Khamis, 26 Ogos 2010

JK3

“Itu dia. Dia dah balik.”
Kedengaran suara Wan Nyah di berandah rumah Wa. Kelihatan beberapa buah kereta terpangkir di halaman rumah Wa.
“Khadeeja!”

Mummy Darlina berlari anak ke arahku dan terus memelukku. Menangis tersedu-sedu. Aku kaget. Kenapa ni? Tatkala itu baru aku perasan ada sebuah kereta polis bersebelahan kereta babah.Eh, apa yang dah berlaku? Babah cuti ke?
“Kenapa Mummy menangis? Apa yang dah berlaku?”
“Khadeeja tak apa-apa? Khadeeja pergi mana? Puas Mummy dan babah cari.”
“Kenapa baju Khadeeja basah?”
“Eh, Khadeeja pergi mandi kat sungai belakang bukit. Khadeeja kan dah beritahu Wan Nyah.”
“Sudah lah, Dar. Jangan soal apa-apa lagi. Biar dia berehat dahulu. Hmm..Iskandar, pergilah beritahu Inspektor Khairi. Khadeeja dah selamat balik.”
Wan Nyah membalut tubuhku yang masih kebasahan dengan tuala yang di ambil dari dalam rumah.
“Dia dah pulang, ya?” seorang lelaki yang berjaket hitam menjengulkan kepala di sebalik pintu rumah Wa.
Babah menghampiri lelaki tersebut.
“Maafkan kami kerana menyusahkan pihak tuan.”
“Tak mengapa. Sudah memang tangggungjawab kami. Tapi walau bagaimanapun, Encik Iskandar perlu bawa Khadeeja ke balai untuk buat laporan. Ini cuma prosedur.”
“Baiklah. Nanti kami datang.”
Aku tercengang-cengang melihat semua yang berhimpun di hadapan rumah Wa penuh dengan wajah kerisauan. Tapi mulutku seperti seakan-akan terkunci. Otakku berputar ligat. Cuba mengingati kembali apa yang telah berlaku sebentar tadi. Gagal. Sebaliknya sakit kepalaku kembali lagi. Berdenyut-denyut dan pedih. Aku menekan kepala dengan kuat. Ya Allah, sakitnya!
“Khadeeja!”
Pandanganku jadi gelap. Terasa tubuhku melayang.
***
Aku memerhati telefon bimbit. Terdapat hampir 20 panggilan yang tidak berjawab. Aku membuka senarai miss call tersebut. Naqeeb!
Aku terkedu seketika. Cuba mencari wajah Naqeeb dalam ingatanku. Naqeeb, bakal suamiku. Kami bertunang kerana perjanjian keluarga. Sungguh, aku akui, aku mulai belajar mencintainya semenjak kali pertama kami bertemu. Tapi tepuk sebelah tangan, tak akan berbunyi. Naqeeb tidak mahu menerima kenyataan itu. Dia ada pilihan sendiri. Dia marah padaku kerana menerima lamaran tersebut. Ada sahaja perbuatannya dan kata-katanya yang menyakiti hatiku. Tapi aku sabarkan hati. Bagaimana aku mampu menolak percaturan keluarga ku sendiri? Apa dayaku menentang kehendak babah dan ibu tiriku?
: Awak nak apa?: Eja ke mana? Banyak kali abang call. Tak jawab.Bila masa pula dia membahasakan dirinya abang dan memanggil nama timanganku? Teringat aku dengan jelingannya yang tajam sewaktu kali pertama aku memanggilnya abang. Semenjak itu, aku hanya membahasakan saya dan awak sahaja ketika bercakap dengannya. Serik.
: Ada. : Kenapa tak angkat?: Saja.: Eja marahkan abang?: Taklah.
Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi tanda ada panggilan masuk. Aku memandang skrin telefon. Naqeeb! Membiarkan sahaja telefon itu terus berbunyi sehingga ia berhenti sendiri.
: Angkatlah. Abang nak cakap dengan Eja.
Telefon bimbitku berbunyi lagi. Lama. Tapi perlahan-lahan aku menekan butang terima panggilan.
“Assalamualaikum. Eja sihat?”
“Hmm..” jawabku separuh dangkal.
“Eja marahkan abang ke?”
Diam. Saat itu, terkenang kembali situasi dia melayan seorang gadis di pasaraya. Mesra. Tidak sama seperti cara dia melayan diriku, tunangnya. Mungkin itulah kekasih yang dimaksudkannya. Cantik dan bergaya.
“Eja, cakap la. Abang risaukan Eja. Babah cakap Eja hilang 2 hari di belakang rumah Wa. Eja ke mana? Abang risau sangat. Abang tak dapat pergi melawat Eja sekarang. Ada project presentation minggu ni. Insyallah, 2 hari lagi abang ke sana. Eja?”
“Hmm, ok.”
“Ok jer. Eja, eja..tak rindukan abang ke? Abang rindu sangat kat Eja. Kenapa Eja seperti melarikan diri dari abang? Eja balik kampung pun tak beritahu abang. Selalunya, ke mana saja Eja pergi, Eja akan maklumkan pada abang dulu. Ini tak, Eja pulang senyap-senyap. Mujur Babah tanya pada abang. Baru abang tahu Eja di mana. Tapi pertanyaan babah memang merisaukan abang. Eja hilang. Babah sangka Eja ada bersama abang. Eja tak pernah begini. Eja.. . Eja marahkan abang ke? Eja merajuk?”
Diam. Entah kenapa? Aku seperti tiada perasaan atau keinginan untuk bercakap dengannya. Kedengaran keluhan di sebelah sana.
“Baiklah. Eja pergilah berehat. Nanti abang telefon lagi.”
Aku terus meletak telefon. Menyambung semula pembaringan aku yang terganggu dengan bunyi dari telefon bimbitku. Kepalaku mula terasa berat. Aku cuba memejamkan mata. Tidak mahu kesakitan ini berulang kembali.

Tiada ulasan: