku cuba membuka mata tetapi terpejam semula. Silau cahaya mentari pagi mencucuk tajam pandanganku.  Bila masa pula aku buka tingkap kamarku? Selalunya cahaya tidak seterik ini. Aku mengusap mataku yang agak pedih seketika.
“Khadeeja?”
“Ayah Cu! Bila Ayah Cu sampai?” terkejut melihatnya di sebelahku. Wajahnya kelihatan kehairanan.
“Khadeeja..Ayah Cu tanya, kenapa tidur di sini. Di serambi?”
Aku bangun dari pembaringan. Tatkala itu baru aku perasan sesuatu. Aku bukan berada di bilik ku, sebaliknya di atas serambi rumah Ayah Long. Bagaimana aku boleh berada di sini? Aku memandang Ayah Cu. Terkebil-kebil. Binggung memikirkan keadaanku yang tiba-tiba berada di sini. Tatkala itu kedengaran riuh rendah semakin mendekati kami. Pintu utama hadapan rumah Wa terbuka.
“Ya Allah! Khadeeja! Di sini dia rupa-rupanya,” Mak Usu menjerit lantang. 
Kelihatan Wan Nyah dan Mummy Fika menerpa mendekatiku.
“Khadeeja tahu tak dah dekat 2 jam kami mencari Khadeeja. Nasib baik Mummy Fika tak call ayah dan Wa. Tak pasal-pasal mereka terburu-buru balik dari baruh,” Mummy Fika pula bersuara risau.
“Nasib baik ada Ayah Cu kamu. Dah berpeluh-peluh kami mencari kamu. Kamu ke mana Khadeeja? Keluar tak bagitau Wan Nyah.”
“Err…” Empat pasang mata memandang ke arahku. Mengharapkan jawapan dariku. Apa yang perlu ku beritahu? Aku sendiri tidak tahu bagaimana aku boleh berada di situ.
“Err..tadi Khadeeja ke belakang. A’ah…ya…pergi tengok anak sungai.”
“Awal-awal pagi? Habis tu, kenapa tak beritahu nak keluar? Keluar senyap-senyap. Buat orang risau aja.”
“Khadeeja memang nak beritahu kat Wan Nyah dan mummy. Tapi tadi Khadeeja tengok Wan Nyah sibuk dok tanak pulut. Mummy pulak ada dalam bilik air. Sebab tu lah Khadeeja keluar tak bagitahu.”
“Yelah, tapi takkan nak pergi tengok anak sungai awal-awal pagi?Tak boleh ke tunggu ayah balik baru pergi?”
“Alah..mummy. Khadeeja dah lama tak balik sini. Rindulah nak tengok tempat bermain masa kecil-kecil dahulu.”
Wan Nyah menghela nafas panjang. Mak Usu pula menggeleng-geleng mendengar peneranganku.
“Huh, sudahlah K.Long, Usu. Kalau nak bertekak dengan Khadeeja ni, sampai esok pun tak habis. Marilah kita makan. Dah sejuk pulut dan air teh yang Fika hidang tadi. Hah, Khadeeja, tunggu apa lagi? Pergilah mandi. Lepas tu, mari sarapan dengan kami.”
Aku mengangguk sambil tersengih melihat kelibat ibu saudaraku dan ibu tiriku beredar ke dapur. Tatkala itu baru aku terperasan seseorang sedang merenungku tajam. Aku menoleh. Ayah Cu! Aku terkedu. Nampaknya aku tak akan terlepas daripada soalan-soalan Ayah Cu yang banyak mendiamkan diri sebentar tadi. Aku mengeluh. Aku tak pandai berbohong dengan bapa saudaraku ini.
“Khadeeja tiada jawapan untuk soalan Ayah Cu tadi. Khadeeja sendiri pun tidak tahu macam mana Khadeeja boleh tertidur di sini. Tolonglah Ayah Cu, jangan bagitahu Wa dan ayah tentang hal ini.”
“Betul Khadeeja tak sedar macam mana boleh tertidur di sini?” Aku mengangguk lemah.
“Habis tu, kenapa menipu?”
“Nanti mummy tanya macam-macam lagi. Khadeeja tak tahu jawapannya. Macam mana nak bagitahu. Ayah Cu pun nampak tadi.”
“Macam mana Khadeeja boleh tahu Wan Nyah tanak pulut? Khadeeja kan baru bangun tidur.”
Aku tersenyum.
“Ayah Cu..bau pulut tanak tu harum semerbak hingga ke anjung ni. Itukan makanan favourite Khadeeja. Bodohlah Khadeeja kalau tak sensitif dengan bau pulut tanak ni.”
Ayah Cu menggelengkan kepala melihat tingkahlaku ku.

Tiada ulasan: